Subsidi Oh Subsidi
Sebahagian Orang Melayu Suka Berpaut Pada Subsidi
Seolah-Olah Sebagai Hak Asasi
Hingga Terpahat Dalam Benak Dan Sanubari
Tanpa Subsidi Mereka Hidup Bagaikan Mati
Kerana Subsidi Adalah Tongkat Sakti
Menyokong Mereka Daripada Menyembah Bumi
Jika Ditarik Hilanglah Kekuatan Diri
Bila Agaknya Mereka Hendak Sedari
Agar Berupaya Berdikari Dan Berlari
Tanpa Mengharapkan Bantuan Peribadi
Mampu Hidup Sendiri Di Mana Jua Di Bumi Ini
Cina India Datang Tanpa Apa-Apa
Hanya Berbekalkan Kekuatan Mental Dan Empat Kerat Saja
Tidak Bergantung Pada Sesiapa
Hanya Kerajinan Dan Kerja Kuat Sebagai Harta
Akhirnya Mereka Kuat Dan Berjaya
Menguasai Ekonomi Dan Pendidikan Negara
Kini Politik Menjadi Sasaran Utama
Jika Mereka Berjaya Melayu Hilang Entah Ke Mana
Berfikirlah Dan Sedarlah Wahai Melayu
Agar Tidak Terus Lena, Lemah Dan Layu
Subsidi Demi Subsidi Akan Menjadikan Kita Lesu
Rajin, Kerja Kuat, Tidak Putus Asa, Yakin Diri Dan Berdikari Adalah Tongkat Sakti Yang Padu
- Oleh Ibrahim Mohd Idrus
* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.
* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice or ulterior motives.

Comments
Sibsidi harga beras dan petrol tu hanya diberi kpd org Melayu je ke?