Skip to main content

Vaping Haram

Dalam Blog Posting saya yang lalu bertajuk "Vaping, Trend Terkini Yang Merbahaya", saya telah menjelaskan tentang kemudaratan Vaping. Berdasarkan beberapa kajian termasuk kajian saintifik yang dijalankan oleh Universiti Harvard, cecair Vape didapati mengandungi pelbagai jenis kimia bahaya yang boleh menyebabkan penyakit pernafasan (respiratory diseases that cause popcorn lungs), barah paru-paru dll.

Bukan itu saja, malah cecair berperisa (flavoured liquids) Vape boleh diubahsuai (modified) dan disalahgunakan (abused) dengan mudah dengan memasukkan pelbagai bahan larangan termasuk kadar kandungan nikotin yang lebih tinggi, dadah, ganja, air ketum dll. Ini bermakna Vaping adalah lebih merbahaya daripada Rokok.  

Di Malaysia, trend Vaping ini semakin menjadi-jadi sehinggakan murid-murid sekolah lelaki dan perempuan pernah ditangkap meVaping dalam tandas dan di tempat awam. Jika keadaan ini tidak dibendung dengan segera, gejala ini akan menular dengan pantas dan merosakkan kesihatan masyarakat, terutama sekali sebahagian masyarakat Melayu yang mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Sehubungan itu, saya amat mengalu-alukan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia pada Isnin lalu yang memfatwakan (edict) bahawa Vaping adalah Haram (Forbidden). Fatwa tersebut dibuat berdasarkan pelbagai kajian termasuk dari aspek Syariah, Perubatan dan Saintifik.

Menurut Pengerusi MFK, Prof. Emeritus Dr Abdul Shukor Husin, dalam Islam umatnya dilarang mengambil bahan-bahan yang memudaratkan secara jelas atau tidak, secara segera atau perlahan-lahan yang membawa kepada kematian, kerosakan anggota, boleh membawa penyakit bahaya atau kemudaratan pada akal.

Dalam Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang diadakan, seluruh ahli panel bersetuju untuk mengharamkan penggunaan e-rokok atau Vape selepas meneliti dapatan kajian yang dijalankan.

Majlis Fatwa Negeri Selangor dijangka akan mengeluarkan Fatwa Vape pada awal tahun depan. Sementara itu, Kerajaan Malaysia masih belum mengharamkan penggunaan Vape tetapi telah mengarahkan pihak berkuasa tertentu untuk memantau penggunaan Vape sebelum keputusan muktamad dibuat.

Dr Abdul Shukor Husin turut mengesyorkan agar negeri-negeri lain mengharamkan penggunaan e-rokok atau Vape seperti yang telah dilaksanakan di Johor dan Kelantan.

Kepada para peniaga Melayu yang menjalankan perniagaan Vape, saya syorkan agar mereka beralih kepada perniagaan yang lebih bermanfaat. Terdapat 1001 jenis perniagaan lain yang boleh mereka ceburi termasuk perniagaan alat-alat ICT. Pihak Mara telah pun menyediakan pelbagai kemudahan untuk Bumiputera menceburi bidang ini. MARA Digital Mall telah diwujudkan di Bangunan Mara, Medan Tuanku dan akan berkembang ke tempat-tempat lain di seluruh Malaysia. Rebut saja kesempatan ini dan tidak perlu lagi pergi ke Plaza Low Yat, Bukit Bintang atau Kota Raya. Apa yang mereka perlu ada sekarang ialah tekad, keazaman, kerajinan, kerja kuat, komitmen, yakin diri, mindset yang positif, bersikap kompetitif dan berdikari. Jika orang lain boleh, anda juga boleh!

Buka Lembaran Tahun Baru 2016 ini dengan Aspirasi Baru, Resolusi Baru, Azam Baru, Mindset Baru, Mentaliti Baru, Perniagaan Baru, Sikap Baru, Kerajinan, Kerja Kuat dan Berdikari.



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice or ulterior motives.
                    
  

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...