Skip to main content

Dunia Tersentak Dengan Kemenangan Trump Sebagai Presiden Amerika!

Rabu, 9 Safar 1438H, 9 November 2016M - Seluruh dunia tersentak dan hampir-hampir tidak percaya bahawa rakyat Amerika Syarikat  telah memilih Donald Trump sebagai Presiden AS Yang Ke-45. Seluruh dunia turut terkedu apabila kebanyakan matawang dan pasaran saham dunia telah jatuh merudum susulan pemilihan Trump selaku Presiden AS.

Hillary Clinton dan Teamnya terduduk dengan keputusan luar jangkaan tersebut sementara ramai penyokongnya kelihatan menangis teresak-esak. Mereka tidak percaya apa yang mereka lihat dan dengar. Tetapi, itulah hakikat dan kehendak kebanyakan rakyat AS.

Ramai penganalisis politik dunia termasuk saya sendiri, tidak menduga sama sekali akan keputusan mengejut ini. Kami menjangkakan Clinton akan dinobatkan sebagai Presiden walaupun persaingan dijangka sengit.    

Ketika saya menulis blog ini, Trump menang dengan 289 Electoral Votes sementara Cinton hanya mampu meraih 218. Hanya 270 Electoral Votes diperlukan untuk layak menjadi Presiden AS.

Mengikut analisis CNN, Fox News, Sky News dan BBC, Trump menang ekoran sokongan majoriti daripada para pengundi kulit putih termasuk kaum wanita kulit putih. Clinton memperolehi sokongan majoriti para pengundi Hispanik/Latinos, Asia, Timur Tengah, Kulit Hitam dan Islam. Tetapi, mereka tidak turun seramai yang diperlukan seperti di waktu pemilihan Obama. Clinton juga tidak memperolehi sokongan padu kaum wanita seperti yang diharapkan. Pemilihan kali ini kelihatan agak rasis.

Selepas dunia dikejutkan dengan perkembangan luar biasa seperti Brexit, Britain keluar dari Kesatuan Eropah, kini dunia telah dikejutkan sekali dengan kemenangan luar biasa Trump yang berhaluan kanan dan ekstrem (rightist). Nigel Farage, pembangkang Britain, Geert Wilders dari Belanda dan Marie Le Pen, pembangkang berhaluan kanan Perancis, telah menyambut baik kemenangan Trump.

Parti Republican turut menguasai Dewan Senat dan Kongres. Ini adalah satu pencapaian besar bagi Trump dan Teamnya. Dengan kemenangan Trump ini, pelbagai dasar dunia AS termasuk Perdagangan, Ketenteraan, Perhubungan Luar Negara dan Negara Islam, dll dijangka akan berubah!

    

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...