Demonstrasi Tangkap MO1 yang diadakan pada petang semalam jelas gagal. Demonstrasi yang bermula dari Masjid Negara dan Sogo menuju ke Dataran Merdeka didapati hambar apabila hanya kira-kira 1000 orang demonstrator yang menyertainya. Para penganjur menjangkakan 5000 hingga 10,000 demonstrator akan hadir, malangnya demonstrasi tersebut tidak mendapat sambutan rakyat.
Mengapa demonstrasi gagal?
Saya berpendapat, pertama, rakyat Malaysia sudah bosan dan letih dengan pelbagai acara demonstrasi ini. Ia hanya membuang masa, tenaga dan wang ringgit serta tidak memberi sebarang faedah dan impak yang berkesan. Hasilnya, mereka hanya melakukan kerja-kerja bodoh dan sia-sia.
Kedua, ia tidak mendapat sokongan para ahli dan penyokong PAS. Beberapa demonstrasi sebelum ini berjaya diadakan kerana ia mendapat sokongan padu PAS. Para ahli dan penyokong PAS amat taat kepada parti dan para pemimpin mereka. Apa saja yang diperkata dan dikerahkan oleh para pemimpin mereka, mereka akan patuh dan lakukan. Cuba lihat pada demonstrasi Bersih yang lalu. Ia tidak mendapat sokongan orang-orang Melayu kerana para penyokong dan ahli PAS tidak menyertainya. Hanya segelintir orang Melayu yang hadir, itu pun orang-orang Melayu PKR dan PAN. 90% daripada peserta demonstrasi berkenaan terdiri daripada kaum Cina.
Ketiga, ramai yang menjauhkan diri daripada demonstrasi ini kerana tidak mahu terlibat dan terbabit dengan agenda dan komplot Barat. Demonstrasi ini berunca daripada tuduhan DoJ (Department of Justice, America) terhadap 1MDB. DoJ dengan kerjasama agensi FBI dan CIA Amerika telah menuduh kononnya beberapa orang Malaysia dan MO1 (Malaysian Official 1) terlibat dengan penyelewengan kewangan 1MDB. Tetapi, DoJ tidak menamakan siapa dia MO1. Oleh itu, sesiapa saja boleh menjadi MO1. Anybody can be MO1. Sehingga kini DoJ masih tidak menamakan MO1. DoJ telah mengenakan tindakan (charge) Civil Suit dan bukannya Criminal Suit terhadap mereka, tetapi tanpa bukti kukuh. Hanya tuduhan (allegations) semata-mata. Sehingga kini DoJ masih tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka. Senyap sunyi kerana mereka tidak mempunyai bukti kukuh (hard evidence).
Yang peliknya, DoJ membuat tuduhan ini tanpa memanggil seorang pun wakil atau saksi daripada 1MDB atau pihak Polis. Mereka hanya membuat tuduhan liar berasaskan laporan Sarawak Report kendalian Clare Rewcastle Brown yang jelas bersikap anti kerajaan Melayu Islam Malaysia.
Beberapa orang peguam, termasuk seorang peguam terkemuka dari Australia turut berasa pelik dengan tindakan AG Amerika itu. Seolah-olah ada sesuatu agenda tersembunyi di sebalik tuduhan tersebut.
Pada demonstrasi petang semalam saya melihat terdapat para peserta yang membawa sepanduk berbunyi 'Wanted By FBI'. Ini jelas membuktikan bahawa mereka menjemput Amerika mencampuri hal ehwal dalam negara Malaysia. Mereka seolah-olah telah menjadi agen dan tali barut Amerika dan mahu Malaysia dijajah semula. Ini amat bahaya.
Kepada mereka yang gemar mengikuti blog ini, sila baca Sajak saya dalam blog posting yang lalu bertajuk "Rumpun Melayu, Bangsa Yang Bebas Dan Merdeka". Sila baca dengan teliti dan hayatinya. Saya menjelas bahawa kita pada satu ketika dulu adalah satu bangsa yang bebas dan merdeka. Tetapi, akibat kelemahan kita sendiri, kita telah dijajah selama beberapa ratus tahun. Akhirnya, kita telah sedar dan berjaya melepas diri daripada cengkaman penjajah dan berdikari. Kita mahu mengekalkan Kemerdekaan tersebut buat selama-lamanya. Untuk itu, kita mesti jangan lalai, cuai dan leka. Jika tidak, kita akan dijajah semula. Nampaknya, sudah ada di kalangan kita yang menjemput penjajah untuk menjajah negara kita semula. Mereka akan menjajah kita semula dengan mengeksploitasi isu 1MDB yang dibangkitkan oleh rakyat kita sendiri. Isu ini telah pun diselesaikan oleh PAC (sebuah badan lantikan Parlimen yang dianggotai oleh para wakil BN dan parti Pembangkang). PAC yang turut dianggotai oleh Dr Seng Giaw dan Tony Pua daripada DAP mendapati tiada isu terhadap PM dan 1MDB. Tetapi, isu ini masih terus dibakar sehingga sekarang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Cuba lihat apa yang berlaku kepada Iraq, Libya, Afghanistan, Syria dll. Semuanya berpunca daripada tipu muslihat Amerika yang mengada-adakan sesuatu isu untuk membolehken mereka menceroboh negara-negara tersebut. Amerika dan Britain telah mengada-adakan isu Senjata Pemusnah Besar-Besaran (weapons of mass destruction) untuk membunuh Saddam Hussein dan memusnahkan Iraq. Akhirnya, ratusan ribu rakyat Iraq telah terkorban dan Saddam Hussein dibunuh. Sehingga sekarang, hampir setiap hari, Iraq terus bergolak dan ada saja rakyat mereka yang terkorban. Kematian rakyat Iraq dikatakan telah mencecah angka juta. Selepas beberapa tahun Iraq dihancurkan, barulah Tony Blair, PM Britain yang lepas telah mengaku bahawa sebenarnya tiada Weapons of Mass Destruction di Iraq. Itu adalah rekaan mereka (Bush dan Blair) semata-mata untuk menakluki Iraq dan menghapuskan Saddam. Iraq yang pada satu ketika dulu adalah sebuah negara Islam yang kuat dan digeruni oleh Israel telah musnah akibat penipuan tersebut Banyak negara Arab sekarang telah bergelora dan musnah akibat penipuan tersebut. Israel sekarang hanya duduk diam, tersenyum dan bertepuk tangan kerana proksi mereka telah melakukan kerja-kerja kemusnahan untuk mereka. Kini, sebuah lagi negara Islam menjadi sasaran mereka, iaitu Malaysia. Mereka sedang mengada-adakan atau mencipta isu untuk membenarkan mereka mencerobohi dan menakluki Malaysia.
Kita pasti tidak mahu perkara ini berlaku di Malaysia. Sebagai orang lama, saya pasti tidak mahu keluarga serta cucu-cicit saya ditakluki dan dijajahi semula.
Malangnya, ramai demonstrator semalam terdiri daripada anak-anak Melayu. Mereka yang mewakili Persatuan Mahasiswa Melayu Malaysia mungkin tidak sedar bahawa mereka telah dipergunakan, diolok-olokkan dan menjadi tali barut Amerika. Kebanyakan mereka yang menyertai demonstrasi semalam juga didapati berprestasi rendah (low performance students) dari aspek pencapaian akademik. Mereka hanya pandai bercakap dan berdemonstrasi tetapi kurang kematangan, kecerdikan, kecerdasan dan kecekapan dalam pelajaran mereka. Mereka sepatutnya menghabiskan masa di bilik kuliah menelaah buku-buku, belajar dan melakukan tugasan (assignments) untuk memperolehi CGPA yang lebih baik, bukannya di jalanan dengan terpekik terlolong dan menjerit-jerit tanpa haluan serta menjadi clown dan puppet kepada pihak-pihak tertentu. Alangkah ruginya anak Melayu Islam!
* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak atau berniat jahat.
* The opinion given is personal, purely mine without any external influence, without prejudice or malice.

Comments