Skip to main content

Team TS Muhyiddin Berpatah Arang, Berkerat Rotan?

Dalam Ucapan Penggulungannya, DS Najib telah menghulurkan tangan perdamaian dan persahabatannya kepada para ahli UMNO yang menentangnya. Beliau berbuat demikian demi keamanan, perpaduan, kekuatan dan masa depan Parti UMNO. Namun, sekiranya mereka terus menentangnya dengan pelbagai fitnah, penipuan, tohmahan, persepsi dan tuduhan liar, beliau akan bangkit menentang mereka habis-habisan dengan semangat kental No Retreat, No Surrender. Walaupun beliau sentiasa kelihatan tenang dan lemah lembut, tetapi apabila dicabar, beliau akan bangkit melawan dengan gagah perkasa seperti seorang Wira Bugis. Itulah dia Najib Razak yang sebenar.
            
Adakah TS Muhyiddin akan menyahut dan menerima tawaran perdamaian kali ini demi perpaduan, keutuhan dan masa depan Parti UMNO dan demi penerusan perjuangan Agama Islam, Bangsa Melayu dan Tanahair Tercinta Malaysia.

Selepas episod Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru tempoh hari, nampaknya TS Muhyiddin masih meneruskan penentangannya terhadap DS Najib walaupun telah dinasihati oleh ramai perwakilan di Dewan Merdeka PWTC supaya berbaik-baik semula dengan DS Najib dan selesaikan segala masalah secara tertutup (closed door) dan penuh hemah.

Mungkinkah TS Muhyiddin akan berlembut hati kali ini selepas mendengar amanat penggulungan DS Najib. terutama sekali setelah DS Najib berjabat tangan penuh mesra dengan beliau selepas selesai menyampaikan ucapan tersebut?

Atau Mungkinkah TS Muhyiddin akan terus menentang kerana telah berpatah arang, berkerat rotan dan membakar jambatan perhubungannya dengan DS Najib?

Saya harap TS Muhyiddin akan berlembut hati dan berbaik semula dengan DS Najib. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Anggap episod lepas sebagai satu pelajaran berguna. Jangan mudah terpengaruh dengan persepsi, assumptions, presumptions, allegations dan tuduhan liar yang dilemparkan oleh parti pembangkang, media asing dan Tun Dr Mahathir terhadap DS Najib. Semua tohmahan ini tidak didatangkan dengan bukti-bukti kukuh dan nyata, facts and figures (no concrete evidence). Mereka tidak dikemukakan bersama penyata perakaunan terperinci yang telah diaudit oleh Auditor bertauliah. Semuanya samar-samar. Jika dibawa ke mahkamah sekalipun, saya berpendapat para hakim akan menolaknya bulat-bulat kerana tanpa sokongan bukti kukuh. Hanya tuduhan liar (no concrete evidence, only wild allegations).

Sekiranya TS Muhyiddin masih mahu meneruskan tuduhannya tanpa bukti kukuh, saya yakin Majlis Tertinggi UMNO akan mengambil tindakan tegas terhadapnya dengan memecat beliau. TS Muhyiddin tidaklah sepopular dan sehebat Anwar Ibrahim. Penyingkiran Anwar Ibrahim yang mengakibatkan demonstrasi besar dan reformasi masih tidak dapat menggugat perpaduan dan keutuhan UMNO. Saya percaya UMNO akan kembali bertaut dan berpadu selepas penyingkiran TS Muhyiddin. Walau apapun, dalam politik segala-galanya serba mungkin. Nothing is impossible. Everything is possible. Kita merancang, Allah menentukan. We propose, Allah disposes. Allah adalah Perancang terbaik. Allah is the best Planner.      

Sebenarnya, isu-isu ini sengaja ditimbulkan dan dibesar-besarkan oleh musuh-musuh parti Melayu Islam. Matlamat mereka ialah untuk memecah-belahkan dan melemahkan keutuhan pentadbiran Melayu Islam. Apabila parti berkenaan lemah, mereka akan mudah menguasai politik dan pentadbiran Malaysia. Sebenarnya, pergolakan dan perpecahan mana-mana parti Melayu Islam amat disukai dan dinanti-nantikan oleh musuh-musuh pentadbiran Melayu Islam. Sama ada dari dalam negara mahupun dari luar negara. Yang menyedihkan, masih terdapat ramai orang Melayu yang terjebak dan terperangkap dengan tipu helah mereka ini.




* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice or ulterior motives.

                

                  

Comments

Anonymous said…
Kudos to TMY n Tun M.

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...