Skip to main content

Perasmian Olimpik Rio Unik, Menarik Dan Penuh Berwarna-Warni

Sabtu, 6 Ogos 2016 - Walaupun Brazil dibelenggu dengan krisis Politik dan Ekonomi, Perasmian Olimpik Rio 2016 telah berlangsung dengan cemerlang, lancar, menarik, unik dan penuh berwarna-warni.

Yang paling menarik sekali ialah ia telah dapat dijayakan dengan kos yang jauh lebih rendah berbanding kos yang dibiayai oleh Olimpik London. Kos perasmian Olimpik Rio adalah di sekitar 10% daripada kos keseluruhan yang ditanggung oleh Olimpik London.

Perasmian Olimpik Rio bukan saja disajikan dengan projeksi teknologi terkini tetapi juga dihidangkan dengan pelbagai persembahan budaya, sejarah, muzik, lagu dan pelbagai tarian samba ala Copacabana Brazil.

Kelainan yang dibawa oleh Perasmian ini begitu menakjubkan. Ia menonjolkan Tema Menghijaukan Bumi. Setiap Kontigen Negara telah diringi oleh kanak-kanak yang membawa sebatang anak pokok untuk disemai. Ini sejajar dengan peranan Brazil dan Hutan Amazon yang menghasilkan Oksigen paling banyak untuk kegunaan kehidupan di dunia ini. Hutan Amazon juga berperanan menyerap Karbon Dioksida paling banyak demi kebersihan dan kesegaran dunia. Tanpa Hutan Amazon, dunia yang kini mengalami Kepanasan Global (Global Warming) akan ditenggelami air laut akibat kecairan Kutub Utara dan Selatan. Banyak pulau akan tenggelam termasuk negara Belanda yang berkedudukan di bawah paras laut. Cuba bayangkan dunia tanpa keluasan, ketebalan dan kelebatan Hutan Amazon, Brazil.

Sehubungan itu, Tema yang dibawa oleh Sukan Olimpik Rio ini telah mengingatkan kita akan kepentingan pokok-pokok kepada kehidupan dan kita perlu menanam lebih banyak pokok demi kehijauan, kebersihan dan kesegaran dunia. Bukan menggondolkan hutan untuk pentingan ekonomi dan Poket!

Olimpik Rio 2016 juga membawa keamanan, kedamaian, persaudaraan dan perpaduan di bawah satu bumbung dan satu kampung walaupun kita berbeza bangsa, bahasa, budaya, warna kulit, agama, kefahaman, ideologi dan politik. Segala perbezaan ini ditolak ke tepi dan dilupakan demi persaudaraan dan perpaduan dunia. Kita makan, minum dan bermesra di bawah bumbung Kafeteria yang sama. Kita bersaing dalam suasana dan semangat persahabatan. We compete in a friendly rivalry atmosphere. Itulah kelebihan Olimpik. Olimpik boleh meleburkan perbezaan Politik! Olimpik boleh membawa keamanan kepada dunia!

Saya harap Olimpik Rio akan berlangsung dengan penuh kejayaan tanpa sebarang kekacauan. Banyak rekod akan dipecahkan dan Malaysia pulang dengan Emas Pertama melalui Datuk Lee Chong Wei dalam acara Badminton!

Itulah harapan saya dan Malaysia Boleh!

Selama dua minggu, Olimpik Rio 2016 akan menghidangkan kita pelbagai saingan menarik dalam suasana penuh persahabatan.

- Tamat -
  

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...