Skip to main content

Olimpik Rio 2016 - Untung Atau Rugi?

Rabu, 24 Ogos 2016 - Olimpik Rio 2016 telah pun melabuhkan tirainya dengan penuh kegemilangan dan kejayaan. Beberapa rekod Olimpik dan Dunia berjaya dipecahkan sama ada di kolam renang mahu pun di balapan. Usain Bolt dan Michael Phelps telah muncul sebagai legenda sukan terbaru dalam Olimpik kali ini. Mereka telah mencipta sejarah dengan masing-masing meraih 9 pingat emas dan 23 pingat emas dalam tiga Sukan Olimpik yang mereka ceburi. Olimpik Rio juga telah berlangsung dalam suasana aman dan keriangan dengan kos yang lebih rendah daripada Olimpik London.

Persoalan yang berlegar sekarang ialah sama ada Olimpik Rio ini mencatat Keuntungan ataupun Kerugian? Setiap sukan besar yang dianjurkan pasti mahukan kejayaan dan keuntungan. Jika tidak, sukan tersebut hanya menjadi indah khabar daripada rupa serta menyusahkan rakyat jelata kerana akhirnya rakyat juga yang terpaksa menanggung segala bebanan hutang tuan rumah.

Baton Olimpik seterusnya telah pun diserahkan kepada negara Jepun yang akan menganjurkan Sukan Olimpik 2020 di Tokyo. Selepas Tokyo, masih tiada ibu negara lain yang sudi dan sanggup mengadakan sukan terbesar itu. Mereka semua telah pun membuat kira-kira untung-rugi dan takut untuk mengambil sebarang risiko.

Jika dilihat daripada kehadiran para penonton di setiap venue Olimpik Rio, kecuali di stadium bola sepak Maracana pada perlawanan akhir, hampir semua venue tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Pendapatan daripada pengiklanan dan siaran langsung ke seluruh dunia tidak boleh diharapkan sangat. Cariocas atau para penduduk tempatan Rio bukan tidak mahu menyaksikan sukan tersebut, tetapi tidak mampu membeli tiketnya kerana kebanyakan mereka terdiri daripada rakyat miskin.

Sukan Olimpik Montreal, Kanada pada tahun 1976, sehingga sekarang masih lagi menanggung bebanan hutang. Begitu juga dengan Sukan Olimpik Musim Sejuk Sochi, Rusia yang menelan belanja hampir US$50 bilion, Sukan Sydney, Athen dan Beijing, semuanya mengalami kerugian dengan pelbagai venue yang dibina telah menjadi gajah putih (white elephants).

Saya yakin, Olimpik Rio 2016 akan mengalami nasib yang sama, lebih-lebih lagi mereka kini sedang mengalami krisis politik, kemelesetan ekonomi, peratusan pengangguran yang kian meningkat dan ramai rakyat mereka masih hidup dalam keadaan miskin. Bebanan hutang ini bukan saja akan ditanggung oleh Cariocas (penduduk Rio) tetapi juga seluruh rakyat Brazil.

Terdengar juga desas-desus kononnya Malaysia berminat menganjurkan Sukan Olimpik!. Jawapan saya mudah saja. Lupakan Saja. Forget It. There are other better things to do. Lebih baik gunakan perbelanjaan tersebut untuk memajukan kawasan pedalaman, luar bandar, kampung, hospital, sekolah, jalan raya, bantu rakyat miskin dll. Jika akaun untung-rugi Sukan Komanwel Kuala Lumpur pun masih belum muktamad, inikan pula hendak menganjurkan Sukan Olimpik, sukan terbesar di dunia. Just forget it.

Di sukan Olimpik Rio ini, larian Usain Bolt boleh dijadikan teladan, tetapi akhlak buruk beliau perlu dijadikan sempadan. Selepas 48 jam didapati berfoya-foya di Rio dengan tiga orang wanita, beliau telah didapati berfoya-foya pula di kelab malam London sehingga lewat pagi dan kemudiannya membawa dua orang wanita ke bilik hotelnya.

Inilah masalah yang dialami oleh orang-orang popular, berjaya dan kaya. Jika jiwa mereka tidak disaluti dengan didikan agama, ia boleh membawa mereka terjerumus ke lembah neraka.

'Usain Treble Treble' is in real Trouble with his Terrible social life.


- ends -



            

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...