Skip to main content

Tip Mengatasi Kenaikan Harga Barang

Jumaat, 4 Safar 1438H, 4 November 2016M - Baru-baru ini saya telah bertemu dan bersembang panjang dengan rakan lama saya, Mr Cheah. Beliau adalah seorang ahli perniagaan dalam bidang pengilangan. Dalam pertemuan tersebut saya telah membangkitkan beberapa perkara termasuk kenaikan harga barang sekarang.

Dalam blog posting saya ini, saya ingin merakamkan sedikit pandangan beliau tentang isu kenaikan harga barang memandangkan isu ini sedang hangat diperdebatkan di pelbagai media. Sehubungan itu, blog posting ini agak panjang sedikit daripada biasa. Saya harap, para pembaca sudi membaca seluruhnya untuk manfaat kita bersama.

Secara mudahnya, jelas beliau kenaikan harga barang berpunca daripada dua sebab utama. Pertama, disebabkan oleh kenaikan harga barang import. Apabila barang yang diimport dari luar negara naik harga, kita terpaksa menaikkan harga barang tersebut di Malaysia. Ini tidak dapat dielakkan. Ini dinamakan faktor import.

Kedua, kenaikan harga barang dalam negara disebabkan oleh pelbagi faktor dalaman seperti kenaikan cukai Kerajaan seperti GST, kekurangan barangan dalam negara disebabkan oleh pelbagai perkara, penarikan subsidi oleh Kerajaan dan pelbagai lagi.

Dalam perkara ini, kita sebagai pengguna tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menghadapinya dan mengatasinya secara bijak.

Terdapat dua cara utama untuk mengatasinya. Pertama, meningkatkan pendapatan kita sekarang dengan melakukan kerja sambilan dan kedua, jika malas melakukan kerja sambilan, mereka perlu berbelanja secara berhemat atau kurangkan perbelanjaan.

Dengan meningkatkan pendapatan kita atau berbelanja secara berhemat dan kurangkan perbelanjaan, kita akan dapat menangani masalah kenaikan harga ini, kata beliau.

Dari aspek meningkatkan pendapatan, beliau berkata terdapat pelbagai caranya.

1, Jika seseorang itu bertugas dengan Kerajaan atau Syarikat Swasta, biasanya mereka akan bercuti pada hari Sabtu dan Ahad. Gunakan hari-hari tersebut untuk melakukan kerja-kerja sambilan (part time jobs) untuk menambahkan pendapatan. Pelbagai pekerjaan boleh dilakukan pada hari-hari itu seperti perniagaan dalam talian (online business), jualan langsung (direct selling), rekabentuk grafik (graphic design) bagi mereka yang mempunyai bakat dan kemahiran tersebut, menulis dan menterjemah (writing and translation) bagi mereka yang berkebolehan, membuka kelas tuisyen (tuition class) bagi mereka yang berkelulusan, solekan pengantin (bridal makeup) bagi mereka yang mempunyai kemahiran berkenaan, menjual makanan, membaiki kenderaan, menjadi pemandu Uber atau Grabcar dan pelbagai lagi.

Saya difahamkan, jurusolek sambilan mampu memperolehi pendapatan yang lumayan. Bayaran bagi solekan seorang pengantin saja boleh mencecah RM300 hingga RM400. Pekerjaan tersebut hanya mengambil masa kurang 2 jam. Jika mereka dapat menyolek dua orang pengantin sehari, mereka dengan mudah memperolehi RM600 sehari secara tunai. Jika Sabtu dan Ahad, mereka sudah memperolehi RM1,200 seminggu. Jika RM1,200 x 4 minggu sebulan, mereka sudah memperolehi RM4,800 sebulan. Ini bermakna pendapatan sambilan mereka mungkin lebih besar daripada gaji tetap mereka bersama Kerajaan atau Syarikat Swasta, Ini sudah lebih daripada mencukupi untuk menampung kenaikan harga barang sekarang. Bukan itu saja, wang tersebut boleh digunakan untuk membayar hutang kereta dll. Gaji tetap tidak terusik!  

Bagi mereka yang malas melakukan kerja-kerja sambilan, mereka perlu berbelanja secara berhemat atau mengurangkan perbelanjaan. Jangan berbelanja lebih daripada pendapatan bulanan. Don't spend beyond your means. Ini akan membawa kepada bebanan hutang, kepapaan dan kemuflisan. This will lead you to debts and poverty.

Beliau telah memberikan beberapa Tip untuk mengurangkan perbelanjaan.

1. Jika dulu kita menghabiskan masa 5 hari makan dan minum di Restoran, kurangkan kepada 2 hari saja. Ia menjimatkan minyak, tenaga, kesihatan dan wang perbelanjaan kita. Makan dan minum saja di rumah.
2. Jika suami isteri bekerja dengan menggunakan dua buah kereta, gunakan sebuah kereta saja. Selepas hantar isteri ke pejabatnya, anda terus ke pejabat anda pula. Jimat minyak, tenaga, duit parking dll. Jalanraya juga kurang sesak.
3. Jika tidak mampu berkereta, naik motor saja atau bas, komuter, LRT dan MRT. Bukan saja jimat wang, anda juga semakin sihat kerana banyak berjalan.
4. Jika kedai-kedai runcit hanya terletak 500 meter dari rumah anda, jalan kaki saja. Ia menjimatkan wang dan menyihatkan anda kerana bersenam berjalan kaki. Jantung dan otak anda juga akan menjadi lebih sihat. Anda akan dijauhi daripada serangan jantung dan strok.
5. Beli barangan tempatan yang tidak berjenama. Jangan beli barangan berjenama (branded goods and products). Kini terdapat banyak barangan tempatan yang berkualiti dan murah.
6. Kurangkan melancong ke luar negara. Melancong dalam negara saja. Jika teringin hendak melancong luar negara, beli tiket awal-awal ketika ada promosi. Tiket ke luar negara amat murah ketika itu. Lakukan pembelian secara dalam talian (online purchase).
7. Jangan beli pakaian baru sekiranya pakaian lama masih elok dan cantik. Pakai saja pakaian lama dan jangan peduli apa orang kata.
8. Kita perlu makan ala kadar dan sederhana saja. Jangan makan terlalu banyak dan berlebihan. Ia boleh mengundang pelbagai jenis penyakit. Jangan membazir makanan. Lebihkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makan daging, ikan dan seafood. Kita perlu amalkan konsep Hidup Sihat. "Makan Untuk Hidup. Bukan Hidup Hendak Makan Saja". Eat to live. Not live to eat.
9. Ketika di rumah, buka lampu dan aircon apabila perlu saja. Jika tidak, padamkan saja. Guna kipas saja. Begitu juga dengan air. Jangan membazir air. Buka sedikit sudah memadai.
10. Selalu bersenam. Senaman akan menjadikan kita hidup sihat serta menjauhi kita daripada berjumpa Doktor. Perbelanjaan perubatan sekarang agak tinggi. Apabila kita sihat, banyak pekerjaan boleh kita lakukan. Pepatah Inggeris mengatakan "Health Is Wealth". "Eat An Apple A Day, Keeps A Doctor Away". Kesihatan Adalah Satu Kekayaan. Makan Sebiji Epal Sehari, Dapat Menjauhi Kita Daripada Bertemu Doktor. Begitulah pentingnya Kesihatan.
11. Tidak perlu beli surat khabar lagi. Baca saja akhbar secara dalam talian (online papers). Atau dapatkan Akhbar The Sun di Seven Eleven atau Tesco secara percuma.

Di atas adalah beberapa tip saja yang dapat saya kongsi bersama Mr Cheah. Jika orang Cina seperti Mr Cheah dapat melihat "ubat" untuk mengatasi masalah ini, mengapa tidak kita. Sebenarnya, masih banyak lagi cara dan kaedah yang boleh kita manfaatkan untuk mengatasi isu kenaikan harga barang ini. Kita hanya perlukan Kesedaran dan Kerajinan. Kita mesti Buka Minda kita, Rajin Bekerja dan Jangan Malas. Jika jutaan orang asing sanggup meredah lautan dan hutan belantara untuk datang ke Malaysia dan bekerja keras untuk menghantar pulang jutaan ringgit ke negara-negara asal mereka, mengapa tidak kita rakyat Malaysia. Mengapa kita tidak boleh bekerja keras dan rajin seperti mereka. Bagi mereka, wang dan kekayaan terdapat di merata tempat di Malaysia. Di jalan raya, di lautan dan di hutan belantara Malaysia pun terdapat banyak wang, kata mereka.

Datuk nenek moyang saya pernah berpesan, "Orang Rajin, Hidupnya Terjamin. Orang Malas, Hanya Menanti Kasihan Belas".

Orang Melayu Islam mesti Rajin Bekerja. Jangan Malas. Selain Kerja Tetap, Lakukan Kerja Sambilan (Part Time Jobs) untuk menambahkan pendapatan bagi menampung kenaikan harga barang sekarang. Sebenarnya, pelbagai jenis Pekerjaan wujud di merata tempat di Malaysia ini. Hanya kita yang tidak nampak, tidak mahu mencarinya dan memikirkannya. Kita tidak boleh lagi menuding jaring kepada Kerajaan saja tanpa menuding jaring kepada diri kita sendiri. Kita harus dipersalahkan kerana Kemalasan diri kita sendiri. Ayuh, lakukan kerja sambilan! Jangan Malas lagi! Jangan Buang Masa Dengan Berfoya-Foya Saja. Angkat Punggung Anda Daripada Kerusi Empuk, Dan Lakukan Kerja Sambilan. Jika Hendak Seribu Daya, Jika Enggan Seribu Alasan! Kita tidak mahu lagi mendengar pelbagai alasan lemah. We don't need your lame excuses anymore.                    

Wake up and do your part time jobs. They are everywhere in Malaysia. Don't be lazy!

Para pembaca blog saya ini boleh saja memanjangkan posting ini (forward the posting) jika ia didapati dapat membantu merangsang anak-anak kita untuk menambahkan pendapatan mereka serta mendorong mereka berbelanja secara berhemat bagi mengatasi isu kenaikan harga barang sekarang.

Wassalam.


Comments

ANDALUS. said…
Orang berniaga menang sangat beruntung..macam mana pun untung..kaya dan bertambah kaya..kita boleh buat banyak kerja dan dapat wang..wang itu akan kita belanjakan..

Siapa yg dapat untung..orang berniaga...kerajaan semesti nya membuat peraturan undang2 mengenai kenaikkan harga..pun 2 kali lima sahaja..Contoh harga rumah...bukan kerana bahan nya mahal...itu semata2 kerana bijak nya orang berniaga...mereka tahu kerajaan tidak akan mampu berbuat apa2.

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...