Di sidang akhbar yang diadakan di Pejabat Parlimen malam tadi, DS Najib mengumumkan bahawa Majlis Perasmian Perhimpunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada bulan depan akan dirasmikan oleh ketua sayap masing-masing. Keputusan tersebut telah dibuat di Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan oleh DS Najib. Ini bermakna TS Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO tidak akan merasmikan perhimpunan berkenaan. Lazimnya, Timbalan Presiden UMNO akan merasmikan Perhimpunan tersebut. Tetapi, tidak kali ini. Adakah TS Muhyiddin akan dipecat atau dipulaukan? Perkara berkenaan telah menimbulkan satu tanda tanya. DS Najib juga mengumumkan bahawa Ketua Wanita Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman telah dipecat daripada UMNO kerana melanggar disiplin Parti. Daripada keputusan tersebut, kedudukan sebenar TS MuhyiddinYassin telah menjadi satu tanda tanya. Adakah beliau akan dipecat atau dipulaukan? Di Mesyuarat Majlis Tertinggi tersebut TS Muhyiddin dan DS ...