Skip to main content

Emas Di Depan Mata, Tetapi Tidak Terjangkau!

Sabtu, 20 Ogos 2016 - Perlawanan bergu lelaki malam tadi begitu mendebarkan, mencemaskan, menyeksakan, menyakitkan dan menghampakan. Pingat Emas telah dihidangkan sebanyak dua kali di depan mata, namun bergu Malaysia masih tidak terjangkau dan telah merenyukkan hati seluruh peminat badminton Malaysia.

Bak kata seorang rakan saya, So Near, Yet So Far. Pingat Emas Begitu Hampir, Tetapi Masih Jauh.

Mereka telah menghampiri mata emas pada 20 - 19 dan 21 - 20. Ini bererti mereka hanya perlukan satu mata lagi untuk merangkul emas pertama Malaysia dalam Sukan Olimpik. Namun, mereka gugup dan akhirnya melepaskan peluang keemasan tersebut kepada bergu China.

Sudah menjadi adat perlawanan, ada yang menang dan ada yang kalah. The Best Team Win. Tetapi, bergu Malaysia tewas dalam suasana begitu telah mengecewa dan menghampakan ramai rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun, Syabas kepada mereka berdua kerana telah melakukan yang terbaik. Sekurang-kurangnya mereka merangkul Pingat Perak dalam Olimpik Rio 2016.

Tetapi, jangan kecewa dan mengaku kalah terlalu awal!, Kita masih ada satu peluang lagi pada malam ini apabila Lee Chong Wei turun ke gelanggang untuk menentang Cheng Long dalam perlawanan akhir Single Lelaki.

Dalam blog posting saya yang lalu, saya telah meletakkan harapan emas pada DLCW. Beliau pasti tidak akan mengecewakan kita pada malam ini. Halangan emas kepada DLCW ialah Lin Dan. Lin Dan telah pun beliau jinakkan semalam. Oleh itu, laluan Pingat Emas untuk DLCW telah terbuka luas dan semakin mudah kerana saingan terakhirnya sekarang ialah Cheng Long yang beliau pernah tewaskan beberapa kali di pelbagai kejohanan badminton dunia. Cheng Long bukan Lin Dan yang mempunyai pelbagai tipu muslihat permainan.

Saya yakin, Pingat Emas Badminton Single Lelaki pada malam ini adalah milik Malaysia!. Olimpik Rio 2016 bakal melakar sejarah gemilang bagi Malaysia dengan membawa pulang kilauan Emas, Perak dan Gangsa.

Laungan semangat 'Malaysia Boleh' bergema di gelanggang badminton semalam. Malah, komentator siaran langsung Olimpik Rio dalam Bahasa Inggeris turut menyebut-nyebut slogan Malaysia Boleh!

Malaysia Pasti Boleh Pada Malam Ini! Sama-sama kita gembleng Semangat Malaysia Boleh pada malam ini.

Go Chong Wei Go! I am sure You Can Do It!


- ends -        

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...