Skip to main content

Majlis Hari Raya Pesara LPK/North Port Meriah

Selasa, 2 Ogos 2016 - Syabas dan Tahniah kepada para Ahli Jawatankuasa Penganjur Majlis Hari Raya Pesara LPK/North Port kerana telah berjaya mengadakan Majlis tersebut dengan baik dan sempurna. Hasil daripada kerja kuat anda semua Majlis tersebut telah berlangsung dengan lancar dan penuh kemesraan.

Majlis tersebut yang diadakan di Restoran D Rosa, Pelabuhan Klang pada hari ini, 2 Ogos, dari jam 2 petang hingga 5 petang, telah mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran kira-kira 200 orang pesara LPK/North Port. Mereka berpeluang menjalin semula tali silaturrahim yang telah lama terputus sambil menikmati pelbagai jenis juadah yang disediakan.

Kemesraan di kalangan mereka tetap sama seperti mereka bertugas dulu, tetapi hanya usia, paras rupa dan tahap kesihatan mereka yang berbeza. Ada yang masih kacak, lawah, sihat dan bertenaga, dan ada juga yang kelihatan agak uzur sedikit. Bagi mereka, semua itu tidak penting. Yang penting ialah mereka dapat datang beramai-ramai untuk bersua kembali, mengeratkan semula tali silaturrahim yang telah lama terputus dan bermesra dengan rakan-rakan lama. Itulah kelebihan para kakitangan dan pesara LPK/North Port. Keakraban dan eratnya tali persahabatan mereka adalah ibarat Tali Kapal Yang Ditambat Erat Pada Bollard Dermaga Yang Mengukuhkan Kedudukan sebuah Kapal. Begitulah erat dan kukuhnya tali persahabatan mereka, lebih-lebih lagi pada usia tua ini.        

Di majlis itu, saya berpeluang bertemu kembali rakan-rakan seangkatan, rakan-rakan senior dan junior seperti Tn Hj Onn, Saudara Latif, Salleh, Mukhriz, Sulaiman Amin, Maarof, Ikhsan, Kamaruzaman (Zam) dan beberapa orang lagi. Ada yang saya tidak cam lagi kerana telah terlalu lama berpisah dengan mereka. Saya berhenti daripada LPK pada tahun 1984 untuk menyertai sebuah Syarikat Perunding Perhubungan Awam (Public Relations Consultants) di KL. Selepas itu, saya terus menumpukan kerjaya saya dalam bidang Public Relations dan Translation tanpa melawat LPK lagi. Perhubungan saya dengan rakan-rakan lama boleh dikatakan telah terputus selepas itu. Tetapi, Sains dan Teknologi Terkini serta aplikasi Whatsapp dan Telegram yang serba canggih telah menemukan saya kembali dengan rakan-rakan lama melalui Whatsapp Group Pesara LPK. Jutaan Terima Kasih kepada rakan-rakan lama, terutama sekali kepada Hj Azizan dan Hj Zakaria Johan kerana telah sudi menerima saya dalam Whatsapp Group ini. Thank You Guys. I will never forget your kind and sincere effort.

Saya kini bergiat cergas dalam dunia Blogging bagi melontarkan sedikit pendapat di samping untuk terus merangsang, mencergas dan menajamkan Otak saya. Mengikut Sains Perubatan, jika Otak kita tidak digunakan, ia boleh menjadi lemah seperti Bateri Lemah (weak Battery). Ia perlu di Recharge selalu dengan Belajar sesuatu yang baru, banyak Membaca, banyak Berfikir dan banyak Menulis. Jika tidak, ia boleh membawa kepada penyakit Dementia (nyanyuk dan pelupa), Bak kata pepatah Inggeris, "If You Don't Use It, You Will Lose It. If You Don't Use It, It Will Become Refuse. So Use It By Doing Some Studying, Reading, Thinking and Writing." Itu yang saya lakukan sekarang.

Akhir kalam, bagi pihak diri saya dan rakan-rakan pesara, saya ingin merakamkan Jutaan Terima Kasih, Tahniah dan Syabas kepada orang-orang kuat Ahli Jawatankuasa Penganjur Majlis Hari Raya Pesara LPK/North Port seperti Tn Hj Ismailuddin (Pengerusi Sementara), Tn Hj Yassir, Saudara Amir Zaman, Tn Hj Pahme dan lain-lain di atas kerja keras mereka menjayakan Majlis ini. Tanpa mereka, Majlis ini mungkin tidak akan berlangsung dan mungkin tidak akan menikmati kejayaan. Syabas dan teruskan usaha cemerlang anda itu.

Saya harap Majlis seperti ini perlu diadakan pada setiap dua tahun bagi terus menjalin dan mengeratkan semula tali silaturrahim di kalangan kita, para pesara dan bekas kakitangan LPK/North Port.


- Tamat -

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...