Skip to main content

Posts

Majlis Penutup Sukan SEA 2017 Dijangka Menarik

Rabu, 30 Ogos 2017 - Sukan SEA 2017 telah pun berakhir dengan Malaysia merangkul 145 Pingat Emas, meninggalkan Thailand jauh di belakang. Ini merupakan satu pencapaian bersejarah berbanding pencapaian Malaysia sebelum ini. Walaupun kita tewas 1 - 0 kepada Thailand dalam perebutan Ibu segala Pingat malam tadi, kita telah dapat melupakan igauan tersebut dengan pungutan Pingat Emas paling banyak dan paling bersejarah. Dengan pencapaian tersebut, dijangkakan Malaysia akan meraikan Majlis Penutup Sukan SEA 2017 pada malam dengan pelbagai acara menarik, penuh berwarna-warni dan unik. Majlis pada malam ini bukan saja akan meraikan pencapaian bersejarah Malaysia, tetapi juga sempena menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Yang Ke-60 yang jatuh pada hari esok. Perkara paling menarik yang dapat saya lihat di sepanjang Sukan SEA ini ialah Perpaduan (Unity) yang terjalin di kalangan Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama, budaya, kepercayaan dan fahaman politik. Mereka telah melupakan segala-g...

Cuti Umum Esok Atau Isnin Jika Menang Bola?

Selasa, 29 Ogos 2017 - Syabas Malaysia! Sehingga kini Malaysia telah merangkul lebih 130 Pingat Emas dalam Sukan SEA 2017, dan dijangka akan memperolehi satu lagi Pingat Emas dalam acara Bola Sepak pada malam ini. Pingat Emas dalam acara Bola Sepak amat dinanti-nantikan oleh Rakyat Malaysia kerana ia merupakan Ibu kepada semua Pingat Emas yang dimenangi -The Mother Of All Gold Medals, The Cream of The Cake dan The Jewel of The Crown. Tanpa kemenangan ini, kita akan kehilangan keserian dan kemanisan sebagai Juara Sukan SEA 2017. Anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee mesti menang pada malam ini. Mereka mesti bermain bersungguh-sungguh, berhempas-pulas dan bermati-matian untuk merangkul Pingat Emas. Mereka telah pun membuktikan kehebatan mereka dalam semua perlawanan sebelum ini. Saya yakin, pada malam ini mereka akan Bangkit Bersama dan Melakukannya sekali lagi. Dengan kemenangan pada malam ini, kita akan melabuhkan tirai Sukan SEA 2017 dengan penuh Bergaya dan Cemerlang. Dengan kemenang...

Sukan Menyatukan Rakyat

Ahad, 20 Ogos 2017 - Salah satu arena yang dapat menyatukan rakyat ialah Sukan. Ini dapat dilihat daripada Sukan SEA Ke-29 yang sedang berlangsung di KL. Pelbagai bangsa, tanpa kira agama, budaya dan fahaman telah bersatu-padu mewakili Malaysia dalam pelbagai acara sukan. Begitu juga dengan para penonton yang datang menyaksikan acara perasmian dan pelbagai acara sukan yang diadakan. Melayu, Cina, India, Punjabi dll telah duduk bersama sebagai rakyat Malaysia untuk memberi sokongan kepada para atlet negara. Mereka berbual, bermesra dan bersorak bersama dengan semangat kesukanan yang satu. Mereka juga turut berdiri bersama dengan megah apabila lagu NegaraKu berkumandang. Mereka sanggup lupakan ras, agama, budaya dan fahaman masing-masing buat seketika. Ketika itu, mereka merasakan diri mereka sebagai rakyat Malaysia. Semua ini telah dapat dijana dan dijayakan oleh satu perkara yang bernama Sukan. Setakat ini, Malaysia telah berjaya merangkul banyak Pingat Emas dan telah mendahului ne...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin Daripada Kami Semoga Segala Ibadah Kita Diredhai Illahi Mendapat Lailatul Qadar Seperti Yang Dijanji Hidup Diberkati Serta Kekal Abadi Di Syurga Firdausi Selamat Hari Raya Sekali Lagi Sepuluh Jari Disusun Rapi Maaf Dipinta Agar Segala Dosa Dapat Diampuni Daripada Ibrahim Mohd Idrus Serta Keluarga

Nanyang Siang Pau Sudah Melampau

Selasa, 11 April 2017 - Dua hari selepas DS Hadi Awang membentang RUU355 pada 6 April, akhbar Cina Nanyang Siang Pau telah menerbitkan sebuah Karikatur (Kartun) yang menggambarkan dua ekor monyet di atas sebatang pokok bernama RUU355. Seekor monyet bersongkok dengan label Speaker dan seekor monyet lagi berserban dengan label Hadi Awang. Karikatur itu jelas menghina mereka berdua sebagai monyet. Karikatur ini sungguh biadap. Ia benar-benar merobek hati nurani dan sensitiviti orang Melayu Islam. Ia boleh saja mengkritik pembentangan RUU355 itu, tetapi tidak sehingga menghina mereka berdua sebagai monyet di atas pokok. Sebagai sebuah akhbar yang telah lama bertapak, besar dan berpengaruh, ia sepatutnya arif dengan perasaan dan sensitiviti kaum Melayu Islam serta maklum bahawa Agama Islam adalah Agama Rasmi Persekutuan. Ini tidak. Ia lebih bersifat rasis, melampau, menghina dan berpihak kepada Parti yang menentang pemerkasaan Mahkamah Syariah.   Sebagai seorang blogger Melayu Isl...

DS Hadi Awang Bentang RUU355 Hari Ini?

Khamis, 6 April 2017 - Difahamkan DS Hadi Awang akan membentangkan RUU355 di Parlimen pada petang ini. Mungkinkah RUU355 kali ini akan menampilkan beberapa pindaan berbanding RUU355 yang dikemukakan sebelum ini. Sebelum ini RUU355 telah meminta agar hukuman penjara ditambah kepada lebih 30 tahun, atau didenda lebih RM100,000, atau 100 sebatan sejajar dengan jenayah Syariah yang dilakukan. Parlimen Malaysia mempunyai seramai 222 orang ahli Parlimen. Majoriti daripada mereka terdiri daripada orang Melayu Islam. Sekiranya majoriti daripada mereka menyokong usul RUU355, maka ia akan menjadi undang-undang untuk memperkasakan kedudukan Mahkamah Syariah. Kita perlu tunggu sehingga petang ini untuk melihat reaksi dan mentaliti ahli-ahli Parlimen kita, terutama sekali di kalangan ahli Parlimen Melayu Islam. Terdapat pihak-pihak tertentu yang telah mewujudkan suasana Islamophobia. Mereka takut kononnya RUU ini akan membawa kepada Perundangan Hudud di Malaysia. Mereka sengaja wujudkan sua...

Dunia Digital, Dunia Masa Kini Dan Akan Datang

Rabu, 5 April 2017 - Sama ada kita suka atau tidak, kita terpaksa berdepan dengan Dunia Digital Masa Kini. Dunia Digital, satu kemajuan Teknologi Elektronik, merupakan Revolusi Industri Keempat serba canggih (the Fourth Industrial Revolution) yang dimanfaatkan oleh seluruh dunia pada masa kini, dan lebih-lebih lagi pada masa akan datang. Sehubungan itu, kita, anak-anak kita serta cucu-cicit kita perlu didedahkan kepada Dunia Digital ini mulai sekarang. Jika tidak, kita akan ketinggalan zaman dan tercicir jauh di belakang arus kemajuan dan kemodenan dunia. Kita akan jadi seperti Katak Di Bawah Tempurung. Ini adalah realiti Teknologi Maju (Advanced Technology) yang kita perlu terima. Dunia Digital bermula dengan penggunaan Satelit-Satelit di angkasa dan optik fiber (fiber optic). Susulan daripada kemajuan ini, pelbagai teknologi canggih demi kepentingan dunia dan manusia sejagat telah diperkenalkan. Komputer, Internet, SMS, MMS, email, Laptop, Tablet, Smart Phones, Facebook, Twitter, W...