Skip to main content

PAS Dan UMNO Perlu Bekerjasama

Majlis Syura PAS telah pun menerima keputusan Muktamar PAS untuk memutuskan hubungan mereka dengan DAP.  Sebelum ini, DAP telah terlebih dahulu membuat keputusan yang sama dan menganggap PR telah berkubur dan tidak wujud lagi.

Ini disebabkan oleh perbezaan ideologi, perjuangan dan dasar yang ketara. DAP mengamalkan dasar sosialis sekular Malaysian Malaysia sementara PAS berpegang kepada dasar Islamik dan mahu mewujudkan hukum hudud. PKR pula adalah sebuah parti berbilang bangsa dan agama yang mengamalkan dasar liberal serta memperjuangkan survival seseorang. Mereka bergabung secara longgar tanpa pendaftaran rasmi Parti PR hanya untuk menentang Parti BN.

Ekoran daripada perkembangan terbaru ini, saya ingin mengesyorkan agar PAS sekarang bekerjasama dengan UMNO untuk menghadapi PRU akan datang. Kita perlu mencari satu formula terbaik bagi merealisasikan kerjasama Melayu Islam ini. Dengan kerjasama tersebut, saya yakin PAS dan UMNO, dua Parti Melayu Islam utama, boleh menguasai dua pertiga daripada kerusi Parlimen dengan sedikit sokongan daripada parti Bumiputera lain, dan dapat memerintah Malaysia dengan aman, mantap, padu, maju dan stabil.

PAS dan UMNO perlukan sokongan jitu daripada orang Melayu dan Bumiputera kerana mereka merupakan penduduk majoriti Malaysia. The Malay and Bumiputera Heartlands terletak di kawasan-kawasan luar bandar. Sehubungan itu, berikan tumpuan sepenuhnya kepada kawasan-kawasan ini. Bandar-bandar dikuasai oleh orang Cina, sedikit Melayu dan India.

PAS dan UMNO tidak perlu mengharapkan sokongan Cina kerana orang Cina sekarang pasti akan mengundi DAP pada PRU akan datang. Walau apa pun dijanjikan, orang Cina akan tetap mengundi DAP. Jadi, lupakan saja mereka dan jangan buang masa. Berikan perhatian sepenuhnya kepada orang Melayu dan Bumiputera. Merekalah sumber utama yang akan menentukan kemenangan PAS dan UMNO dan sekaligus dapat memerintah Malaysia.    

Mat Sabu dan G18 yang tewas dalam Muktamar PAS lalu telah mengumumkan hasrat mereka untuk membentuk sebuah Parti Baru dan akan bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam PR 2.0. Saya yakin DAP dan PKR akan mengalu-alukan penyertaan mereka bagi menggantikan PAS kerana mereka yang dikatakan kumpulan progresif mempunyai aliran perjuangan yang sama. Dengan penerimaan tersebut, PAS akan mengalami dilema dan mungkin terpaksa keluar daripada pakatan dengan PKR di Selangor.

Sebelum perkara ini berlaku, saya syorkan supaya PAS keluar daripada pakatan tersebut sekarang dan bekerjasama dengan UMNO dan Tan Sri Khalid untuk menubuhkan sebuah Kerajaan Selangor yang baru. Sekiranya Kerajaan Baru tidak berjaya ditubuhkan, Snap Election terpaksa diadakan di Selangor. Saya yakin Kerjasama baru PAS-UMNO ini dengan sokongan parti-parti lain, mereka akan menang dan memerintah Selangor.                

Dengan kemenangan besar PAS-UMNO nanti, parti-parti Cina, India dan lain-lain tidak boleh lagi berkokok, mendabik dada dan mengotak-katikkan suasana Politik, dan terpaksa akur dengan perpaduan mantap parti Melayu Islam tersebut. Sebenarnya, perpaduan mantap di kalangan parti Melayu Islam adalah baik untuk seluruh rakyat Malaysia. Politik Malaysia akan menjadi lebih aman dan stabil.

Bangsa-bangsa lain tidak perlu bimbang dan gusar dengan kedudukan mantap Melayu Islam ini kerana orang Melayu adalah satu bangsa yang baik hati, adil, lemah-lembut (gentle), berbudi-bahasa, bersopan-santun (courteous) dan bertimbang rasa (considerate). Budaya mereka ini telah diperkukuh dan diperindahkan lagi dengan keimanan Keislaman. Sebenarnya, budaya inilah yang mengundang kebanjiran orang Cina dan India ke Tanah Melayu sebelum Merdeka. Kedatangan mereka disambut baik oleh orang Melayu. Akhirnya, mereka semua diterima sebagai Warga Negara Malaysia. Malangnya, cucu-cicit mereka telah lupa sejarah dan sekarang mahu lebih daripada itu sehinggakan hak istimewa Melayu turut mereka persoalkan dan persendakan.

Bangsa Melayu adalah satu rumpun bangsa Nusantara yang baik hati, peramah, bertolak ansur dan gentle (a gentle race). Hanya jangan cabar dan ganggu-gugat mereka. Mereka akan melenting dan mengamuk.

Saya harap, pandangan saya ini akan mendapat perhatian dan pertimbangan serius semua ahli PAS dan UMNO demi masa depan Bangsa, Agama dan Negara Malaysia.

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Perbezaan di antara kita hanyalah dari aspek ranting. Semua ini boleh diselesaikan secara muafakat sebangsa dan seagama.

A United Majority Will Rule The United Minority. But, A Disunited Majority Will Be Ruled By The United Minority. Majoriti Yang Bersatu Padu Akan Memerintah Minoriti Yang Bersatu Padu. Tetapi, Majoriti Yang Berpecah Belah Akan Diperintah Oleh Minoriti Yang Bersatu Padu.      

            








  

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...