Skip to main content

Hillary Clinton Atau Donald Trump?

Isnin, 7 Safar 1438H, 7 November 2016M - Dua hari lagi, rakyat Amerika Syarikat akan turun mengundi untuk menentukan Presiden baru mereka bagi menggantikan Barrak Obama. Undi awal telah pun berlangsung sejak beberapa hari lalu.

Sebelum ini, Hillary pernah menjadi Senator dan Setiausaha Negara Amerika, sementara Donald Trump adalah seorang ahli perniagaan bertaraf Billionaire tanpa pengalaman politik dan pentadbiran negara.

Hillary bergelut dengan masalah kebocoran email peribadi, sementara Trump bergelumang dengan pelbagai skandal seks dan wanita. Kedua-duanya dilihat tidak setanding dan sehebat Obama.

Walau bagaimanapun, rakyat Amerika terpaksa memilih salah satu daripada mereka. Saya melihat Hillary lebih baik daripada Trump dari aspek idea, perjuangan, pentadbiran, pendirian, peribadi, latar belakang dll. Trump agak rasis, anti pendatang, anti Islam, celupar, agresif, ekstrem dll.

Difahamkan kebanyakan rakyat Amerika berketurunan Latinos, Asia, Afrika, orang Islam, warga emas kulit putih, wanita Amerika dll tidak sukakan Trump. Mereka berpendapat Trump agak rasis, sombong, bongkak dan keterlaluan yang boleh menggugat ekonomi Amerika dan membawa Amerika ke kancah peperangan. Ini akan memberi kelebihan kepada Hillary. Sejak dulu lagi, penentuan kemenangan Presiden Amerika amat bergantung kepada sokongan masyarakat minoriti ini. Mereka adalah kingmakers. Apabila para pengundi kulit putih berbelah dua, masyarakat minoriti ini akan menjadi penentu utama. Obama menang daripada percaturan ini.

Di samping itu, majoriti wanita Amerika mahukan Hillary menang sebagai Wanita Pertama menjadi Presiden Amerika.

Berdasarkan semua perkembangan ini, saya yakin Hillary, wakil Democrat, akan menewaskan Trump untuk muncul sebagai Presiden Wanita yang pertama menerajui Amerika.  

Trump mewakili Republican, parti yang sering membawa Amerika ke kancah peperangan.  

My bet is on Hillary Clinton!        


* Pandangan yang dilontarkan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...