Saya berpendapat Bajet 2016 yang dibentangkan oleh DS Najib pada petang Jumaat, 23.10.15 adalah seimbang, baik, realistik dan mesra rakyat. Ia memberi pelbagai faedah kepada kebanyakan rakyat walaupun ia tidak dapat memuaskan hati semua pihak ekoran keadaan ekonomi global semasa yang tidak menentu.
Bajet tersebut telah memberi prioriti kepada pendidikan, perubatan, kesihatan, infrastruktur luar dan dalam bandar, terutama sekali di Sabah dan Sarawak, rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, usahawan kecil dan sederhana, keselamatan, pertahanan, pelepasan cukai dan GST, pertambahan Brim, peningkatan gaji minimum awam dan swasta, dll.
Saya melihat Bajet 2016 ini sebagai perintis kepada dua Bajet lagi sebelum DS Najib dan BN berdepan dengan PRU14 yang bakal diadakan dalam tahun 2018. Bajet ini dijangka akan mengorak langkah permulaan untuk memperbaiki semula ekonomi Malaysia sekarang di samping memulihkan kembali imej DS Najib dan BN yang telah tercemar.
DS Najib dan BN perlu membentangkan Bajet 2017 dan 2018 yang lebih baik daripada 2016 ini bagi mensejahterakan rakyat, membangunkan semula ekonomi Malaysia, memulihkan kembali imej BN dan seterusnya memenangi PRU14 akan datang. Di samping itu, DS Najib juga perlu menyelesaikan isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion secepat mungkin. Jika tidak, parti lawan akan terus mempolitikkan isu ini habis-habisan bagi membenam DS Najib dan BN pada PRU14 akan datang.
Dalam Bajet 2016, Kerjaaan telah memberi keutamaan kepada rakyat yang berpendapatan rendah. Mereka telah disajikan dengan pelbagai faedah. Gaji minimum pekerja swasta dan kakitangan awam telah dinaikkan kepada RM1,000 dan RM1,200. Pelepasan faedah yang lebih besar telah diberikan sehinggakan ramai yang tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan. Bantuan murid sekolah telah dikekalkan. Bantuan Brim telah ditambah kepada RM1,050.00. Pinjaman mudah untuk usahawan kecil telah dipermudahkan, dll.
Bagi mereka yang berpendapatan pertengahan (middle income earners), mereka telah diberikan pelbagai pelepasan cukai menarik (attractive tax relief) sehinggakan ada yang tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan atau membayar cukai lebih rendah termasuk menikmati apa yang dikecapi oleh mereka yang berpendapatan rendah. Para peniaga dalam kumpulan ini telah diberikan pelbagai insentif dan kemudahan pinjaman melalui program IKS. Mereka telah disediakan pelbagai peluang untuk berkembang maju dan menjadi para usahawan yang berjaya.
Bagi mereka yang berpendapatan tinggi dengan pendapatan RM600,000 hingga RM1,000,000 setahun, mereka akan dikenakan cukai sebanyak 26% daripada 25% sebelum ini. Sementara mereka yang berpendapatan RM1,000,000 ke atas, akan dikenakan cukai sebanayak 28% daripada 25% sebelum ini. Saya berpendapat cukai ini adalah munasabah dan tidak akan membebankan golongan ini kerana cukai 26% dan 28% adalah kecil yang boleh diibaratkan sebagai Makan Tengah Hari (just a Lunch) saja bagi mereka. Cukai ini adalah lebih kecil berbanding cukai yang dikenakan oleh negara-negara Scandinavia seperti Sweden.
Lagi pun, golongan ini mudah memperolehi pendapatan tambahan atau lain untuk mengatasi (offset) cukai tersebut ekoran kedudukan dan modal kewangan yang mereka yang mantap. Bak kata orang, 28% pergi, 35% masuk. Mereka mempunyai kedudukan, modal kewangan, networks, contacts, ilmu perniagaan dan pengalaman yang jitu yang boleh membantu mereka menikmati keuntungan lain yang lebih besar.
Seperti kata seorang ahli korporat, "The most difficult part is the First Million. Once you make the First Million, the next Millions will be just a walk in a park (just a kacang putih)."
Kumpulan ini patut dikenakan cukai yang tinggi untuk membantu rakyat miskin dan bawahan, terutama sekali dalam suasana ekonomi global sekarang yang tidak menentu. Walau bagaimanapun, kutipan cukai daripada mereka perlu disalurkan kepada kumpulan-kumpulan sasar (the target groups), bukannya kepada kroni-kroni Kerajaan yang telah pun kaya raya. Maksud saya, Kerajaan jangan salahgunakan kutipan berkenaan. Ia perlu dipanjangkan kepada rakyat miskin dan mereka yang amat memerlukan bantuan.
Peruntukan lebih besar telah diberikan kepada Sarawak dan Sabah untuk pelbagai projek pembangunan termasuk infrastruktur luar dan dalam bandar serta untuk bantuan rakyat mereka. Bajet kali ini memang tidak dapat dinafikan sebagai Bajet Pilihan Raya Sarawak yang akan diadakan pada tahun depan, 2016. Mana-mana Kerajaan pun akan melakukan perkara yang sama untuk memenangi hati rakyat. Sabah dan Sarawak memang berhak untuk mendapatkan peruntukan yang lebih baik daripada Kerajaan Pusat BN.
GST yang telah diperkenalkan tepat pada masanya telah banyak membantu Bajet Kerajaan kali ini. Tanpa GST, diburukkan lagi dengan harga minyak dan gas yang merudum, dan matawang Ringgit yang merosot, Kerajaan pasti mengalami masalah kewangan untuk membentangkan Bajet 2016 yang baik dan lebih besar dari 2015. Kutipan GST sebanyak lebih kurang RM39 bilion telah menyelamatkan Kerajaan. The GST is the saviour of the Government's 2016 Budget. Kerajaan mesti manfaatkan kutipan tersebut dengan sebaik dan sebijak mungkin seperti yang telah dijanjikan. Jangan salahgunakannya dan masuk ke dalam poket lain!
Saya harap DS Najib dan Kerajaan BN dapat melaksanakan Bajet 2016 dengan baik dan berkesan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia. Mereka juga perlu membentangkan Bajet 2017 dan 2018 yang lebih baik serta selesaikan isu 1MDB dan sumbangan RM2.6 bilion secepat mungkin sekiranya mereka ingin memenangi PRU14 pada tahun 2018.
Parti lawan pula perlu mengemukakan dasar (policies) dan Bajet Alternatif yang lebih baik untuk menambat hati rakyat. Mereka tidak seharusnya menyalahkan dan membantah apa saja yang dilakukan oleh Kerajaan BN. Mereka harus menampilkan dasar, idea, cara pentadbiran dan aspirasi yang lebih bijak dan cemerlang daripada Kerajaan BN. Rakyat Malaysia tidak bodoh dan tahu membezakan antara 'hak dan batil', 'batu dan permata'. Jadilah Pembangkang yang bijak, bernas, progresif, konstruktif dan berwawasan. Jangan jadi Pembangkang yang hidup atas Isu Semasa dan Persepsi saja, tanpa Dasar dan Matlamat yang nyata. Dan jangan jadi Pembangkang yang tidak buat homework sehingga menyangkakan Lebuhraya Pan Borneo (Pan Borneo Highways) Bebas Tol sebagai laluan keretapi! What A Joke!
* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.
* The opinion given is entirely mine without any external influences, without prejudice or ulterior motives.

Comments