Skip to main content

PAS - UMNO Akan Bekerjasama?

Mat Sabu, bekas timbalan presiden PAS dan pengerusi pro-tem kepada NGO terbaru, Gerakan Harapan Baru (GHB) menyatakan PAS tidak lagi relevan dalam suasana politik sekarang. Beliau mahu menubuhkan sebuah parti politik baru dengan beberapa pembaharuan (reformation) yang dapat diterima oleh rakyat Malaysia sekarang.

Dengan sokongan padu G18 yang turut tewas dalam Muktamar PAS lalu, beliau dan rakan-rakannya akan menjelajah ke seluruh negara untuk berkempen tentang penubuhan GHB dan bagi merekrut ahli-ahli baru. Mat Sabu turut mencabar PAS untuk menyingkir beliau dan rakan-rakannya. Sehingga kini PAS belum mengambil sebarang tindakan terhadap mereka.

Beberapa orang pemimpin terkemuka DAP dan PKR seperti Lim Guan Eng, Rafizi Ramli dan Saifudin Nasution telah pun menyatakan sokongan mereka terhadap penubuhan GHB dan akan turut berkempen untuk mereka. Namun begitu, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor dan timbalan presiden PKR masih membisu terhadap GHB yang bakal menyertai PR.2 menggantikan PAS dalam PRU 14 akan datang.        

Dalam perkembangan terkini, Anwar Ibrahim, pemimpin de facto PKR telah pun menyatakan sokongan beliau terhadap kerjasama DAP-PKR-GHB bersama beberapa NGO seperti Bersih, Abim, Ikram dll. menerusi peguam beliau. Kerjasama ini dijangka akan menampilkan reformasi dan perubahan kepada rakyat Malaysia.  

Sebenarnya, Azmin kini dalam dilema bak ditelan mati emak, diluah mati bapa. Saya yakin, dalam hati kecilnya beliau mahu menyebelahi GHB atas dasar liberal mereka dan atas kehendak Anwar dan DAP. Tetapi, beliau terpaksa mendiamkan diri buat seketika kerana sekiranya beliau menyatakan sokongan terhadap GHB sekarang, PAS akan tarik diri dan mungkin akan bekerjasama dengan UMNO dan Tan Sri Khalid untuk menubuhkan sebuah Kerajaan baru. Paling tidak pun 'Snap Election' terpaksa diadakan. Pergolakan tersebut pasti akan membuatkan beliau sendiri dan DAP berkubur. Strategi beliau sekarang ialah tunggu dan lihat sehingga hampir PRU 14 diadakan. Selepas itu barulah beliau mengumumkan gabungan mereka bersama DAP dan GHB.

PAS - UMNO Bekerjasama?

Seperti posting saya yang lalu, saya syorkan agar PAS bekerjasama dengan UMNO dalam PRU akan datang untuk terus memerintah Malaysia. Mereka mesti mencari dan membentuk satu formula terbaik (formula menang-menang/ win-win formula) bagi kerjasama tersebut. Saya yakin, jika PAS - UMNO bekerjasama, mereka akan menang besar dan dapat meneruskan kepimpinan Melayu Islam.

Dengan perkembangan politik terkini, saya yakin akhirnya PAS dan UMNO akan bekerjasama dalam PRU 14 akan datang.

Jika tidak, kemungkinan besar gabungan DAP-PKR-GHB dengan sokongan beberapa NGO akan menang tipis. Parti paling dominan dalam gabungan berkenaan nanti ialah DAP kerana mereka akan memenangi lebih banyak kerusi berbanding PKR dan GHB. DAP dijangka akan mendapat lebih 90% sokongan orang Cina dan selebihnya bangsa-bangsa lain. Mereka akan menguasai bandar-bandar dan pekan-pekan besar yang dihuni secara majoriti oleh bangsa Cina. Ini adalah realiti, bukan fiksi.      
    .            
Dan DAPlah yang berkuasa dan akan memimpin Malaysia menggantikan kepimpinan Melayu Islam yang telah berpecah belah akibat tidak mahu bekerjasama. Akhirnya, orang Melayu Islam juga yang rugi dan terpaksa mengemis di bumi sendiri seperti yang pernah dititahkan oleh DYMM Sultan Perak satu ketika dulu.    

Sebelum nasi menjadi bubur, ayuhlah kita bekerjasama. Hanya kerjasama PAS dan UMNO akan dapat menyelamatkan dan meneruskan Kepimpinan Melayu Islam di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...