Skip to main content

Ketegasan DS Ahmad Zahid Dan Polis Terhadap Bersih 5 Dialu-Alukan

Jumaat, 18 Safar 1438H, 18 November 2016M - Saya menyambut baik ketegasan DS Ahmad Zahid dan pihak Polis terhadap Bersih yang bakal mengadakan Perhimpunan Haram Bersih 5 esok. Mereka telah memberi kata dua dan amaran kepada Bersih agar membatalkan rancangan mereka untuk Berdemonstrasi secara Haram. Jika tidak, tindakan tegas dan keras akan diambil. Perkara yang sama juga telah diberikan kepada Kumpulan Baju Merah.

Perhimpunan Bersih 5 adalah Haram kerana mereka tidak mendapat sebarang kebenaran daripada pihak-pihak berkuasa tertentu. Perhimpunan seperti ini tidak boleh diadakan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran kerana negara kita mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi demi keselamatan dan ketenteraman negara. Ini merupakan kali Ke-5 mereka mengadakan Perhimpunan. Bukannya kali pertama. Ini jelas membuktikan mereka mempunyai agenda tertentu seolah-olah sedang menjana satu Revolusi!

Jika mereka berdegil juga dan tidak mahu membatalkan Perhimpunan, saya syorkan agar para pemimpin mereka ditahan serta merta, terutama sekali Maria Chin dan S Ambga. Pertubuhan ini jelas berniat jahat dan mempunyai rancangan jangka panjang yang tersirat untuk menjatuhkan sebuah Kerajaan sah pimpinan Melayu Islam, sama ada UMNO/BN mahupun PAS. Mereka mahu mengubah Kerajaan menerusi Regime Change dengan menobatkan DAP sebagai parti dominan untuk memerintah negara Malaysia. Orang Melayu Islam perlu sedar tentang hakikat ini. Ini adalah satu realiti. Bersih jelas mendapat dana daripada DAP dan kuncu-kuncunya serta NGO-NGO luar negara.

Sekiranya mereka masih berdigil juga dan keadaan kian tidak terkawal, saya syorkan agar pihak Berkuasa melaksanakan Akta Kecemasan Perintah Berkurung (Curfew) esok di seluruh Kuala Lumpur. Letakkan KL di bawah kawalan Askar Melayu Di-Raja dan pihak Polis untuk memastikan keamanan dan keselamatan negara. Mereka yang melanggar Undang-Undang Perintah Berkurung perlu dikenakan tindakan tegas yang sewajarnya.

Saya tidak boleh bayangkan apa yang akan berlaku jika Baju Kuning dan Baju Merah bertempur esok. Baju Merah pasti turun berduyun-duyun esok sekiranya Baju Kuning terus berdegil dan mahu berMaharajalela di bumi bertuah ini.

Saya salahkan Bersih Baju Kuning kerana mereka adalah punca segala-galanya. Tanpa mereka, Baju Merah tidak akan wujud atau turun esok. Perkara ini turut disuarakan oleh Makkal Sakti, sebuah NGO India. Sebenarnya, Baju Merah wujud kerana mahu mempertahankan hak, maruah dan kedaulatan Bangsa Melayu dan Agama Islam yang telah dicabar, serta mahu negara Malaysia terus diterajui oleh para pemimpin Melayu Islam, sama ada menerusi UMNO mahupun PAS.

Tahan saja Maria Chin dan S Ambiga hari ini atau esok kerana mereka adalah pencetus dan racun segala huru-hara ini. Tindakan tegas juga harus diambil terhadap para pemimpin Baju Merah bagi menenangkan keadaan. Kita mahu negara Malaysia terus aman, damai, maju dan makmur. We cherish a peaceful Malaysia with its multi-racial citizens living harmoniously. We need no chaos and hatred among ourselves.

Apabila bercakap tentang Demonstrasi Jalanan ini, saya teringat akan kata-kata Tun Dr Mahathir satu ketika dulu. Kata beliau, Kerajaan harus dipilih menerusi Pilihan Raya, bukannya melalui Demonstrasi Jalan Raya. Malangnya, beliau sekarang telah melakukan pelbagai U-Turns, termasuk menyarung Baju Kuning.


* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa berniat jahat atau dipengaruhi oleh sesiapa. Saya hanya mahukan negara Malaysia ini sentiasa aman dan makmur.

* The opinion given is purely mine without prejudice and without any external influence. I hope for a peaceful Malaysia with its multi-racial citizens living together harmoniously.



        

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...