Nampaknya, orang Melayu kian berpecah selepas pilihan raya yang lalu. Keadaan ini semakin teruk ekoran kenaikan harga minyak mentah dunia yang mencetuskan kesan domino dan rantaian kepada pelbagai perkara, terutama sekali bahan makanan. Ini dikeruhkan lagi oleh isu terkini - masalah Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Najib.
Walau apa pun terjadi, waimah perbezaan pendapat yang ketara, kita orang Melayu mestilah bersatu-padu bak Air Dicencang Tidak Akan Putus dan bak Kiambang Bertaut. Anggaplah diri kita air dan kiambang seperti yang pernah diperkatakan oleh nenek moyang kita dulu. Walau badai sekuat manapun, ia tetap Tidak Akan Putus dan Apabila Biduk Berlalu, Bertautlah Ia.
Kita perlu utamakan perpaduan, keutuhan dan masa depan seluruh umat Melayu. Jangan pentingkan diri sendiri atau segelintir pihak dengan sanggup mengorbankan kesatuan dan hari muka orang-orang Melayu. Kita tidak boleh berbuat demikian. Ini akan memakan diri kita sendiri. Ini akan merugikan kita. Malaysia adalah satu-satu negara kita. Tidak ada yang lain. Anasir-anasir tertentu, dari dalam dan luar negara, sentiasa menunggu perpecahan dan kelemahan orang Melayu untuk mengucar-kacir, meratah dan mengambil alih negara tercinta ini seperti yang mereka pernah lakukan ke atas negara-negara Islam di Timur Tengah.
Lihat apa jadi pada Palestin, Iraq, Afghanistan dan sekarang Iran! Tak sedarkah kita lagi?
Sebelum perkara ini berlaku dan sebelum nasi menjadi bubur, apa jua masalah yang kita hadapi di negara ini, mestilah diselesaikan bak Menarik Benang Dalam Tepung, Benang Tidak Putus Dan Kusut, Tepung Tidak Berselerak. Benang tetap boleh digunakan lagi, sementara Tepung tidak terbuang dan membazir. Semua ini mestilah dilakukan dengan penuh tertip dan bijaksana tanpa mengorbankan umat Melayu itu sendiri.
Perpaduan rakyat, keamanan, keharmonian dan kemajuan negara ini amat bergantung kepada ‘survival’, keutuhan dan kesatuan umat Melayu. Sekiranya orang Melayu berpecah, bercakaran, lemah dan tidak bersatu-padu, rakyat Malaysia yang lain juga akan turut terjejas dan mengalami masalah besar. Perpaduan kaum di negara ini amat bergantung kuat kepada perpaduan dan keuntuhan orang Melayu. Berpadu Orang Melayu, Berpadulah Negara Malaysia. Berpecah Orang Melayu, Berpecahlah Negara Malaysia. Umat Melayu mestilah akhirnya Bersatu-Padu dan Bersatu-Hati waimah sejauh manapun perbezaan pendapat kita.
Amati dan hayatilah nasihat nenek moyang kita ini. Air Dicencang Tidak Akan Putus, Biduk Berlalu Kiambang Bertaut.

Comments
cheers!