Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2015

Vaping Haram

Dalam Blog Posting saya yang lalu bertajuk "Vaping, Trend Terkini Yang Merbahaya", saya telah menjelaskan tentang kemudaratan Vaping. Berdasarkan beberapa kajian termasuk kajian saintifik yang dijalankan oleh Universiti Harvard, cecair Vape didapati mengandungi pelbagai jenis kimia bahaya yang boleh menyebabkan penyakit pernafasan (respiratory diseases that cause popcorn lungs), barah paru-paru dll. Bukan itu saja, malah cecair berperisa (flavoured liquids) Vape boleh diubahsuai (modified) dan disalahgunakan (abused) dengan mudah dengan memasukkan pelbagai bahan larangan termasuk kadar kandungan nikotin yang lebih tinggi, dadah, ganja, air ketum dll. Ini bermakna Vaping adalah lebih merbahaya daripada Rokok.   Di Malaysia, trend Vaping ini semakin menjadi-jadi sehinggakan murid-murid sekolah lelaki dan perempuan pernah ditangkap meVaping dalam tandas dan di tempat awam. Jika keadaan ini tidak dibendung dengan segera, gejala ini akan menular dengan pantas dan merosakkan ke...

Subsidi Oh Subsidi!

Subsidi Oh Subsidi Sebahagian Orang Melayu Suka Berpaut Pada Subsidi Seolah-Olah Sebagai Hak Asasi Hingga Terpahat Dalam Benak Dan Sanubari Tanpa Subsidi Mereka Hidup Bagaikan Mati Kerana Subsidi Adalah Tongkat Sakti Menyokong Mereka Daripada Menyembah Bumi Jika Ditarik Hilanglah Kekuatan Diri Bila Agaknya Mereka Hendak Sedari Agar Berupaya Berdikari Dan Berlari Tanpa Mengharapkan Bantuan Peribadi Mampu Hidup Sendiri Di Mana Jua Di Bumi Ini Cina India Datang Tanpa Apa-Apa Hanya Berbekalkan Kekuatan Mental Dan Empat Kerat Saja Tidak Bergantung Pada Sesiapa Hanya Kerajinan Dan Kerja Kuat Sebagai Harta Akhirnya Mereka Kuat Dan Berjaya Menguasai Ekonomi Dan Pendidikan Negara Kini Politik Menjadi Sasaran Utama Jika Mereka Berjaya Melayu Hilang Entah Ke Mana Berfikirlah Dan Sedarlah Wahai Melayu Agar Tidak Terus Lena, Lemah Dan Layu Subsidi Demi Subsidi Akan Menjadikan Kita Lesu Rajin, Kerja Kuat, Tidak Putus Asa, Yakin Diri Dan Berdikari Adalah Tongkat Sakti Yang...

Adakah Hang Tuah Wujud?

Persoalan ini telah timbul sejak tahun 1950-an lagi. Ada yang mengatakan Hang Tuah wujud berdasarkan Manuskrip Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu dan ada yang mengatakan Hang Tuah adalah metos semata-mata hasil rekaan orang Melayu lama (a myth). Untuk menyelesaikan perkara ini kita perlu mendapatkan pandangan pakar-pakar Sejarah dan ahli-ahli Akademik yang bertauliah. Mengikut Profesor Adjunct Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin, 90% daripada pakar Sejarah dan ahli Akademik bersetuju bahawa Hang Tuah adalah Wujud dan Bukannya Metos. Nama Hang Tuah telah tercatat dalam buku-buku yang ditulis dan diterbitkan oleh para pakar Sejarah dari Indonesia, Jepun, Belanda, Britain dan Sepanyol. Ini membuktikan bahawa Hang Tuah sebenarnya Wujud. Pensyarah Kanan UPM, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Jabatan Bahasa Melayu, Dr Rohaidah Kamaruddin berkata penemuan surat-surat yang dikirimkan oleh Hang Tuah kepada Maharaja Ryukyu Kingdom di antara tahun 1480 dan 1481 jelas membuktikan bahawa Wira Ala...

DS Najib Dan DS Hadi Hadiri Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar

Alhamdulillah. Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar pada petang semalam telah berjaya menemukan DS Najib dan DS Hadi Awang di pentas yang sama bagi membicarakan tajuk Perpaduan Ummah Merentasi Idealogi. Saya amat mengalu-alukan pertemuan tersebut dan berharap pertemuan itu adalah Ikhlas kerana Allah dan permulaan kepada kerjasama yang erat dan berpanjangan antara UMNO dan PAS. Kerjasama UMNO dan PAS amat penting bagi meneruskan pentadbiran Melayu Islam di Malaysia. Dalam posting-posting saya yang lalu, saya sering membangkitkan perkara yang sama bagi memastikan Orang Melayu Islam tidak berpecah dan tidak mudah diratah oleh anasir-anasir tertentu. Ketika merasmikan Multaqa tersebut DS Najib telah menekankan tentang kepentingan perpaduan dan kerjasama Ummah walaupun berbeza pendapat. Beliau turut menyarankan agar Alumni Al-Azhar terus berusaha untuk menyatupadukan Ummah di Malaysia. Sebelum ini, ketika menggulung perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO, DS Najib telah menghulurkan tali si...

Vaping, Trend Terkini Yang Merbahaya

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah lama memutuskan bahawa Rokok dan menghisap rokok adalah Haram. Badan tersebut memutuskan Fatwa berkenaan berdasarkan beberapa penyelidikan kesihatan yang mendapati Rokok mengandungi ratusan jenis kimia termasuk tar, nikotin, karbon dioksida, karbon mono-oksida dll yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti barah paru-paru dan sakit jantung. Ketika Majlis tersebut sedang giat memerangi gejala berkenaan, telah timbul pula satu lagi 'bencana' yang dipanggil Vaping. Vaping berasal daripada perkataan 'Vapour' atau Wap. Dengan meVaping, seseorang itu sebenarnya menghisap atau menyedut Wap daripada pelbagai jenis cecair yang dihangatkan dengan menggunakan Alat Vape Elektronik. Vaping memerlukan dua alat utama. Alat Vape Elektronik atau e-rokok (e-cigarettes) yang dijana oleh bateri dan cecair daripada pelbagai jenis perisa untuk pengewapan. Alat Vape akan memanaskan cecair untuk mengeluarkan wap dan wap inilah yang akan disedu...

Team TS Muhyiddin Berpatah Arang, Berkerat Rotan?

Dalam Ucapan Penggulungannya, DS Najib telah menghulurkan tangan perdamaian dan persahabatannya kepada para ahli UMNO yang menentangnya. Beliau berbuat demikian demi keamanan, perpaduan, kekuatan dan masa depan Parti UMNO. Namun, sekiranya mereka terus menentangnya dengan pelbagai fitnah, penipuan, tohmahan, persepsi dan tuduhan liar, beliau akan bangkit menentang mereka habis-habisan dengan semangat kental No Retreat, No Surrender. Walaupun beliau sentiasa kelihatan tenang dan lemah lembut, tetapi apabila dicabar, beliau akan bangkit melawan dengan gagah perkasa seperti seorang Wira Bugis. Itulah dia Najib Razak yang sebenar.              Adakah TS Muhyiddin akan menyahut dan menerima tawaran perdamaian kali ini demi perpaduan, keutuhan dan masa depan Parti UMNO dan demi penerusan perjuangan Agama Islam, Bangsa Melayu dan Tanahair Tercinta Malaysia. Selepas episod Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru tempoh hari, nampaknya TS Muhyiddin masih meneru...

Apabila Layar Ditegakkan, No Retreat, No Surrender

Begitulah kata-kata DS Najib ketika memberikan Ucapan Dasar Presiden di Perhimpunan Agung UMNO pagi tadi. Beliau akan mengharungi dan mengatasi apa jua ujian, cabaran dan dugaan yang mendatang untuk membawa UMNO ke puncak kejayaan. DS Najib juga menyeru kepada semua ahli UMNO termasuk Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden agar membantu dan menyokong beliau sebagai Presiden UMNO. Itulah yang dkehendaki oleh Perlembagaan Parti UMNO. Beliau mahu semua ahli UMNO supaya bersatu padu dan setia kepada Pucuk Pimpinan dan Parti. Beliau tidak mahu melihat ada di kalangan ahli UMNO yang sanggup menebuk bahtera UMNO di lautan yang menyebabkan bukan saja semua ahli UMNO akan tenggelam, malah seluruh ketamadunan Melayu Islam akan musnah. Menyentuh mengenai 1MDB dan sumbangan politik bernilai RM2.6 bilion, beliau berkata kebenaran akan menjelma akhirnya (the truth will prevail). UMNO akan terus memperjuangkan nasib Bangsa Melayu, Bumiputera, Rakyat Malaysia dan Agama Islam, tambah beliau. ...

Hanya DS Najib Berucap Di Sesi Penggulungan PAU

Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO malam tadi menetapkan bahawa hanya DS Najib, Presiden UMNO dibenarkan berucap di sesi Penggulungan PAU pada hari Sabtu ini. Mereka berbuat demikian bagi memastikan PAU tahun ini berjalan dengan aman dan lancar tanpa sebarang gangguan, kekecohan dan pertelingkahan. Sebelum ini, Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan bahawa ketiga-tiga sayap UMNO dirasmikan oleh ketua masing-masing, bukannya TS Muhyiddin Yassin, selaku Timbalan Presiden UMNO. Mereka juga memutuskan bahawa TS Muhyiddin dan DS Shafie Apdal tidak akan dipecat dan kekal sebagai Ahli UMNO.   Pada pagi ini DS Najib selaku Presiden UMNO akan menyampaikan ucapan Presidennya. Ucapannya kali ini amat dinanti-nantikan dan dijangka paling menarik dalam sejarah karier politiknya. Beliau pasti menyentuh pelbagai tuduhan mengenai 1MDB, Subangan Politik, Ekonomi Bumiputera, Ekonomi Malaysia, Kedudukan Matawang Ringgit, Harga Minyak, Kadar Penganguran, Inflasi dll. Beliau juga buat perta...

MARA Digital Mall Atau 'Low Yat 2' Dirasmikan

Ekoran kejadian pergaduhan antara Melayu dan Cina di Low Yat Plaza pada awal tahun ini, terdapat cadangan agar sebuah Mall ICT khas untuk Bumiputera diwujudkan bagi membolehkan orang-orang Melayu berniaga dan mendapatkan peralatan ICT dengan mudah dan murah. Akhirnya, impian tersebut telah menjadi kenyataan dengan Perasmian MARA Digital Mall di Tingkat 2 dan 3 Bangunan Atrium Mall MARA, Jalan Tuanku Abdul Rahman, pada pagi ini, 8.12.15 oleh DS Ismail Sabri. Seramai 36 vendor Bumiputera terpilih telah memulakan perniagaan mereka dengan menjual pelbagai peralatan ICT termasuk alat-alat Telekomunikasi dan Komputer. Jenama antarabangsa seperti Hewlett Packard dan Acer turut kelihatan. Jenama terkenal seperti Apple, Samsung dan Oppo dijangka akan mula dijual sebelum akhir bulan ini. Yang paling menarik ialah vendor-vendor Bumiputera ini tidak dikenakan bayaran sewa selama 6 bulan. Bukan itu saja, renovasi outlet turut disediakan oleh pihak MARA. Ini bermakna kos permulaan perniagaan mer...

Perhimpunan Agung UMNO Dijangka Menarik, Mendebar Dan Luarbiasa

Perhimpunan Agung UMNO kali ini dijangka lebih menarik, mendebarkan dan luarbiasa. Ia diadakan ketika UMNO dan Presidennya sedang dihantui pelbagai isu kontroversi sejak lebih setahun yang lalu. Ketiga-tiga sayap UMNO, Pergerakan Wanita, Pemuda dam Puteri akan dirasmikan oleh ketua masing-masing, bukannya TS Muhyiddin seperti yang diamalkan sejak dulu. Ketua-ketua Pergerakan tersebut, semuanya penyokong DS Najib, dijangka akan menyeru para ahli UMNO supaya merapatkan kembali barisan, mengukuhkan semula parti UMNO serta memberikan sokong jitu kepada pucuk pimpinan Parti, Presiden UMNO, DS Najib. Presiden UMNO, ketika merasmikan Perhimpunan dijangka akan menjelaskan pelbagai isu semasa termasuk 1MDB, Dana Sumbangan, Pembangunan, Kemajuan dan Kejayaan orang Melayu dan Bumiputera, Perpaduan Ahli-Ahli UMNO dll. Di Perhimpunan kali ini, DS Najib bukan saja akan berucap di hadapan para perwakilan UMNO yang majoritinya adalah penyokong beliau, tetapi juga di hadapan segelintir perwakilan...