Ahad, 20 Safar 1438H, 20 November 2016M - Perhimpunan Haram Bersih 5 gagal mencapai matlamatnya. Bilangan demonstrator yang menyertainya jauh lebih rendah berbanding Perhimpunan Bersih 4. Mengikut pantauan pihak Polis Di-Raja Malaysia, lebih kurang 15,500 peserta Baju Kuning yang menyertai Perhimpunan kali ini berbanding kira-kira 200,000 orang pada tahun lepas. Statistik pihak Polis boleh diterima pakai kerana mereka memantau Perhimpunan dari Darat dan Udara menerusi Helikopter dan bangunan tinggi. Ini bererti hanya 7.75% penyertaan berbanding Bersih 4. 92.25% peserta lagi telah menjauhkan diri.
Mengikut Malaysiakini yang dimiliki George Soros, kira-kira 41,000 demonstrator Baju Kuning telah menyertai Bersih 5. Jika benar, bilangan ini juga didapati jauh lebih kurang daripada bilangan peserta Bersih 4. Ini bermakna bilangan mereka kali ini hanyalah 20.5% daripada bilangan tahun lepas. Kenyataan S Ambiga bahawa 100,000 demonstrator Baju Kuning telah berhimpun juga tidak membantu. Bilangan ini adalah 50% kurang daripada Bersih 4.
Sehubungan itu, ketiga-tiga statistik itu membuktikan bahawa Bersih 5 adalah hambar dan gagal mencapai matlamat untuk mengumpul sekurang-kurangnya 3 hingga 4 ratus ribu demonstrator bagi mendesak DS Najib letak jawatan. They didn't have the mammoth figures to pressure PM to relinquish his post. Street demonstration is not the answer. The answer lies in the Ballot Boxes in 2018.
Seperti yang dijangkakan, bilangan peserta Melayu amat kecil tanpa penyertaan parti PAS. Ia masih didominasi oleh kaum Cina dan sedikit kaum India. Ini membuktikan PKR, PAN dan Pribumi dengan kehadiran Dr Mahathir gagal menarik penyertaan orang Melayu. Malah, didapati lebih teruk lagi dengan penyertaan Pribumi dan kehadiran Dr Mahathir. Ini bererti majoriti orang Melayu masih menolak Bersih 2.0 dan parti pembangkang. What a failure! A dismal show by Bersih, opposition parties and their supporters. All the lightning and thunder but no rain.
Sekiranya prestasi Bersih 5 semalam dijadikan kayu pengukur, maka hasrat parti pembangkang untuk memenangi PRU-14 adalah Jauh Panggang Dari Api.
Mengikut bancian Polis, kira-kira 2,500 demonstrator Baju Merah turun ke jalanan. Bilangan ini juga jauh tersasar daripada apa yang mereka rancangkan.
Saya berpendapat, ada beberapa faktor yang menyebabkan Baju Kuning gagal menepati sasaran kali ini:
1. Ramai penyokong mereka tidak turun kerana telah bosan dengan perhimpunan yang diadakan saban tahun, tetapi masih tidak mencapai matlamatnya. Hanya membuang masa dan tenaga mereka.
2. Para penyokong mereka mula sedar bahawa mereka telah dipermainkan oleh Maria Chin, DAP dan kuncu-kuncunya yang sentiasa mengikut telunjuk dan arahan pihak Barat yang mahu memporak-perandakan Malaysia agar mereka dapat campur tangan dalam urusan pentadbiran Malaysia.
3. Tiada penyertaan parti PAS yang telah menjadi tulang belakang kepada Perhimpunan Bersih 3. PKR, PAN dan Pribumi tidak berupaya menyumbang penyertaan orang Melayu. Ini jelas membuktikan bahawa mereka tidak mendapat sokongan majoriti orang Melayu Islam walaupun dengan penampilan Dr Mahathir.
4. Ramai penyokong mereka menjauhkan diri daripada Perhimpunan kali ini kerana takut bertempur dengan Kumpulan Baju Merah yang boleh mengundang padah. Dari aspek ini, Baju Merah telah berjaya menggertak dan menakut-nakutkan mereka.
5. Ramai penyokong mereka telah luntur semangat apabila beberapa orang pemimpin mereka telah dicekup Polis sehari sebelum Perhimpunan diadakan.
Bersih 2.0 pimpinan Maria Chin bukan lagi sebuah NGO bebas yang memperjuangkan Free and Fair Election, tetapi telah menjadi sebuah NGO politik yang ditunggangi DAP dan kuncu-kuncunya serta NGO-NGO Barat termasuk Soros Foundation, National Endowment of Democracy, USAAID dan Ford Foundation.
Syabas kepada pihak Polis kerana dapat mengawal keadaan dengan baik sehingga tidak berlaku dan mencetuskan sebarang pergaduhan besar. Sebenarnya, hura-haralah yang dikehendaki oleh pihak Barat agar mereka berpeluang masuk campur dalam pentadbiran negara. Kita perlu sedar tentang hakikat ini. Perkara ini berlaku di Iraq, Libya, Mesir, Syria, Lubnan, Yaman dll.
Syabas juga saya ucapkan kepada Kumpulan Baju Kuning dan Baju Merah kerana dapat mengawal emosi masing-masing sehingga demonstrasi selesai dengan aman. Tabik hormat saya berikan kepada Kumpulan Baju Merah kerana berani turun ke jalanan demi mempertahankan hak, maruah dan kedaulatan orang Melayu Islam serta Ketuanan Raja-Raja Melayu. Anda semua telah melakukannya demi memastikan agar Bumi Malaysia terus dikemudikan oleh para pemimpin Melayu Islam.
* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau berniat jahat.
* The opinion given is purely mine without any external influence and without prejudice.

Comments