Skip to main content

Catatan Bandung, Indonesia

Keunikan dan keistimewaan Kota Bandung telah membuatkan saya rasa terpanggil untuk merakamkan Catatan Bandung ini. Saya rasa amat tidak adil tanpa merakamkannya. Bandung berbeda daripada Kota Jakarta, Jogja mahu pun Medan dengan ciri-cirinya yang tersendiri.

Saya serta keluarga berlepas dari KLIA2 pada jam 12.30 tengah hari, 15.10.15, dengan pesawat Malindo Air. Penerbangan kami mengambil masa dua jam dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Husein Sasteranegara, Bandung pada jam 2.30 ptg, waktu Malaysia. Cuaca ketika itu amat baik, cerah, udara bersih, panas dan tidak berjerebu seperti di KLIA2.  

Sebaik saja kami melangkah keluar dari Lapangan Terbang, kami telah disambut oleh pemandu Kenderaan kami, Rian yang telah ditempah daripada seorang Agen Pelancongan Indonesia. Kami terus dibawa ke Homestay yang terletak tidak jauh dari kawasan membeli-belah, Cihampelas. Selepas bersolat dan berehat seketika di Homestay, kami dibawa untuk menjamu selera dan seterusnya memulakan pelancongan kami.      

Kota Bandung, salah sebuah bandaraya terbesar di Indonesia, mempunyai masa depan yang cerah. Walaupun ia agak terkebelakang sedikit dari aspek arus kemodenan masa kini, ia masih mampu menawarkan pelbagai keunikan, keistimewaan dan keindahan yang tersendiri. Pusat bandarnya sesak dengan pelbagai jenis kenderaan tetapi bersih, warga kotanya rajin bekerja walaupun terdapat segelintir peminta sedekah di sana-sini, pelbagai kawasan perniagaan dan pelancongan telah disediakan dengan baik di sekitar kota dan di luar kota.

Bandung terletak di Jawa Barat, kira-kira lebih 100 km dari Kota Jakarta. Pada hujung minggu, Bandung akan sesak dengan warga Jakarta yang datang melancong atau berehat di rumah mereka di pinggir kota. Kebanyakan mereka terdiri daripada para peniaga Cina dari Jakarta.

Pada saban hari, jalan rayanya yang kecil dengan beberapa lampu isyarat, sentiasa sesak dengan motosikal, kereta, teksi, angkut, van, bas, pejalan kaki dan para pelancong. Walaupun padat, lalulintas tetap bergerak lancar hasil kerjasama dan tolak ansur para pemandu kenderaan serta bantuan parkir (polis trafik persendirian) yang menggantikan Polis Trafik untuk mencari sesuap nasi secara halal.

Pada penelitian saya, para penduduk Bandung boleh dikatakan rajin bekerja. Para remaja tidak kelihatan melepak. Mereka tidak duduk diam untuk mencari wang. Ada saja yang mereka lakukan untuk menampung kehidupan seharian. Sama ada bekerja di pejabat, di kedai, di restoran, berniaga sendiri, membuka warung makan, menjadi parkir untuk mengawal lalulintas dan keluar masuk kenderaan, menjaja cenderamata dan produk kulit di merata tempat mahu pun bermain guitar di jalanan untuk menghiburkan para pelancong. Semua ini dilakukan dengan serius, tanpa malas, jemu, paksaan dan desakan. Namun, meminta wang tanpa menyumbang sesuatu, tidak sekali. Itulah kehebatan, keunikan dan keistimewaan warga Bandung.

Saya amat tertarik dengan persembahan para pemain guitar jalanan mereka. Semuanya boleh bermain guitar dan menyanyi dengan baik di samping mempunyai suara yang enak. Rata-rata, mereka mampu menjadi penyanyi yang berjaya. Dari kalangan inilah, lahirnya penyanyi kecil berbakat besar bernama Tegar.

Bandung menawarkan pelbagai jenis keluaran kain, pakaian dan barangan kulit buatan Indonesia. Untuk mendapatkan barangan kulit asli (Original) buatan Indonesia seperti beg kulit, dompet kulit, kasut kulit, tali pinggang kulit dll, kita perlu pergi ke kawasan Jalan Cibaduyut Raya. Di sepanjang kiri-kanan jalan, terdapat deretan kedai yang menjual aneka jenis produk kulit asli buatan Indonesia. Harganya berpatutan dan boleh ditawar.

Untuk membeli aneka jenis pakaian serta menikmati makanan ala Indonesia, Jalan Cihampelas menyediakan segala-galanya dengan harga menarik. Bagi mendapatkan pelbagai jenis kain dan barangan yang lebih murah serta boleh ditawar, pergi saja ke Pasar Baru. Di bangunan setinggi 8 tingkat ini dan di kawasan sekitarnya, terdapat pelbagai jenis kain, pakaian, barangan dan makanan. Terdapat beberapa buah kedai di sini yang menyediakan perkhidmatan membuat pakaian, langsir rumah dll. Langsir sebuah rumah boleh ditempah dengan harga berpatutan dan disiapkan dalam masa sehari, serta dihantar terus ke Hotel penginapan kita.

Deretan Bangunan lama Belanda dapat dilihat di Jalan Braga. Di sini, para pelukis Bandung menghasilkan karya lukisan dan keluaran seni Indonesia di siang hari. Di malam hari, kawasan ini akan bertukar menjadi sebuah kawasan Night Club dengan pelbagai hidangan minuman keras dan hiburan ala Barat.          

Bandung turut menampilkan beberapa buah pusat pelancongan dan peranginan yang terkenal. Di antaranya ialah Kawah Putih dan Floating Market di kawasan gunung. Kawah Putih, bekas gunung berapi yang masih terdapat belerang (sulphur) di kawahnya dan masih mengeluarkan bau belerang, terletak kira-kira 25 km dari pusat Bandar Bandung. Walaupun dekat tetapi perjalanannya mengambil masa sejam untuk sampai ke puncak kerana kesesakan jalan raya. Jalan raya menuju ke Kawah Putih agak kecil dan berliku. Di kiri kanan jalan terdapat deretan rumah dan kedai. Kenderaan hanya mula bergerak lancar selepas tiba di bahagian kaki bukit. Kira-kira dua atau tiga kilometer sebelum sampai ke puncak, kita dapat menikmati keindahan gunung-ganang dan kehijauan lereng bukit yang ditanam dengan pelbagai tanaman termasuk strawberry, tomato, daun bawang dll. Turut kelihatan rimbunan pokok-pokok buluh dan rotan. Indonesia memang terkenal dengan produk buluh, rotan dan perabot. Suasana di sini tidaklah sesejuk dan seindah Cameron Highlands atau Fraser Hill yang masih tebal dengan hutan yang segar menghijau.

Selepas tiba di kawasan parking, para pelancong dikehendaki turun dan membeli tiket untuk naik ke puncak Kawah Putih dengan kenderaan khas mereka. Di kawasan ini, kita boleh membeli pelbagai jenis keluaran tempatan seperti Strawberry, Blueberry segar, kacang rebus, buah-buahan, cenderamata, baju kulit dll. Di sini kita perlu menunggu giliran untuk menaiki kenderaan khas yang membawa kita ke puncak Kawah Putih. Perjalanan ke puncak mengambil masa lebih kurang sepuluh minit.

Di puncak gunung, suasana agak sejuk sedikit tetapi tidak sesejuk Cameron Highlands, Genting mahu pun Fraser Hill. Ini mungkin disebabkan Indonesia kini dilanda musim kemarau El Nino. Untuk melihat Kawah Putih dari jarak dekat, kita perlu menuruni anak tangga sejauh 100 meter. Agak sukar bagi orang tua yang mengalami sakit lutut atau kaki kerana sesudah menikmati keindahan Kawah Putih mereka perlu mendaki semula anak tangga setinggi 100 meter. Kawah Putih dan kawasan sekitarnya begitu menarik. Yang amat mencuri perhatian saya ialah tiada kelihatan seekor unggas pun yang berterbangan di kawasan itu, pada hal kawasannya dipenuhi dengan pokok-pokok hutan yang menghijau. Ini mungkin disebabkan oleh bau belerang yang masih kuat. Para pelancong yang tidak tahan dengan bau belerang dinasihati supaya memakai topeng muka (mask).

Pusat Pelancongan Floating Market terletak tidak jauh dari pusat bandar Bandung. Laluan ke kawasan ini tidak mengalami kesesakan dan perjalanan hanya mengambil masa setengah jam untuk tiba ke puncak Floating Market. Kita perlu membayar beberapa ribu Rupiah untuk memasuki dan menikmati keindahan kawasan peranginan ini. Ia amat unik dengan deretan pondok yang menjual pelbagai jenis cenderamata. Terdapat juga pondok jualan cenderamata dan pondok rehat yang diperbuat daripada kayu, buluh dan rotan. Untuk sampai ke kawasan Floating Market, kita perlu melalui lorong-lorong kecil yang dirimbuni pokok-pokok rendang di kiri-kanan laluan. Di kawasan Floating Market terdapat deretan sampan, mungkin sebanyak 50 hingga 60 buah sampan di atas tasik yang menjual pelbagai jenis makanan enak Indonesia. Ia ditampilkan ala Floating Market Thailand, tetapi di Thailand sampan-sampan jualan makanan berada di atas Sungai.

Kita perlu menukar Rupiah kepada koin untuk membeli makanan dan minuman di sampan-sampan ini dan duduk bersantai di tempat makan yang disediakan sambil menikmati keindahan suasana tasik, bukit-bukau, gunung-ganang dan ikan-ikan tasik yang bebas berkeliaran menanti makanan. Kawasan ini dingin juga tetapi tidak sesejuk Genting, Cameron atau Fraser Hill.  
  
Sebenarnya, banyak lagi tempat-tempat menarik yang ditawarkan oleh Bandung, tetapi kami tidak sempat melawat semuanya disebabkan oleh kekangan masa. Saya syorkan kepada kawan-kawan semua agar melawat Bandung, Indonesia berbanding lain-lain tempat seperti Thailand, China atau Vietnam kerana Bandung menawarkan pelbagai jenis barangan menarik lagi murah, beraneka jenis makanan halal, terdapat surau dan masjid di merata tempat termasuk di pusat-pusat membeli-belah, kawasan pelancongan dan tempat-tempat makan. Di samping itu, sambil kita membeli-belah dan melancong, kita dapat membantu kaum serumpun kita untuk terus maju. Saya yakin Bandung dan seluruh Indonesia akan maju dan berjaya tidak lama lagi dengan penampilan lebih ramai pemimpin yang baik, berbakat, cekap, bijak dan tanpa rasuah. Indonesia kaya dengan pelbagai sumber asli, sementara rakyatnya didapati rajin bekerja, berdedikasi, komited, tidak mudah kecewa dan putus asa. Mereka juga berani menghadapi apa jua risiko, cabaran dan dugaan yang mendatang.

Negara Indonesia amat kaya dengan hutan belantara yang menyumbang banyak oksigen kepada dunia selain Brazil. Malangnya, segelintir rakyatnya telah menebang dan membakar hutan (slash and burn) sesuka hati untuk projek penanaman semula. Para pemimpin Indonesia kini sedang giat berusaha untuk memadamkan kebakaran hutan-hutan tersebut yang menyebabkan jerebu tebal di negara mereka dan negara-negara jiran seperti Malaysia dan Singapura. Para ulama mereka turut giat berceramah kepada rakyat Indonesia agar tidak melakukan kerosakan di muka bumi yang boleh memudaratkan jutaan nyawa manusia. Mereka menganggap perbuatan tersebut sebagai satu dosa besar yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia sendiri. Kebakaran atau pembakaran hutan secara besar-besaran boleh mengurangkan oksigen di dunia dan mengancam seluruh kehidupan.

Kami berlepas pulang ke tanah air pada jam 2.30 petang, 18.10.15 dan selamat tiba di KLIA2 pada jam 4.30 petang dalam suasana jerebu teruk dengan jarak penglihatan sejauh 1 km. Asap jerebu dapat dirasakan dalam pesawat ketika Malindo Air hendak mendarat di KLIA2. Alhamdulillah.  

         

* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is entirely mine without any external influences, without prejudice or ulterior motives.
        

Comments

Anonymous said…
ya, Bandung mmg tmpt yg bagus untuk shopping & percutian...
saya setuju!
Pendudukan: Harta Tanah / perhotelan
kedudukan: Pengarah Urusan
Nama: Najwa Mohammed
Bandar: Miri
Pinjaman saya mendapat: Rm 1.5 juta
kadar faedah: 1%
E-mel saya: najwamohammed369@gmail.com


Halo, saya mengucapkan terima kasih kepada allah almight untuk kebaikan dan keberkasaan yang saya dapatkan dari AASIMAHA ADILA LOAN FIRM tahun ini 2020, saya ingin kita medium ini membiarkan muslim saya di malaysia, Tahun lepas saya telah memohon pinjaman banyak kali dan saya bodoh , Tahun ini ketika saya sedang menonton berita perniagaan saya di Aljazeera, saya melihat nama AASIMAHA ADILA AHMED LOAN FIRM pada wawancara menerangkan pakej mereka dan bagaimana mereka memberi pinjaman dan dana amal kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan tahun ini. Oleh itu, saya mendengar dan menghubungi mereka dengan kenalan mereka di televisyen, saya memohon Rm 1.5 juta, pada kadar 1% dan pinjaman saya telah diluluskan dan saya mendapat pinjaman saya semudah mungkin. Saya mendapat pinjaman saya dan melabur lebih jauh ke hartanah suami saya. suami saya dari indonesia, banjir yang terjejas rumah keluarga kami di jakarta, sejak kami mendapat pinjaman, kami telah memperbaiki banyak hal dan membayar hutang bank juga.Jika anda ingin perusahaan pinjaman yang nyata dan sah, anda bebas memohon sekarang dan dapatkan pinjaman anda .Mengingatkan diri anda untuk menjadi kuat dan tidak pernah berputus asa. Semakin banyak anda jatuh, semakin kuat anda menjadi bangun. Jangan pernah menyerah tidak kira apa. Buat janji kepada impian anda seolah-olah anda berjanji kepada anak anda. Saya berharap anda lebih besar tahun. Mungkin allah memberkati mereka allah

MOHON SEKARANG
E-mail****aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
Whatsapp **** + 447723553516

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...