Skip to main content

Adakah Hang Tuah Wujud?

Persoalan ini telah timbul sejak tahun 1950-an lagi. Ada yang mengatakan Hang Tuah wujud berdasarkan Manuskrip Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu dan ada yang mengatakan Hang Tuah adalah metos semata-mata hasil rekaan orang Melayu lama (a myth).

Untuk menyelesaikan perkara ini kita perlu mendapatkan pandangan pakar-pakar Sejarah dan ahli-ahli Akademik yang bertauliah.

Mengikut Profesor Adjunct Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin, 90% daripada pakar Sejarah dan ahli Akademik bersetuju bahawa Hang Tuah adalah Wujud dan Bukannya Metos. Nama Hang Tuah telah tercatat dalam buku-buku yang ditulis dan diterbitkan oleh para pakar Sejarah dari Indonesia, Jepun, Belanda, Britain dan Sepanyol. Ini membuktikan bahawa Hang Tuah sebenarnya Wujud.

Pensyarah Kanan UPM, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Jabatan Bahasa Melayu, Dr Rohaidah Kamaruddin berkata penemuan surat-surat yang dikirimkan oleh Hang Tuah kepada Maharaja Ryukyu Kingdom di antara tahun 1480 dan 1481 jelas membuktikan bahawa Wira Alam Melayu tersebut Wujud.

"Sebilah Keris dengan sembilan lengkung telah ditemui di Kuil Enkakuji Shuriji, Jepun membuktikan perhubungan akrab antara Kesultanan Melayu Melaka dan Ryukyu Kingdom pada zaman itu," tambah beliau.

Profesor Linguistik Melayu UPM, Profesor Emeritus Dr Hashim Musa pula berkata, nota yang terdapat dalam The Commentaries of the Great Alfonso de Albuquerque jelas membuktikan bahawa Hang Tuah adalah Wujud.

"Nota oleh penjajah Portugis tersebut menyebut bahawa ketika Melaka ditakluk dalam tahun 1511, Hang Tuah berada di Temasek (sekarang Singapura) pada usia 80 tahun," jelas Profesor Dr Hashim.

Speaker DUN Melaka, Datuk Othman Muhamad berkata semasa Seminar Hang Tuah Wira Alam Melayu diadakan di Melaka dalam bulan Mei 2006, kesemua 8 orang ahli panel dari Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia bersetuju bahawa Hang Tuah Wujud.

Sehubungan itu, kita tidak perlu persoal lagi tentang Kewujudan Hang Tuah ini.

Yang menjadi tanda tanya sekarang ialah di manakah pusara Hang Tuah? Seorang peserta Forum Hang Tuah baru-baru ini, Abu Huzaifah Hashim berkata pusara Hang Tuah terletak di Palembang, Indonesia berdasarkan Manuskrip Hikayat Hang Tuah oleh Tun Kolah, sepupu Hang Tuah.

Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, Profesor Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin pula berkata pusara Hang Tuah berada di Tanjung Kling, Melaka berdasarkan maklumat daripada versi Buku Sejarah Melayu (The Malay Annals) oleh William Girlestone Shellabear.

Kata beliau, "Buku Sejarah Melayu ini dengan jelas menyatakan Hang Tuah telah meninggal dunia dan dikebumikan di Tanjung Kling dengan penuh adat kebesaran dan penghormatan."                    

Berdasarkan kajian para pakar Sejarah bertauliah di atas, Hang Tuah adalah Wujud, Bukannya Metos.

"Takkan Melayu Hilang Di Dunia".

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...