Rabu, 31 Ogos 2016 - Sempena 31 Ogos ini, saya enggan menyebutnya sebagai Hari Kemerdekaan Malaysia, tetapi mahu menyebutnya sebagai Hari Kebangsaan Malaysia saja. Saya menyatakan demikian kerana kita sudah lama Merdeka. Bukan sehari dua yang lalu! Sebenarnya, sebelum kedatangan Portugis, Belanda, Sepanyol dan Inggeris ke Gugusan Pulau-Pulau Melayu ini (The Malay Archipelago), kita adalah satu rumpun Bangsa Melayu yang bebas dan merdeka serta bergerak ke mana jua tanpa sebarang sekatan, halangan atau sempadan. Nusantara yang merangkumi pulau-pulau Filipina, Indonesia, Borneo, Singapura, Malaya (Tanah Melayu), Kemboja dan Selatan Thailand adalah kampung halaman kita. Hanya selepas kedatangan para penjajah ini, barulah kita dijajah, disekat dan diikat sebagai hamba akibat kelemahan dan kebodohan diri kita sendiri. Selepas ratusan tahun dijajah, barulah kita sedar dan berupaya bangkit semula untuk merebut kembali kebebasan dan kemerdekaan tersebut. Kini, kita telah bebas daripada be...