Skip to main content

Agenda Barat Dan Yahudi Untuk Menghancurkan Pentadbiran Melayu Islam

Sejak dulu lagi anasir Barat dan Yahudi telah mencuba sedaya upaya untuk menguasai Malaysia yang diterajui oleh kepimpinan Melayu Islam. Malangnya, mereka tidak berjaya, tetapi telah berjaya menguasai Thailand, Filipina dan Singapura dengan meletakkan pangkalan tentera laut dan para pakar ketenteraan mereka.

Seperti kucing dihidangkan ikan, tiba-tiba isu 1MDB telah dibangkitkan oleh beberapa orang pemimpin tempatan yang mahu menjatuhkan kepimpinan DS Najib. Mereka telah menghidu isu ini sebagai satu peluang keemasan untuk menyelinap masuk ke Malaysia dan menyuntik racun berbisa mereka.

Mereka bermula dengan menawarkan diri untuk mencanangkan agenda beberapa orang pemimpin tempatan tersebut dalam penerbitan antarabangsa mereka. Tun M, pengkritik utama DS Najib, telah diberi ruang seluas-luasnya untuk mencurahkan isi hatinya dalam The New York Times milik Yahudi. Pandangan beliau turut mendapat liputan luas di The Sarawak Report yang berpangkalan di UK. Bukan itu saja, The Sarawak Report telah mendedahkan maklumat dan dokumen rahsia PetroSaudi-1MDB yang telah dicuri dan disalurkan oleh Xavier Andre Justo, bekas eksekutif IT Petro-Saudi.

Tindakan beberapa orang pemimpin tempatan ini adalah ibarat marahkan seekor nyamuk seluruh kelambu dibakar. Akibatnya, mereka sendiri tidak boleh tidur lena kerana terdedah kepada serangan lebih banyak nyamuk. Mereka ini juga ingin menang sorak seperti Pak Kadok sehinggakan tanpa disedari seluruh kampung mereka akan tergadai. Akhirnya nanti, mereka sendiri akan kehilangan tempat tinggal dan terpaksa berlari ke hulu dan ke hilir tanpa keruan seperti Lebai Malang. Kemudian, terpaksa terjun ke dalam laut dengan labu-labu mereka seperti Si Luncai. Para penyokong mereka akan bersorak riang dan berkata "Biarkan, Biarkan". Begitulah rupanya nasib Melayu jika mereka tidak bijak berpolitik, tidak bijak mengurus negara sendiri dan ada yang mahu menjadi Si Kitol.        

Untuk memastikan kepimpinan DS Najib dan Malaysia terus ditekan dan diasak, The Wall Street Journal, sebuah penerbitan antarabangsa milik Dow Jones, New York, telah melaporkan bahawa kira-kira US$700 juta daripada dana 1MDB telah disalurkan kepada akaun peribadi DS Najib. Walaupun laporan ini belum sahih, ia telah menggemparkan seluruh dunia kerana The Wall Street Journal milik Yahudi ini amat berpengaruh dan diyakini oleh masyarakat perniagaan antarabangsa.

Daripada pendedahan yang dibuat oleh The Sarawak Report, The New York Times dan The Wall Street Journal, kesemuanya mendapat dana Yahudi, maka jelaslah mereka mempunyai agenda tersembunyi dan berniat jahat untuk menjatuhkan kepimpinan sah Melayu Islam dengan bantuan rakyat Malaysia sendiri.

Pemimpin tempatan seperti Tun M yang dilihat pernah bergambar dengan Clare Rewcastle Brown, editor-in-chief of The Sarawak Report, dan Dato Khairuddin Abu Hassan yang dilihat berwefie bersama Clare Rewcastle Brown beberapa hari sebelum pendedahan dibuat oleh The Sarawak Report, jelas membuktikan bahawa rakyat tempatan telah dijadikan kuda tunggangan mereka atau Si Kitol Moden.

Di zaman kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, Si Kitol, orang kepercayaan Sultan Melaka, telah berpaling tadah dan bersubahat dengan pihak Portugis untuk menjatuhkan Sultan Melaka. Akhirnya, Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka tumbang dan Melaka telah dijajah dan diperintah oleh Portugis selama lebih seratus tahun.

Ketua Polis Negara sendiri tidak menafikan kemungkinan terdapat konspirasi terancang untuk menjatuhkan kepimpinan sah DS Najib secara tidak demokratik. There is a possibility of conspiracy to topple the Prime Minister undemocratically.  

The Wall Street Journal Tidak Boleh Dipercayai!

The Wall Street Journal milik Dow Jones, pernah melaporkan beberapa berita dan maklumat sensasi tentang Pentadbiran Singapura, beberapa buah syarikat terkemuka dan beberapa orang ahli korporat perniagaan antarabangsa. Laporan tersebut didapati palsu dan penuh penipuan. Akhirnya, mereka telah disaman, didapati bersalah dan terpaksa membayar denda yang besar.

Beberapa tahun lalu, negara Singapura telah menyaman mereka dan menang. The Wall Street Journal telah dipaksa tutup dan penerbitan mereka diharamkan. Kali ini, mereka melakukan angkara jahat yang sama dengan menabur fitnah, kepalsuan dan pembohongan. Bolehkah mereka dipercayai? Tentu sekali tidak, lebih-lebih lagi mereka dimiliki oleh anasir Barat dan Yahudi yang ingin menguasai dunia, terutama sekali Dunia Islam. Kita perlu sedar tentang perkara ini!

Lihat saja apa terjadi kepada Dunia Arab Timur Tengah. Palestin, Iraq, Syria, Lubnan, Libya, Yaman dll. telah dimusnahkan oleh mereka dengan pelbagai tipu muslihat. Ratusan ribu nyawa telah terkorban akibat agenda jahat CIA dan Perisik Yahudi. Sejak negara Israel ditubuhkan di atas bumi rakyat Palestin, Timur Tengah tidah pernah aman. Ia sentiasa bergolak sehingga sekarang. Adakah kita mahu negara Malaysia menjadi seperti itu? Tentu sekali tidak! Pantang Maut Sebelum Ajal!            
Isu 1MDB ini telah dikeruhkan lagi oleh cauvanistik DAP dan kuncu-kuncu mereka yang sejak dulu lagi telah cuba untuk menjatuhkan kepimpinan Melayu Islam. Dengan kerjasama beberapa NGO, media sosial, blog dll dari dalam dan luar negara, mereka telah menekan dan mendesak agar kepimpinan DS Najib dijatuhkan. Muslihat mereka ialah apabila DS Najib jatuh, dengan tidak secara langsung, UMNO, BN dan kepimpinan Melayu Islam akan turut tersungkur. Mereka sungguh licik! Mereka mempunyai matlamat "Long Term". Itu sebabnya Parti Islam PAS tidak mempercayai mereka dan Majlis Syura PAS telah dengan rasminya menerima keputusan Muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP!

Aspirasi dan niat jahat mereka nampaknya kian membara dan menjadi dengan bantuan elemen-elemen asing ini, The Wall Street Journal, The Sarawak Report, The New York Times dll.

Beberapa dokumen transaksi 1MDB yang disiarkan oleh The Sarawak Report dan The Wall Street Journal didapati telah diubahsuai (have been doctored and tampered with). Dalam dokumen mereka didapati beberapa fon abjad yang tidak sama. Ini bererti angka-angka atau ayat-ayat tersebut telah dipinda. Perkara ini dapat dikesan secara siasatan forensik! Mereka cuba menipu, tetapi masih tidak bijak!

Sehingga ke hari ini, DS Najib masih terus menerus menafikan bahawa dana 1MDB telah disalurkan ke akaun peribadi beliau. Beliau berkata kebenaran akan terserlah akhirnya. The truth will prevail. DS Najib juga telah mengarahkan Peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap The Wall Street Journal. Kelmarin, Peguam Negara telah mengumumkan bahawa akaun-akaun yang dibekukan bukan milik DS Najib. KPN juga telah mengesahkan bahawa pembunuhan Hussain Ahmad Najadi dulu, bekas pengasas AmBank, tidak ada kaitan langsung dengan 1MDB. Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang, telah pun menyerahkan Laporan Audit Interim (Sementara) kepada Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed. Kelmarin, Datuk Nur Jazlan berkata, "There is nothing suspicious about the Report. It's too premature to tell. But, we are satisfied with the investigation. We have all the information to question the 1MDB officials." Ini bererti laporan kewangan 1MDB itu berada dalam keadaan baik dan teratur.

Kita perlu bersabar dan tunggu sehingga siasatan menyeluruh Peguam Negara, Bank Negara, Polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah selesai. Sehingga itu, 'please, don't jump the gun and let the process takes its course. The person is innocent until proven guilty, not otherwise'.



















          
             

Comments

Anonymous said…
helo najib mengaku 2.6b masuk akaun peribadi dgn mcm2 alasan katun

maka artikel membodek awak ni srmua tk valid.. buat penat tulis je

najib tu yg freemason.. apa barat nk heran kt melayu islam freemason yg memerintah

bodoh
Anonymous said…
Setuju

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...