Skip to main content

DS Najib Dan DS Hadi Hadiri Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar

Alhamdulillah. Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar pada petang semalam telah berjaya menemukan DS Najib dan DS Hadi Awang di pentas yang sama bagi membicarakan tajuk Perpaduan Ummah Merentasi Idealogi.

Saya amat mengalu-alukan pertemuan tersebut dan berharap pertemuan itu adalah Ikhlas kerana Allah dan permulaan kepada kerjasama yang erat dan berpanjangan antara UMNO dan PAS. Kerjasama UMNO dan PAS amat penting bagi meneruskan pentadbiran Melayu Islam di Malaysia.

Dalam posting-posting saya yang lalu, saya sering membangkitkan perkara yang sama bagi memastikan Orang Melayu Islam tidak berpecah dan tidak mudah diratah oleh anasir-anasir tertentu.

Ketika merasmikan Multaqa tersebut DS Najib telah menekankan tentang kepentingan perpaduan dan kerjasama Ummah walaupun berbeza pendapat. Beliau turut menyarankan agar Alumni Al-Azhar terus berusaha untuk menyatupadukan Ummah di Malaysia. Sebelum ini, ketika menggulung perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO, DS Najib telah menghulurkan tali silaturrahim kepada PAS.  

Dalam ucaptamanya, DS Hadi menyeru agar perbezaan idealogi antara parti politik tidak menghalang kerjasama dan perpaduan Ummah di Malaysia. Beliau mahu Umat Islam berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenar.

Di satu sidang akhbar, TS Harussani Zakaria, Mufti Perak berkata Umat Islam di Malaysia mesti bersatu-padu untuk memastikan negara Malaysia terus dipimpin oleh Orang Islam. Jika tidak, dalam masa beberapa tahun lagi, Orang Islam akan hilang kuasa. Beliau juga berkata, DS Najib, Tun Dr Mahathir dan pemimpin tertinggi PAS pernah bertemu beliau bagi membincangkan perihal perpaduan dan kerjasama Ummah di Malaysia.

Apa yang dimaksudkan oleh TS Harussani itu ialah jika Orang Melayu Islam berpecah-belah, tidak bekerjasama dan bersatu, terutama sekali antara UMNO dan PAS di PRU14 pada tahun 2018, Orang Melayu Islam akan hilang kuasa.

Saya berpendapat, pertama sekali, Kerjasama UMNO dan PAS ini mestilah diasaskan secara Ikhlas kerana Allah dan Islam, bukan kerana kepentingan politik saja. Jika Kerjasama ini diasaskan berdasarkan kepentingan politik saja, Kerjasama ini tidak akan bertahan lama. Sekiranya ia diasaskan dengan Ikhlas kerana Allah dan Islam, Kerjasama ini akan berkekalan.

Selepas Kerjasama ini dijalin dengan Ikhlas kerana Allah dan Islam, barulah mereka boleh beralih kepada Kerjasama Politik untuk menghadapi PRU14 akan datang bagi menumpaskan PAN dan PKR, dan sekaligus menghalang DAP untuk menduduki singgahsana Putrajaya. Mereka perlu bekerjasama dengan Ikhlas mulai sekarang dan membincangkan strategi, taktik dan formula menang-menang yang terbaik (the best win-win formula) untuk berjaya di PRU14. Salah satu formulanya ialah UMNO dan PAS mesti jangan bertembung atau bersaing di mana-mana kerusi Pilihan Raya. Ini memerlukan kajian dan penelitian terperinci mulai sekarang.

Bekas Presiden MCA, DS Dr Chua Soi Lek akui akan kekuatan kerjasama UMNO dan PAS ini sehinggakan beliau meramalkan bahawa kerjasama UMNO dan PAS akan memudahkan mereka menguasai 5 negeri, iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Bukan itu saja, saya yakin Selangor juga mereka boleh tawan.  




* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice or ulterior motives.                  

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...