Skip to main content

MARA Digital Mall Atau 'Low Yat 2' Dirasmikan

Ekoran kejadian pergaduhan antara Melayu dan Cina di Low Yat Plaza pada awal tahun ini, terdapat cadangan agar sebuah Mall ICT khas untuk Bumiputera diwujudkan bagi membolehkan orang-orang Melayu berniaga dan mendapatkan peralatan ICT dengan mudah dan murah. Akhirnya, impian tersebut telah menjadi kenyataan dengan Perasmian MARA Digital Mall di Tingkat 2 dan 3 Bangunan Atrium Mall MARA, Jalan Tuanku Abdul Rahman, pada pagi ini, 8.12.15 oleh DS Ismail Sabri.

Seramai 36 vendor Bumiputera terpilih telah memulakan perniagaan mereka dengan menjual pelbagai peralatan ICT termasuk alat-alat Telekomunikasi dan Komputer. Jenama antarabangsa seperti Hewlett Packard dan Acer turut kelihatan. Jenama terkenal seperti Apple, Samsung dan Oppo dijangka akan mula dijual sebelum akhir bulan ini.

Yang paling menarik ialah vendor-vendor Bumiputera ini tidak dikenakan bayaran sewa selama 6 bulan. Bukan itu saja, renovasi outlet turut disediakan oleh pihak MARA. Ini bermakna kos permulaan perniagaan mereka amat rendah dan mereka boleh menjual pelbagai peralatan ICT dengan harga yang lebih murah dan kompetitif berbanding para peniaga di Low Yat Plaza, Bukit Bintang.

Sehubungan itu, orang-orang Melayu adalah disyorkan agar mendapatkan pelbagai peralatan ICT mereka sekarang di MARA Digital Mall yang turut dikenali sebagai 'Low Yat 2'. Di samping menolong para peniaga Bumiputera, kita juga boleh membeli pelbagai peralatan ICT dengan harga yang lebih murah dan kompetitif.

Orang-orang bukan Bumiputera juga digalakkan membeli pelbagai peralatan ICT mereka sekarang di Bangunan tersebut. Jika selama ini ramai orang Melayu tidak memilih bulu dan warna (Colour Blind) untuk membeli pelbagai peralatan IT di Low Yat Plaza, orang-orang Bukan Bumiputera juga boleh berbuat perkara yang sama dengan membeli pelbagai peralatan ICT mereka di MARA Digital Mall.

Di Low Yat Plaza, Bukit Bintang, hampir 98% daripada para peniaga peralatan ICT terdiri daripada Bukan Bumiputera sementara 70% daripada para pelanggan mereka adalah Bumiputera.

Di Malaysia, Bumiputera dan Bukan Bumiputera mesti berganding tenaga untuk memajukan ekonomi mereka dan negara Malaysia. Masing-masing mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Apabila digabungkan, ia akan menghasilkan Kemakmuran Dalam Kepelbagaian (Prosperity In Diversity). Itulah Keunikan Dan Keindahan Malaysia.



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice or ulterior motives.        



                            

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...