Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

Breaking News - Tun Dr Mahathir Letak Jawatan Sebagai Pengerusi Proton

Breaking News - Khamis, 31 Mac 2016 - Menurut blog Tun Dr Mahathir, chedet.cc, Dr Mahathir telah melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Proton berkuatkuasa semalam, Rabu. Surat peletakan jawatan telah pun dikirimkan kepada Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad, DS Syed Faisal Albar. Dr Mahathir juga telah melepaskan jawatan sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas berkuatkuasa 30 Mac. Di samping itu, beliau turut melepaskan jawatan sebagai penasihat Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (Tida). Pada 11 Mac lalu, Dr Mahathir telah digugurkan sebagai penasihat Petronas dan digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dimaklumkan Dr Mahathir juga akan melepaskan jawatan sebagai pengerusi Group Lotus plc, anak syarikat milik penuh Proton. Nampaknya Tun Dr Mahathir semakin merajuk dan jauh hati. - ends -

Breaking News - DUN Sarawak Bubar 11 April

Breaking News - Khamis, 31 Mac 2016 - Seperti yang diduga, TS Adenan Satem telah menghadap Tun Abdul Taib Mahmud pagi ini bagi mendapatkan persetujuan Yang Di Pertua Negeri Sarawak untuk membubarkan DUN Sarawak. Tun Abdul Taib Mahmud telah bersetuju untuk membubarkan DUN Sarawak pada 11 April bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 diadakan. Speaker DUN Sarawak akan memaklumkan perkara tersebut kepada SPR dan SPR akan menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11. Pada Pilihan Raya kali ini sebanyak 82 buah kerusi DUN akan dipertandingkan, lebih 11 buah kerusi berbanding Pilihan Raya Sarawak pada tahun 2011. BN Sarawak akan menghadapi Pilihan Raya kali ini bersandarkan populariti TS Adenan Satem dan beberapa dasar dan pendekatan positif yang disambut baik oleh majoriti rakyat Sarawak. Ini diperkuatkan lagi dengan pelbagai masalah yang menghantui parti lawan termasuk DAP yang kini dibelenggu skandal pembelian rumah bangl...

DUN Sarawak Dibubar Sehari Dua?

Rabu, 30 Mac 2016 - TS Adenan Satem dijangka akan mengadap Tun Abdul Taib Mahmud esok bagi membincangkan beberapa perkara penting termasuk pembubaran DUN Sarawak bagi membolehkan Pilihan Raya Sarawak Ke-11 diadakan. Selepas tarikh pembubaran ditentukan, Speaker DUN Sarawak akan bertemu SPR bagi menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh Pilihan Raya Sarawak Ke-11. Saya berpendapat inilah masa yang terbaik bagi BN mengadakan Pilihan Raya di Sarawak. Pertama, ketika populariti TS Adenan Satem dan BN masih memuncak ekoran beberapa dasar dan pendekatan yang disambut baik oleh kebanyakan rakyat Sarawak. Kedua, ketika isu Lim Guan Eng masih hangat diperdebatkan seperti Pisang Goreng Panas. Just like a Hot Cake fresh from oven. Dasar-dasar yang menguntungkan rakyat Sarawak mesti diteruskan dengan sokong Kerajaan Pusat. Isu Lim Guan Eng mesti dicanangkan habis-habisan bagi memenangi semula beberapa kerusi bandar dan pekan yang kini dipegang oleh DAP. Kini, semakin ramai penyokong DAP ...

Lim Guan Eng Cakap Tak Serupa Bikin!

Rabu, 23 Mac 2016 - Lim Guan Eng, DAP dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sering melaung-laungkan slogan CAT mereka (Credibility, Accountability dan Transparency) (Kebolehpercayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan). Mereka begitu bangga dengan dasar CAT mereka seolah-olah ia menjamin mereka bebas daripada rasuah, bebas daripada penipuan, bebas daripada skandal, bebas daripada ketidakcekapan dll. Tetapi, selepas pendedahan dibuat oleh Datuk Shabudin Yahya tentang isu penjualan rumah banglo di Jalan Pinhorn kepada LGE dan penjualan tanah di Taman Manggis kepada KLIDC serta disokong oleh beberapa dokumen sah mengenai transaksi tersebut, baru kita sedar bahawa CAT mereka sebenarnya adalah Indah Khabar Daripada Rupa dan sekadar Propaganda mereka saja. Rupa-rupanya, selama ini LGE dan DAP tidak mengamalkan apa yang mereka perjuangkan. Mereka hanya Kata tetapi tidak Mengotakannya. Bak kata orang sekarang, Cakap Tak Serupa Bikin. They Just Talk but Did Not Walk The Talk. They Did Not Practis...

Lim Guan Eng Lakukan Rasuah?

Sabtu, 19 Mac 2016 - Kini, pelbagai akhbar arus perdana, berita portal dan blog telah sibuk menyiar, membincang dan mendedahkan tentang tuduhan rasuah terhadap Lim Guan Eng oleh Datuk Shabudin Yahya, Ahli Parlimen Tasek Gelugor. LGE dikatakan telah membeli sebuah banglo mewah di Jalan Pinhorn pada tahun lalu dengan harga di bawah harga pasaran (undervalued market price, below market price) bernilai RM2.8 juta. Harga rumah tersebut bernilai RM2.5 juta pada tahun 2008. Selepas direnovasi ia telah dijual kepada LGE pada tahun 2015 dengan harga RM2.8. Nilai rumah tersebut pada tahun lepas dianggarkan bernilai di sekitar RM6.5 juta. Harga tanah dan rumah di Pulau Pinang didapati kian meningkat saban tahun dan lebih tinggi berbanding lain-lain tempat di Malaysia. Pemilik rumah asal tersebut, Phang Li Koon, adalah salah seorang daripada pengarah Syarikat Winbond Management & Consultant bersama Tang Yong Chew. Tang juga adalah salah seorang daripada pengarah Syarikat KLIDC Sdn Bhd yang b...

PAS Dan IKATAN Jadi Blok Politik Ketiga

Rabu, 16 Mac 2016 - Desas-desus tentang penubuhan Blok Politik Ketiga telah pun menjadi kenyataan. Di Kuala Lumpur petang tadi, PAS dan IKATAN telah menandatangani perjanjian untuk bekerjasama sebagai sebuah Blok Politik Ketiga bagi menghadapi PRU14. Blok ini turut disertai oleh beberapa buah NGO. PAS diwakili oleh Presden PAS, DS Hadi Awang sementara IKATAN oleh TS Sheikh Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Mereka berkata Blok tersebut akan menjadi sebuah badan politik yang membina, konstruktif dan tidak kombatif. Blok ini akan menyokong dasar-dasar Kerajaan yang bermanfaat dan akan menentang dasar-dasar yang tidak berfaedah. Mereka akan bertindak rasional dan tidak akan bertindak secara melulu (not attacking blindly). Saya lebih setuju sekiranya PAS dapat bekerjasama dengan UMNO untuk menghadapi PRU14. Kerjasama ini akan mudah menewaskan PKR dan PAN dan sekaligus menggagalkan hasrat DAP untuk menguasai Putra Jaya. Walau bagaimanapun, itu adalah hak mereka dan mungkin mereka mempunyai ...

DS Najib Akan Terus Jadi PM Sehingga PRU14

Khamis, 10 Mac 2016 - Saya mengatakan demikian kerana Deklarasi Rakyat inisiatif Dr Mahathir ini akan gagal sehingga PRU14. Deklarasi ini akan gagal kerana ia hanya bertujuan untuk menjatuhkan DS Najib tetapi tidak menyatakan siapa bakal penggantinya dan apa akan berlaku selepas itu. Dalam erti kata yang lain, Deklarasi ini tidak jelas, sama-samar dan penuh muslihat. Saya katakan ia akan gagal kerana, pertama, ia tidak mendapat sokongan Rakyat jelata. Sebenarnya hanya lebih kurang 40 orang yang menandatangani Deklarasi tersebut pada 4 Mac lalu. Sehingga kini sambutan terhadapnya masih tidak menggalakkan dan menyedihkan. Kedua, ia tidak mendapat sokongan mutlak parti-parti politik pembangkang yang berbeza ideologi dan matlamat, tetapi hanya disokong atas kapasiti individu. Ketiga, DS Najib masih mendapat sokongan kuat ahli-ahli UMNO dan BN. DS Najib hanya dapat diturunkan oleh ahli-ahli UMNO dan BN sendiri, bukannya orang lain, atau menerusi undi tidak percaya di Parlimen atau DS Na...

TGDS Hadi Awang Berkata PAS Amalkan Pendekatan Damai.

Ahad, 6 Mac 2016 -  Presiden PAS, TGDS Abdul Hadi Awang berkata PAS mengamalkan pendekatan damai dan bukannya Arab Spring untuk menurunkan pemimpin. Beliau berkata demikian di Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan semalam dan kenyataan tersebut telah dimuatnaik (upload) di Facebook rasmi PAS. Jelas beliau ada Resolusi yang boleh diikuti dan ada Resolusi yang tidak boleh diikuti. PAS mahu pendekatan secara damai bukannya Arab Spring yang sehingga kini tidak berhasil. Tambah beliau ahli PAS yang menandatangani Deklarasi Rakyat dibuat atas kapasiti peribadi bukannya Parti. Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Mustafa Ali telah menandatangani Deklarasi tersebut. DS Hadi Awang juga berkata PAS tidak bermusuh dengan orang UMNO. PAS hanya berbeza dari aspek kefahaman. PAS juga perlukan undi orang UMNO dan orang bukan Islam untuk memenangi kerusi pilihanraya. Saya amat mengalu-alukan dan menyambut baik kenyataan TGDS Hadi Awang itu. Saya yakin beliau lebih maklum dan arif tentang niat ...

Kumpulan Deklarasi Rakyat Bakal Di "Hijack" Pembangkang!

Sabtu, 5 Mac 2016 -  Semalam bertempat di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya, Tun Dr Mahathir telah melancarkan Deklarasi Rakyat 37 Perkara untuk mendesak pengunduran DS Najib. Turut hadir menyerikan majlis tersebut ialah musuh ketatnya (his sworn enemy), Lim Kit Siang. Apabila ditanya oleh para wartawan, Dr Mahathir berkata agenda utama Deklarasi tersebut ialah untuk mendesak DS Najib supaya berundur dan akan melakukan perubahan (reform) sebaik saja DS Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri. Tetapi, lain pula kata Ambiga dan Maria Chin. Ambiga berkata Agenda tersebut mestilah merangkumi agenda untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari Penjara, mengadakan pilihanraya secara adil dan bebas, menegakkan demokrasi dan undang-undang.. Penjelasan Ambiga disambut baik oleh Pemimpin Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah. Ini belum lagi merangkumi agenda sebenar DAP dan parti pembangkang yang lain. Daripada pertelingkahan tersebut, jelas bahawa baru sehari saja Kumpulan tersebut dilancar...

Mungkinkah TS Muhyiddin Dan DS Mukhriz Dipecat?

Jumaat, 4 Mac 2016 -  TS Muhyiddin Yassin dan DS Mukhriz Mahathir adalah di antara 50 orang yang menandatangani Deklarasi Rakyat  (Citizen Declaration) petang tadi yang diisytiharkan oleh Dr Mahathir. Dengan menandatangani Deklarasi tersebut, TS Muhyiddin dan DS Mukhriz telah secara langsung bersekongkol dengan Pergerakan tersebut di samping menyatakan persetujuan mereka untuk mendesak DS Najib, Bos mereka, berundur. Saya percaya, tindakan mereka itu adalah bertentangan dengan Perlembagaan Parti UMNO dan mengundang pemecatan. Sebelum ini pun mereka sering kelihatan bersama Team 4 M (Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz dan Mohd Shafie Apdal) serta memberikan komen berani secara terbuka. TS Muhyiddin pernah menyatakan bahawa beliau tidak takut dipecat dan akan berucap pada Perhimpunan Politik anjuran Datuk Zaid Ibrahim pada 27 Mac. - ends -                  

Breaking News - Dr Mahathir Isytihar Deklarasi Untuk Mendesak Pengunduran DS Najib

Jumaat, 4 Mac 2016 - Breaking News -  Petang tadi Dr Mahathir dan para pembangkang telah menandatangani Deklarasi untuk mendesak pengunduran DS Najib. "Mereka ini telah menunjukkan komitmen. Ini adalah satu bentuk Deklarasi untuk mendesak pengunduran DS Najib dan bagi melaksanakan perubahan (reform) sebaik saja beliau tidak lagi menjadi PM," kata Dr Mahathir di satu Sidang Akhbar yang turut dihadiri oleh TS Muhyiddin, Datuk Azmin Ali, DS Mukhriz, Lim Kit Siang, Tun Dr Lin Liong Sik, Mat Sabu dan Datuk Zaid Ibrahim. Katanya lagi, "Kami rakyat Malaysia melahirkan pandangan kami dan menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyokong pergerakan kami ini." Selepas membaca Deklarasi 37 perkara tersebut, Dr Mahathir telah menandatangani dokumen berkenaan dengan diikuti oleh isteri beliau dan mereka yang lain. Mereka merupakan 50 orang pertama kepada Kumpulan Teras yang menandatangani deklarasi tersebut. Di antara yang menandatangani Deklarasi itu ialah Mat Sabu, Mah...

TS Muhyiddin Tidak Keluar UMNO Tetapi Akan Terus Bersuara Lantang

Khamis, 3 Mac 2016 -  Di satu Sidang Akhbar yang diadakan di Bukit Damansara hari ini, TS Muhyiddin Yassin telah memaklumkan bahawa beliau akan kekal dalam UMNO tetapi akan terus bersuara. TS Muhyiddin yang ditemani DS Shafie Apdal dan DS Mukhriz Mahathir berkata beliau akan bersuara lebih lantang dan tidak takut dipecat. Beliau tidak mahu UMNO dicemari skandal dan tuduhan yang membuatkan UMNO hilang kepercayaan rakyat. Beliau juga sanggup bekerjasama dengan sesiapa saja yang mempunyai pandangan dan perjuangan yang sama. Mengenai tuduhan konspirasi yang dilimparkan, beliau berkata beliau tidak melakukan sebarang konspirasi untuk menjatuhkan DS Najib. Sebelum ini DS Azalina Othman telah menuduh beliau melakukan perkara tersebut. Beliau juga akan menghantar sepucuk surat kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk bertanya tentang kesahihan penggantungan beliau. Beliau percaya penggantungannya adalah tidak mengikut prosedur sebenar dan bercanggah dengan Perlembagaan Parti UMNO.. ...

Dr Mahathir Keluar UMNO Untuk Tumbangkan DS Najib!

Rabu, 2 Mac 2016 -  Petang 29 Februari bertempat di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putra Jaya Tun Dr Mahathir telah mengumumkan kepada para wartawan bahawa beliau dan isterinya telah keluar daripada Parti UMNO. Kata Dr Mahathir beliau keluar kerana UMNO tidak lagi memperjuangkan perjuangan asal Parti serta kecewa terhadap kepimpinan DS Najib dan UMNO yang beliau terajui. Ini merupakan kali kedua beliau meninggalkan UMNO. Kali pertama pada tahun 2008 ketika UMNO dipimpin oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau sertai semula UMNO pada tahun 2009 apabila UMNO diterajui oleh DS Najib Tun Razak. Walau bagaimanapun, sehingga kini beliau masih belum menyerahkan surat keluar Parti kepada Setiausaha Agung UMNO, DS Tengku Adnan Tengku Mansor. Saya berpendapat Dr Mahathir keluar UMNO atas beberapa sebab. Pertama, disebabkan oleh faktor usia yang kian lanjut. Beliau kini telah berusia 91 tahun dan mudah merajuk, rasa tersinggung dan tersentuh hati kerana pandangan dan nasihatnya tidak dihira...