Skip to main content

Vaping, Trend Terkini Yang Merbahaya

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah lama memutuskan bahawa Rokok dan menghisap rokok adalah Haram. Badan tersebut memutuskan Fatwa berkenaan berdasarkan beberapa penyelidikan kesihatan yang mendapati Rokok mengandungi ratusan jenis kimia termasuk tar, nikotin, karbon dioksida, karbon mono-oksida dll yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti barah paru-paru dan sakit jantung.

Ketika Majlis tersebut sedang giat memerangi gejala berkenaan, telah timbul pula satu lagi 'bencana' yang dipanggil Vaping.

Vaping berasal daripada perkataan 'Vapour' atau Wap. Dengan meVaping, seseorang itu sebenarnya menghisap atau menyedut Wap daripada pelbagai jenis cecair yang dihangatkan dengan menggunakan Alat Vape Elektronik.

Vaping memerlukan dua alat utama. Alat Vape Elektronik atau e-rokok (e-cigarettes) yang dijana oleh bateri dan cecair daripada pelbagai jenis perisa untuk pengewapan. Alat Vape akan memanaskan cecair untuk mengeluarkan wap dan wap inilah yang akan disedut atau dihisap oleh para penghisap Vape.

Vape Elektronik didatangkan dalam pelbagai bentuk dan jenama. Alat-alat ini bukannya murah dan telah menjadi satu trend di kalangan remaja dan orang dewasa. Ada yang menghisapnya sebagai satu trend baru, untuk suka-suka, untuk menjimatkan wang merokok, hendak mengurangkan ketagihan merokok dan menghentikan merokok. Vape amat popular sekarang sehinggakan ia boleh didapati di mana-mana saja termasuk di pasar-pasar malam.

Trend ini sekarang telah mula meresap di kalangan murid-murid sekolah. Ada yang berusia semuda 11 dan 14 tahun telah ditangkap meVape di dalam tandas sekolah dan di tempat awam. Murid-murid perempuan juga pernah ditangkap meVape. Daripada senario ini, Vaping boleh dikatakan sebagai satu trend yang membimbangkan, merosakkan dan bahaya.      

Para penggemar Vape mengatakan secara jangka panjang Vaping adalah lebih menjimatkan kerana harga rokok sekarang agak mahal dan semakin meningkat. Ada juga yang mengatakan mereka telah beralih kepada Vape untuk mengurangkan merokok dan seterusnya berhenti daripada merokok. Apa yang saya dapati adalah sebaliknya. Mereka yang meVape masih meneruskan tabiat dan ketagihan merokok. Ada juga yang berhenti merokok tetapi terus beralih kepada ketagihan Vape.

Soalannya, adakah Vape lebih sihat dan selamat daripada rokok. Kandungan rokok amat jelas dengan terdapatnya ratusan jenis kimia berbahaya termasuk tar, karbon dioksida, karbon mono oksida, nikotin dll. Mengikut kajian saintifik merokok boleh menyebabkan kanser paru-paru, sakit jantung dll. Ia bukan saja menjejaskan kesihatan perokok tegar (active smokers) tetapi juga orang-orang di sekitar perokok tersebut (passive smokers). Kemudaratan rokok kepada kesihatan manusia amat jelas sehinggakan Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan Fatwa bahawa Rokok dan Merokok Adalah Haram. Malah, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menubuhkan banyak klinik khas yang menyediakan rawatan terapi khas untuk para perokok menghentikan ketagihan merokok.

Baru-baru ini, para penyelidik di Harvard T.H. Chan School of Public Health, Amerika Syarikat mendapati 70% daripada rokok elektronik berperisa yang diuji mengandungi kimia yang boleh menyebabkan penyakit pernafasan bronkitis dan kanser paru-paru. Hasil ujian mendapati paras Diacetyl yang tinggi dalam 39 daripada perisa yang diuji, Acetoin dalam 46 daripada perisa yang yang diuji dan 2,3-Pentanedione dalam 23 perisa.

Pada keseluruhannya, sekurang-kurangnya satu daripada tiga kimia tersebut telah dikesan dalam 47 daripada 51 perisa yang diuji. Daripada kajian tersebut jelaslah bahawa Vaping adalah bahaya dan boleh merosakkan kesihatan.

Dalam satu lagi kajian yang dijalankan oleh sepasukan penyelidik dari Penn State College of Medicine, Amerika Syarikat, mereka mendapati terdapat radikal bebas (free radicals), sejenis molekul yang boleh menyebabkan kerosakan sel dan kanser. Kajian tersebut yang diterbitkan dalam jurnal Chemical Research in Toxicology mendapati paras radikal bebas tersebut adalah kurang daripada yang terdapat dalam rokok biasa. Tetapi, lebih tinggi daripada paras yang terdapat di kawasan-kawasan yang teruk tercemar.      

Yang lebih membimbangkan ialah cecair-cecair Vape ini mudah diubahsuai (modified) sesuka hati. Sekiranya penjual dan penghisap inginkan nikotin lebih, mereka akan memasukkan lebih banyak kandungan nikotin. Di sinilah berpunca pelbagai masalah nanti. Cecair ini juga boleh disalahgunakan dengan memasukkan pelbagai jenis dadah termasuk ganja dan air ketum di dalamnya. Beberapa minggu lalu, Polis Bahagian Narkotik Bukit Aman telah menahan tujuh orang yang memiliki Vape dan pelbagai jenis cecair yang mengandungi ganja. Ini jelas membuktikan bahawa Vape mudah diubahsuai mengikut selera dan kehendak penjual dan penghisap. Sehubungan itu, Vape adalah lebih bahaya daripada rokok yang telah dihadkan kandungannya oleh para pengeluar rokok.

Ancaman dan bahaya Vape dengan pelbagai jenis cecair yang boleh diubahsuai (modified) sesuka hati telah mendorong Negeri Johor dan terkini Negeri Kelantan mengharamkan pengeluaran lesen menjual Vape mulai 1 Januari 2016. Negeri Terengganu pula telah membekukan pengeluaran lesen menjual Vape buat sementara waktu sehingga kajian menyeluruh dibuat.    



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice or ulterior motives.

                         

        



Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...