Skip to main content

Olimpik Rio - Berjaya Atau Tidak?

Jumaat, 5 Ogos 2016 - Majlis Pembukaan Olimpik Rio, Brazil akan berlangsung pada 5 Ogos waktu Brazil. Tujuh tahun lalu, Rio de Janeiro telah dipilih sebagai kota Olimpik Musim Panas 2016 dengan menewaskan Tokyo, Chicago dan Madrid. Rakyat Brazil telah menyambut kejayaan tersebut dengan berpesta, menari dan bersamba di pantai terkenal mereka, Pantai Copacabana. Pada ketika itu, Brazil dianggap sebagai salah sebuah daripada negara berdaya maju BRIC (Brazil, Rusia, India dan China) dengan hasil minyak yang baru ditemui di pantai Brazil bernilai Berbilion Dollar.

Tiga tahun lalu sebelum Olimpik ini berlangsung, harga minyak dunia telah merudum bersama harga Bijih Besi dan Gula keluaran Brazil. Keadaan ini telah meranapkan ekonomi Brazil. Kadar pengangguran mula meningkat, Kerajaan Negeri Rio jatuh bankrap sehinggakan gaji polis tidak mampu dibayar dan terdapat kereta Polis yang tidak berbinyak. Susulan keadaan itu, Polis Brazil telah membantah dengan tunjuk perasaan, rasuah bermaharajalela, rompakan menjadi-jadi dan kadar jenayah semakin meningkat. Ini diburukkan lagi dengan kejadian infrastruktur lumba basikal runtuh ke laut, jualan tiket Olimpik tidak menggalakkan dan peningkatan penyakit Zika yang menular di kalangan ibu mengandung dan bayi mereka.

Sebelum ini, walaupun mereka dihantui dengan pelbagai masalah, Brazil masih berjaya mengadakan Piala Bola Sepak Dunia pada tahun 2014 dan menyambut kedatangan Pope dalam tahun 2013. Itulah kelebihan Brazil dan rakyatnya. Walau apapun melanda, mereka tetap tenang, gembira dan terus berpesta.

Saya harap Olimpik Rio 2016 akan menempuh kejayaan serta berjaya mencipta beberapa rekod baru, terutama sekali dalam acara Olahraga 100 meter dan 200 meter.

Apabila bercakap tentang larian 100 meter dan 200 meter, saya teringat akan Raja Pecut kita yang baru dinobatkan, Khairul Hafiz Jantan, 18 tahun. Jika Usain Bolt, 30 tahun dan Justin Gatlin, 34 tahun masih bertenaga dan mampu memecut untuk mencipta rekod dunia, mengapa tidak Khairul yang masih muda remaja berusia 18 tahun. Beliau masih mempunyai banyak masa untuk memperbaiki dan meningkatkan prestasi beliau. Saya yakin, dengan latihan jitu di dalam dan di luar negara serta suntikan semangat dalam masa beberapa tahun ini, beliau bukan saja dapat memperbaharui rekod Kebangsaan, malah dapat memecahkan rekod Dr M Jegathesan dan Asia. Beliau mempunyai potensi besar untuk terus berkembang dan menjadi Raja Pecut Asia!

Seperti saya nyatakan dalam Blog Posting saya yang lalu, beliau harus ditaja oleh Kementerian Belia Dan Sukan atau Kerajaan Negeri Melaka untuk menyaksikan sendiri Sukan Olimpik Rio. Beliau perlu didedahkan kepada aksi Usain Bolt, Justin Gatlin dan para pelari handalan dunia yang lain bagi menyuntik dan membakar semangat beliau. Sukan Olimpik Rio ini adalah satu-satunya peluang dan ruang untuk mendorong beliau menghasilkan prestasi lebih baik. Peluang keemasan ini hanya datang sekali. Jika tidak sekarang, bila lagi? Beliau adalah harapan dan sandaran kita di masa akan datang. Inilah masanya untuk terus menggalakkan beliau. It's Now Or Never At All!

Bagi saya, Khairul Hafiz Jantan adalah The Flying Malaysian mutakhir.



- Tamat -

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...