Skip to main content

Kenaikan Harga, Pengurusan Kewangan Dan Perbelanjaan

Selasa, 1 Safar 1438H, 1 November 2016M - Pada hari ini semua jenis minyak kenderaan telah naik 15 sen. Malam tadi, saya dapati kebanyakan Stesen Minyak sesak dengan pelbagai jenis kenderaan untuk mengisi minyak. Kebanyakan pemandu terdiri daripada orang-orang Cina dengan kereta-kereta besar dan mengisi minyak secara penuh (full tank). Dengan berbuat demikian, mereka akan menjimat beberapa Ringgit. Bagi mereka, setiap sen amat penting dan perlu diambil kira. Tanpa satu sen tidak akan menjadi satu juta. To them, every single cent counts. One cent will add up to One Million. Itu adalah mentaliti dan mindset kebanyakan orang Cina. Mereka begitu Money-Minded dan Business-Minded. Itu sebabnya mereka berjaya daripada aspek pengurusan kewangan dan perbelanjaan berbanding orang-orang Melayu. Mentaliti dan mindset ini yang membolehkan mereka akhirnya menjadi Jutawan dan berjaya dalam bidang pelbagai perniagaan.

Begitu juga dengan pembelian minyak masak. Sehari dua sebelum Pembentangan Bajet 2017, minyak masak botol 5kg didapati habis di Tesco dan Giant. Mereka seolah-olah telah menghidu akan kenaikan harga minyak masak. Mereka datang berkeluarga untuk membeli minyak masak. Ada yang sanggup turun naik Tesco hanya untuk membeli minyak masak kerana setiap keluarga telah dihadkan
sebanyak 2 botol. Begitulah mentaliti dan mindset kewangan dan perbelanjaan mereka. Perbezaan dua tiga ringgit amat besar bagi mereka. Ia menjimatkan perbelanjaan dan menjana untung besar bagi para peniaga runcit. Wang lebihan itu boleh mereka gunakan untuk perbelanjaan lain. Mereka amat prudent daripada aspek pengurusan kewangan, perbelanjaan dan untung-rugi. Sikap 'setiap sen amat penting dan diambil kira' ini yang menjadikan mereka berjaya menguasai bidang ekonomi dan kewangan. To them, every single cent counts. A cent will add up to make them Millionaires dan Billionaires. Kita perlu belajar daripada mereka!    

 
* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...