Skip to main content

Pertahankan Kemerdekaan Kita Sampai Bila-Bila!

Rabu, 31 Ogos 2016 - Sempena 31 Ogos ini, saya enggan menyebutnya sebagai Hari Kemerdekaan Malaysia, tetapi mahu menyebutnya sebagai Hari Kebangsaan Malaysia saja.

Saya menyatakan demikian kerana kita sudah lama Merdeka. Bukan sehari dua yang lalu! Sebenarnya, sebelum kedatangan Portugis, Belanda, Sepanyol dan Inggeris ke Gugusan Pulau-Pulau Melayu ini (The Malay Archipelago), kita adalah satu rumpun Bangsa Melayu yang bebas dan merdeka serta bergerak ke mana jua tanpa sebarang sekatan, halangan atau sempadan. Nusantara yang merangkumi pulau-pulau Filipina, Indonesia, Borneo, Singapura, Malaya (Tanah Melayu), Kemboja dan Selatan Thailand adalah kampung halaman kita.

Hanya selepas kedatangan para penjajah ini, barulah kita dijajah, disekat dan diikat sebagai hamba akibat kelemahan dan kebodohan diri kita sendiri. Selepas ratusan tahun dijajah, barulah kita sedar dan berupaya bangkit semula untuk merebut kembali kebebasan dan kemerdekaan tersebut.

Kini, kita telah bebas daripada belenggu cengkaman para penjajah dan mentadbir negara kita mengikut dasar dan acuan kita sendiri. Kita tidak mahu lagi dijajah dan mengikut telunjuk mereka seperti lembu dicucuk hidung.

Kemerdekaan yang kita telah perolehi mestilah dijaga dengan rapi dan dikekalkan buat selama-lamanya. Kita tidak rela dijajah semula dan diperkotak-katikkan. Untuk mengekalkan kemerdekaan tersebut kita perlulah sentiasa berwaspada terhadap ancaman dari dalam dan luar negara. Ancaman ini datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Sama ada dari aspek fizikal, ekonomi, kewangan, politik, sosial, ketenteraan dll.

Dalam era Internet dan media sosial ini, kita juga mudah terdedah kepada ancaman minda dan psikologi. Kebebasan fikiran kita akan dibelenggu dan dijajah dengan pelbagai bentuk kepercayaan baru dan isme, seperti Liberalisme, Pluralisme, Kapitalisme, Komunisme, Kritianisme, Judaisme, Atheisme, Sekularisme dan pelbagai jenis ideologi. Penjajahan bentuk ini adalah lebih merbahaya daripada penjajahan fizikal. Penjajahan fizikal bersifat luaran dan dapat dilihat sementara penjajahan minda dan psikologi berbentuk dalaman, bersarang serta sukar dibendung. Ia menyerap ke akar umbi dan boleh mengubah keseluruhan fizikal. Cuba bayangkan sebuah pentadbiran Islam boleh bertukar kepada pentadbiran Sosialisme! Ini disebabkan oleh pengaruh dan penjajahan minda dan psikologi rakyat. Sebagai orang Melayu Islam, kita perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan serangan penjajahan bentuk baru ini.

Penjajahan minda dan psikologi boleh juga dilakukan dalam bentuk fitnah dan ciptaan isu. Cuba lihat apa telah terjadi kepada negara Iraq, Libya, Afghanistan, Lubnan, Syria dll. Di Iraq, Amerika dan Britain telah mengada-adakan isu dengan menuduh Iraq dan Saddam Hussein memiliki Senjata Pemusnah Besar-Besaran (Weapons Of Mass Destruction) yang boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan Israel. Akhirnya, Amerika, Britain dan sekutu mereka telah mendapat persetujuan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menyerang Iraq. Iraq musnah, Saddam Hussein dibunuh dan ratusan ribu rakyat Iraq terkorban. Selepas beberapa tahun, barulah Tony Blair, mantan Perdana Menteri Britain, rakan sekutu Bush, mengaku bahawa tuduhan itu tidak benar dan adalah rekaan mereka semata-mata untuk memusnahkan Iraq dan membunuh Saddam. Sehingga sekarang Iraq masih berlumuran darah akibat perang saudara. Nasi sudah menjadi bubur!

Cuba lihat apa yang berlaku di Syria sekarang. Pada satu ketika dulu, Syria, bumi para anbia yang aman damai dan lebih cantik daripada negara Jordan, telah dijajah minda mereka dengan fitnah dan ciptaan isu. Presiden Bashir Al Assad telah dituduh sebagai zalim dan perlu digantikan. Akhirnya, berlaku perang saudara yang membolehkan kuasa asing campur tangan. Kini, Syria hancur dengan ratusan ribu rakyatnya telah terkorban. Pada tahun lalu, kira-kira sejuta rakyatnya telah menjadi pelarian. Pada tahun ini, ratusan ribu lagi rakyatnya telah melarikan diri sebagai pelarian. Mereka sanggup menggadai nyawa untuk menyeberangi Lautan Mediterranean hanya untuk menyambung kehidupan di Eropah. Mereka masuk melalui Itali dan Greece untuk menuju ke destinasi mereka Germany. Sebelum sempat tiba di pantai Itali dan Greece, ramai telah terkorban ditelan laut dan banyak mayat terdampar dan bergelimpangan di pantai. Kita masih tidak lupa lagi akan gambar mayat seorang kanak-kanak Syria yang terlangkup dan terdampar di pantai Greece? Mayat tersebut telah menjadi ikon penderitaan rakyat Syria dan diratapi di seluruh dunia. Kini, jutaan rakyat Syria yang dulunya hidup senang lenang telah menjadi orang-orang pelarian dan satu bangsa Pariah di Germany dan Eropah. Mereka telah menjadi bahan cacian dan kejian serta terpaksa tinggal di ribuan kem pelarian yang serba sesak.

Bolehkah perkara seperti ini berlaku di Malaysia suatu hari nanti? Jawapan saya, boleh berlaku sekiranya kita terus alpa, lalai, cuai, leka, bersengketa sesama saudara seagama dan sebangsa serta mudah termakan fitnah dan ciptaan isu barat. Kini, DoJ Amerika telah pun mula mengetuk pintu Malaysia dengan memainkan isu 1MDB. Mereka tidak mempunyai concrete and hard evidence, facts and figures, profit and loss accounts and detailed financial accounts of 1MDB, namun telah melemparkan pelbagai tuduhan liar (wild allegations) untuk mesabitkan kesalahan. Mereka mahu meracuni dan menjajah minda dan psikologi rakyat Malaysia. Malangnya, tuduhan ini telah disambut baik oleh sebilangan rakyat Malaysia yang menyokong mereka. Ini yang mereka nanti-nantikan. Kecil tapak tangan, nyiru mereka tadahkan. Orang mengantuk disorongkan bantal. Apa lagi, sukalah mereka! They welcomed it with an open arm. Saya bimbang, akhirnya kita hanya menang sorak, tetapi seluruh kampung tergadai. Kerana marahkan seekor dua nyamuk, seluruh kelambu dibakar. Akhirnya, kita tidak boleh tidur langsung kerana diserang lebih banyak nyamuk. Orang-orang tua kita pernah berpesan, Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna. Nasi sudah menjadi bubur! Menangis air mata darah sekalipun tidak akan dapat mengembalikan kegemilangan Malaysia di bawah pentadbiran dan pemerintahan Melayu Islam.

Sehingga kini, mereka yang dituduh oleh DoJ masih belum dikenakan tindakan. Mereka masih bebas. They have yet to be charged. Until then, let the legal process takes its course. Under the law, they are presumed innocent until proven guilty. Mereka tidak bersalah, sehinggalah terbukti bersalah oleh Mahkamah. Proses perundangan ini dijangka akan mengambil sedikit masa.

Ayuh Kita Pertahankan Kemerdekaan Dan Kedaulatan Negara Kita!

Fikir-fikirkan. Tepuk Dahi, Tanya Keintelektualan Kita!


* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak atau berniat jahat.

* The opinion given is personal and purely mine without any external influence, without prejudice and malice.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...