Skip to main content

Rumpun Melayu, Satu Bangsa Yang Bebas Dan Merdeka

Sempena Hari Kemerdekaan Ke-59

Satu Ketika Dulu, Kita Adalah Satu Bangsa Yang Bebas Dan Merdeka
Menjalani Kehidupan Dengan Aman Dan Bahagia

Belayar Dan Berpindah Ke Mana Jua
Tanpa Sekatan Kerana Pulau-Pulau Milik Kita

Dari Sebuah Pulau Ke Pulau Lain Kita Mengembara
Untuk Membina Kehidupan Yang Lebih Sejahtera

Pulau-Pulau Milik Kita Terbentang Luas Dan Beraneka
Sehinggakan Tak Terjangkau Pandangan Mata
Bilangannya Banyak Tidak Terkira

Itulah Gugusan Pulau-Pulau Melayu, Kata Pelaut Dan Pedagang Lama
Ada Pula Yang Mengatakan, Itulah Nusantara
The Malay Archipelago, Para Kolonialis Berkata

Gugusan Pulau-Pulau Melayu Adalah Milik Kita
Milik Rumpun Melayu Yang Menaungi Sejak Berkurun-Kurun Lama

Akibat Kelemahan Dan Bersenjata Lama
Akhirnya Kita Ditawan Dan Menjadi Hamba

Portugis, Belanda, Sepanyol dan Inggeris Bermaharajalela
Kekayaan Nusantara Dikaut Rakus Demi Memajukan Negara Mereka

Matlamat Mereka Bukan Setakat Itu Saja
Sasaran Sebenar Ialah Untuk Melaksana Dasar Gun, Gold Dan Gospel Mereka

Bagi Mencapai Hasrat Tamak Dan Haloba
Para Pendatang Turut Dibawa Bersama

Selepas Ratusan Tahun Lamanya
Barulah Kita Sedar Dan Berupaya Untuk Bangkit Semula

Untuk Melepaskan Diri Daripada Cengkaman Penjajah Durjana
Untuk Bebas Dan Merdeka Seperti Dahulu Kala

Akhirnya Kemerdekaan Tercapai Juga
Bersama Pengorbanan Yang Dipaksa

Kaum Pendatang Hendaklah Diterima
Sebagai Penduduk Tetap Dan Warganegara.

Nusantara Dulunya Tenang Dengan Pribumi Yang Sama
Telah Bertukar Menjadi Aneka Rupa Dan Bergelora

Kini, Pentadbiran, Politik Dan Ekonomi Telah Menjadi Cacamarba
Jika Tidak Ditangani Dengan Bijak, Ia Boleh Mencetuskan Huru-Hara

Untuk Memastikan Nusantara Aman Dan Rumpun Melayu Terus Berkuasa
Para Pemimipin Berintegriti Lagi Bijaksana Perlulah Dijana

Kemerdekaan Mesti Dipertahankan Sampai Bila-Bila
Ia Perlu Diisi Dengan Dasar, Program Dan Acuan Kita

Jangan Lalai, Cuai Dan Leka
Silap Langkah, Kita Akan Dijajah Semula Buat Selama-Lama

Rumpun Melayu Akan Lenyap Di Dunia
Hanya Menjadi Bahan Lawak Dan Ketawa
Ketika Itu, Menangis Air Mata Darah Pun, Sudah Tidak Berguna


Oleh Ibrahim Mohd Idrus
23 Zulkaedah 1437 - 26 Ogos 2016


Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...