Skip to main content

Haramkan Rali Dan Demonstrasi Jalanan Bersih 5.0

Rabu, 2 Safar 1438H, 2 November 2016M - Dalam beberapa blog posting saya yang lalu, saya ada menyebut tentang peranan organisasi asing dalam demontrasi jalanan Bersih untuk menjatuhkan Kerajaan demokratik pilihan rakyat. Perkara tersebut telah disahkan baru-baru ini oleh DC Leaks dalam pendedahan terbaru mereka.

DC Leaks mendedahkan terdapat rancangan asing di bawah tajuk "Malaysia Programme" yang diusahakan oleh Open Society Foundation (OSF) untuk mempengaruhi politik tempatan menerusi pilihan raya.

Dokumen berkenaan menjelaskan strategi secara terperinci untuk PRU 2018 dengan rancangan bagi menggerakkan kumpulan-kumpulan minoriti serta para belia kawasan-kawasan luar bandar.

OSF dipengerusi oleh George Soros, jutawan Yahudi, dan dokumen tersebut menyatakan beliau mempunyai kepentingan peribadi dalam pilihan raya.  

Ekoran daripada pendedahan tersebut, perkara ini telah dibangkitkan oleh Timbalan Perdana Menteri, DS Ahmad Zahid, seorang ahli parlimen dalam perdebatan di Dewan Rakyat serta beberapa media siaran, cetak dan sosial.

Susulan pendedahan berkenaan, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) turut menyerahkan dokumen rahsia kepada pihak Polis tentang perhubungan George Soros dengan Bersih.

Dokumen setebal 24 muka surat telah diserahkan kepada pihak Polis yang mendakwa dana asing telah diberikan kepada Bersih 2.0 untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional.

Sebelum ini, Bersih pernah mengesahkan bahawa mereka telah menerima dana daripada NDI (National Democratic Institute) yang dibantu oleh NED (National Endowment for Democracy) di bawah penguasaan George Soros.

Dari petikan akhbar Malay Mail Online, bekas ahli majlis tertinggi PKR, Lokman Adam berkata beliau tidak terperanjat dengan pendedahan terbaru oleh DC Leaks itu. Jelas beliau beberapa organisasi tempatan telah menerima bantuan asing daripada George Soros.

Tambah beliau, PKR dan Malaysiakini telah mendapat bantuan tersebut dalam tahun 2004. Beberapa orang pemimpin PKR telah bertemu George Soros di Washington DC pada lewat tahun 2003 untuk mendapatkan dana bagi PRU 2004.

Lokman juga berkata kebanyakan kursus kader dan latihan anjuran PKR telah diuruskan oleh Institute for Policy Studies yang menerima dana daripada sebuah Yayasan Kristian di Germany.

Semua ini, termasuk pendedahan terbaru oleh DC Leaks, membuktikan bahawa terdapat kumpulan asing yang diterajui oleh George Soros untuk mempengaruhi Pilihan Raya akan datang menerusi program Regime Change mereka.

Sehubungan itu, Bersih 5.0 wajib diharamkan kerana mereka adalah alat dan keldai tunggangan kuasa asing yang telah menerima dana daripada George Soros untuk menjatuhkan Kerajaan demokratik pilihan rakyat yang diterajui oleh para pemimpin Melayu Islam.

George Soros. seorang Yahudi dan beberapa pertubuhan asing yang lain, mahu menakluki dunia secara menguasai kuasa politik dan ekonomi negara-negara di seluruh dunia dengan meletakkan proksi mereka sebagai para pemimpin Kerajaan dan politik. Dengan menguasai proksi mereka di seluruh dunia, mereka dapat menguasai politik dan ekonomi seluruh dunia. Ini merupakan kaedah dan strategi penaklukan dunia bentuk baru mereka yang serba licik, penuh muslihat dan tersembunyi. Kita semua perlu sedar dan berwaspada terhadap strategi dan taktik terbaru mereka ini.

Kami Rakyat Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya campur tangan pihak asing dalam hal ehwal politik Malaysia.

We Malaysian condemn in the strongest term the intervention of foreign elements in Malaysian politics.  


* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa berniat jahat dan tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without prejudice or malice and without any external influence.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...