Skip to main content

Pokemon Go - Melalaikan, Melekakan, Buang Masa, Mengganggu Ketenteraman Awam Dan Menyebabkan Kemalangan

Selasa, 9 Ogos 2016 - Pokemon Go, satu permainan Alam Maya dan Alam Fantasi (Virtual World) yang menggunakan Telefon Pintar (Smart Phone), kini menjadi kegilaan para remaja dan orang dewasa di seluruh dunia. Ia memerlukan pengguna/pemain memiliki sebuah Telefon Pintar Berkamera dan GPS untuk mencari dan mengesan Pokemon di merata tempat. Sebaik saja Pokemon ini ditemui, binatang ini perlulah ditangkap dan disimpan dalam Telefon untuk permainan seterusnya,

Permainan ini telah diperkenalkan di kebanyakan negara maju sebelum ia memasuki Malaysia sejak sebulan dua yang lalu. Sejak permainan ini diperkenalkan di seluruh dunia, banyak kejadian yang tidak diingini telah berlaku. Kemalangan kereta dan motor banyak berlaku akibat kelekaan para pemandu mencari dan mengesan Pokemon, Terdapat beberapa orang pencari telah dilanggar motor dan kereta kerana terlalu asyik dan leka dengan permainan Pokemon sehinggakan lupa dengan suasana sekitar. Ada juga yang menceroboh kawasan larangan dan perumahan untuk mencari dan mengesan Pokemon sehinggakan mengganggu ketenteraman awam. Terdapat juga para pekerja dan pelajar yang memonteng hanya untuk mencari dan mengesan Pokemon. Mereka menjadi begitu ketagih dan ghairah dengan permainan ini sehingga membahaya dan mencederakan orang lain dan diri sendiri, mengganggu ketenteraman masyarakat serta menjejaskan ekonomi dan keselamatan negara.

Sebenarnya mereka tidak dapat apa-apapun daripada permainan ini selain keseronokan, kelekaan, buang masa dan tenaga saja. Pada pendapat saya, lebih baik mereka gunakan masa tersebut untuk belajar, membaca, menulis, buat kerja berfaedah, buat tugasan (assignments), siapkan kertas kerja, buat penyelidikan dll daripada membazir masa mencari dan mengesan benda yang tidak wujud..

Itu sebabnya pihak agama Islam tertentu mengharamkan permainan ini kerana ia melalaikan orang Islam sehingga mereka lupa untuk beribadah dan melakukan kerja-kerja berfaedah.

Seperti Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp, Telegram dan Blog yang saya miliki ini, mereka semuanya mempunyai pro dan kontra. Ada kebaikan dan ada keburukan. Bergantung kepada cara kita menggunanya dan menyalurkan maklumat. Tetapi, saya melihat banyak kontra/keburukan dalam permainan Pokemon Go ini. Ia melalaikan, melekakan, buang masa dan tenaga, mengancam keselamatan diri dan orang ramai, mengganggu ketenteraman awam dan masyarakat, mengancam ekonomi dan keselamatan negara dll.

Bukan itu saja, maklumat peribadi anda juga dapat dikongsi oleh pihak ketiga. Lokasi anda bukan saja dapat diketahui oleh mereka yang asing kepada anda, tetapi juga Syarikat Permainan ini yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat. Cuba bayangkan betapa bahayanya Permainan ini!

Just forget the Pokemon Go Games. It's not beneficial. It will only Poke Holes into your Mind, Heart, Pockets, Secrets, Health, Safety, Security, Economy etc.


* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa berniat jahat atau serong, tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice, without malice, and without any ill intention.  





Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...