Isnin, 27 Jamadilawal 1442H - 11 Januari 2021
Sekolah-sekolah di Malaysia dijadualkan dibuka pada 20 Januari. Pada tarikh tersebut, ribuan pelajar dan ibu bapa dijangka akan membajiri sekolah-sekolah walaupun dalam suasana kes Covid-19 yang masih tinggi sekarang.
Semalam, Malaysia mencatat 2,433 kes Covid-19, satu angka yang masih membimbangkan.
Di Malaysia, pembukaan sekolah di hari pertama adalah ibarat satu pesta. Ribuan pelajar, termasuk murid-murid Darjah Satu dan para ibu bapa akan memenuhi kawasan-kawasan sekolah di seluruh Malaysia. Keadaan ini bakal menyulitkan pihak berkuasa untuk mengawal dan membendung penularan Covid-19 yang kini telah berada dalam komuniti kita.
Untuk menangani situasi ini, saya berpendapat, cuti sekolah sekarang harus dilanjutkan sehingga bulan Februari demi kesihatan dan keselamatan para pelajar, ibu bapa dan orang ramai. Saya harap, dengan langkah dan SOP yang lebih ketat oleh Kerajaan tidak lama lagi, angka sekarang akan dapat dikurangkan kepada angka yang lebih selamat menjelang bulan Februari.
Kerajaan juga harus menimbangkan keadaan banjir buruk yang sedang melanda beberapa buah negeri sekarang.
Tetapi, sekolah-sekolah harus dibuka kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting seperti SPM, STAM dan STPM. Mereka perlu mengambil peperiksaan ini seperti yang dijadualkan pada bulan-bulan akan datang supaya mereka tidak tercicir dan mengalami kesukaran untuk memasuki pusat-pusat pengajian tinggi pada tahun ini. Langkah ini juga tidak akan merencat atau melambatkan peluang mereka untuk mendapat pekerjaan di masa akan datang.
Saya yakin, mereka telah besar panjang dan matang untuk menjaga kesihatan dan keselamatan diri mereka sendiri serta sedar akan kepentingan mematuhi SOP ketat yang dikenakan.
- tamat -
* Pandangan di atas adalah pendapat peribadi Penulis.
Comments
21 Baccarat Strategy Tips 2021 · Use our best betting tips & tools for the most effective way to win at Use our Baccarat strategy tips & tools for the most effective way 바카라 사이트 to win at home.
Get directions, reviews 구미 출장안마 and information for The Casino 밀양 출장샵 at Penn National Race Course in It offers a casino, slot machines, live 동두천 출장샵 action, and a 성남 출장마사지 live 이천 출장샵 horse