Skip to main content

Perhimpunan Agung UMNO Dijangka Menarik, Mendebar Dan Luarbiasa

Perhimpunan Agung UMNO kali ini dijangka lebih menarik, mendebarkan dan luarbiasa. Ia diadakan ketika UMNO dan Presidennya sedang dihantui pelbagai isu kontroversi sejak lebih setahun yang lalu.

Ketiga-tiga sayap UMNO, Pergerakan Wanita, Pemuda dam Puteri akan dirasmikan oleh ketua masing-masing, bukannya TS Muhyiddin seperti yang diamalkan sejak dulu. Ketua-ketua Pergerakan tersebut, semuanya penyokong DS Najib, dijangka akan menyeru para ahli UMNO supaya merapatkan kembali barisan, mengukuhkan semula parti UMNO serta memberikan sokong jitu kepada pucuk pimpinan Parti, Presiden UMNO, DS Najib.

Presiden UMNO, ketika merasmikan Perhimpunan dijangka akan menjelaskan pelbagai isu semasa termasuk 1MDB, Dana Sumbangan, Pembangunan, Kemajuan dan Kejayaan orang Melayu dan Bumiputera, Perpaduan Ahli-Ahli UMNO dll.

Di Perhimpunan kali ini, DS Najib bukan saja akan berucap di hadapan para perwakilan UMNO yang majoritinya adalah penyokong beliau, tetapi juga di hadapan segelintir perwakilan UMNO yang menentangnya, termasuk musuh ketat beliau TS Muhyiddin, DS Shafie Apdal dan Tun Dr Mahathir.

Mungkinkah DS Najib akan turut menyindir mereka bertiga ketika beliau berucap nanti? Sama-sama kita nantikan kerana dalam politik semuanya serba mungkin (in politics everything is possible). In politics there is no permanent friends or enemies. Only permanent interests.        

Untuk memastikan beliau dapat berucap di hadapan para penyokongnya, malam tadi, 7.12.15 bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru Kuala Lumpur, TS Muhyiddin dengan diiringi DS Shafie Apdal dan Tun Dr Mahathir telah menyampaikan ucapan selama sejam. Di dalam ucapannya, beliau menggesa agar DS Najib mengambil cuti ketika siasatan 1MDB dijalankan. Beliau juga mencadangkan supaya Penggal (Term) Pimpinan Presiden dihadkan kepada 2 Penggal saja untuk mengelak salahguna kuasa. Majlis malam tadi mendapat sambutan baik dan telah dipenuhi dengan para penyokong beliau terutama sekali dari Johor.

Mungkinkah DS Najib akan menjawab gesaan TS Muhyiddin itu di Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO nanti? Atau mungkinkah TS Muhyiddin dan DS Shafie Apdal akan digantung atau dipecat daripada parti UMNO selepas Perhimpunan ini selesai? Atau digantung atau dipecat lebih awal lagi sebelum Hari Perasmian Perhimpunan Agung UMNO itu kerana telah berucap berapi-api di Kelab Sultan Sulaiman malam tadi, 7.12.15?

Walau apapun berlaku, kedudukan DS Najib dijangka akan terus mantap kerana majoriti bahagian, mungkin 170 hingga 180 bahagian UMNO, akan terus berdiri teguh di belakang Presiden Parti. Saya lihat kedudukan UMNO adalah ibarat Kiambang. Apabila Biduk berlalu, Kiambang akan bertaut kembali. Situasi ini berlaku ketika zaman Tunku, Datuk Harun, Tengku Razaleigh, Musa Hitam dan Anwar Ibrahim. UMNO didapati menjadi lebih kuat, lebih berpadu dan lebih matang selepas setiap Perhimpunan.

Saya yakin UMNO akan bertaut kembali selepas Perhimpunan ini. Itulah kekuatan, kelebihan dan keluarbiasaan UMNO.

Selamat Bersidang.



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice or ulterior motives.              

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...