Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO malam tadi menetapkan bahawa hanya DS Najib, Presiden UMNO dibenarkan berucap di sesi Penggulungan PAU pada hari Sabtu ini.
Mereka berbuat demikian bagi memastikan PAU tahun ini berjalan dengan aman dan lancar tanpa sebarang gangguan, kekecohan dan pertelingkahan.
Sebelum ini, Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan bahawa ketiga-tiga sayap UMNO dirasmikan oleh ketua masing-masing, bukannya TS Muhyiddin Yassin, selaku Timbalan Presiden UMNO.
Mereka juga memutuskan bahawa TS Muhyiddin dan DS Shafie Apdal tidak akan dipecat dan kekal sebagai Ahli UMNO.
Pada pagi ini DS Najib selaku Presiden UMNO akan menyampaikan ucapan Presidennya. Ucapannya kali ini amat dinanti-nantikan dan dijangka paling menarik dalam sejarah karier politiknya. Beliau pasti menyentuh pelbagai tuduhan mengenai 1MDB, Subangan Politik, Ekonomi Bumiputera, Ekonomi Malaysia, Kedudukan Matawang Ringgit, Harga Minyak, Kadar Penganguran, Inflasi dll.
Beliau juga buat pertama kalinya akan berdepan dengan Tun Dr Mahathir yang dijangka hadir pada PAU hari ini. Kali ini DS Najib akan berpeluang menjelaskan segala-galanya sementara Tun Dr Mahathir akan hanya duduk diam dan mendengar saja.
Pada PAU tahun lalu Tun Dr Mahathir meninggalkan Dewan sebaik saja Ucapan Presiden berakhir tanpa menyertai VIPs untuk Sarapan.
Bagaimana pula reaksi Tun pada pagi ini.
Perhimpunan Agung UMNO sentiasa menarik perhatian dan liputan ramai, kawan atau pun lawan termasuk parti-parti politik dari luar negara. Ia sering dihantui pelbagai isu hangat, namun berupaya keluar sebagai sebuah parti yang lebih kuat dan bersatu serta terus berjaya meneraju negara sejak Merdeka.
Saya berpendapat Perhimpunan Agung UMNO ini perlu dijadikan 'Case Study' untuk para pelajar Political Science.

Comments