Skip to main content

Apabila Layar Ditegakkan, No Retreat, No Surrender

Begitulah kata-kata DS Najib ketika memberikan Ucapan Dasar Presiden di Perhimpunan Agung UMNO pagi tadi. Beliau akan mengharungi dan mengatasi apa jua ujian, cabaran dan dugaan yang mendatang untuk membawa UMNO ke puncak kejayaan.

DS Najib juga menyeru kepada semua ahli UMNO termasuk Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden agar membantu dan menyokong beliau sebagai Presiden UMNO. Itulah yang dkehendaki oleh Perlembagaan Parti UMNO. Beliau mahu semua ahli UMNO supaya bersatu padu dan setia kepada Pucuk Pimpinan dan Parti.

Beliau tidak mahu melihat ada di kalangan ahli UMNO yang sanggup menebuk bahtera UMNO di lautan yang menyebabkan bukan saja semua ahli UMNO akan tenggelam, malah seluruh ketamadunan Melayu Islam akan musnah.

Menyentuh mengenai 1MDB dan sumbangan politik bernilai RM2.6 bilion, beliau berkata kebenaran akan menjelma akhirnya (the truth will prevail).

UMNO akan terus memperjuangkan nasib Bangsa Melayu, Bumiputera, Rakyat Malaysia dan Agama Islam, tambah beliau.

Beliau juga tidak ketinggalan menghulurkan tangan persahabatan kepada PAS, sebuah lagi parti Melayu Islam.

Susulan Ucapan Dasar DS Najib itu, saya berpendapat TS Muhyiddin dan DS Shafie Apdal perlu berbaik semula dengan DS Najib dan lupakan perkara lama. Mereka perlu bekerjasama dengan DS Najib untuk menghadapi dan menyelesaikan segala isu yang berbangkit. Lupakan saja segala persepsi, presumptions, assumptions, allegations dan tuduhan liar tanpa bukti kukuh (without facts and figures) yang dilemparkan oleh Tun Dr Mahathir.

Sekiranya TS Muhyiddin mahu meneruskan kritikan dan serangannya terhadap DS Najib, beliau harus meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO seperti yang dilakukan oleh Tun Musa Hitam di zaman Tun Dr Mahathir. Pucuk pimpinan Parti tidak boleh berbalah dan mesti bersatu padu, bersatu hati, seiringan, bekerjasama, berbaik sangka dan saling bantu membantu untuk mengemudi bahtera Parti dengan selamat. Jika tidak, Parti akan berpecah dan menjadi lemah.



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice or ulterior motives.              






  

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...