Skip to main content

Lim Guan Eng Cakap Tak Serupa Bikin!

Rabu, 23 Mac 2016 - Lim Guan Eng, DAP dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sering melaung-laungkan slogan CAT mereka (Credibility, Accountability dan Transparency) (Kebolehpercayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan). Mereka begitu bangga dengan dasar CAT mereka seolah-olah ia menjamin mereka bebas daripada rasuah, bebas daripada penipuan, bebas daripada skandal, bebas daripada ketidakcekapan dll.

Tetapi, selepas pendedahan dibuat oleh Datuk Shabudin Yahya tentang isu penjualan rumah banglo di Jalan Pinhorn kepada LGE dan penjualan tanah di Taman Manggis kepada KLIDC serta disokong oleh beberapa dokumen sah mengenai transaksi tersebut, baru kita sedar bahawa CAT mereka sebenarnya adalah Indah Khabar Daripada Rupa dan sekadar Propaganda mereka saja. Rupa-rupanya, selama ini LGE dan DAP tidak mengamalkan apa yang mereka perjuangkan. Mereka hanya Kata tetapi tidak Mengotakannya. Bak kata orang sekarang, Cakap Tak Serupa Bikin. They Just Talk but Did Not Walk The Talk. They Did Not Practise What They Preach. Semuanya adalah pembohongan semata-mata. Slogan CAT itu hanya untuk merabuni mata rakyat, hanya untuk sedap didengar dan dipandang. Slogan CAT itu rupanya bermaksud "Corruption, Abetment dan Trickery" (Rasuah, Bersubahat dan Penipuan).

Selepas pendedahan tersebut, LGE kini kelihatan semakin resah, gelisah dan panas bak cacing kepanasan. Beliau didapati sering menggelabah sehinggakan mengeluarkan pelbagai kenyataan yang tidak masuk akal. Sebenarnya, beliau tahu harinya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang kian berakhir. His days as the Chief Minister of Penang are numbered. Beliau tidak boleh lari lagi daripada realiti. Beliau tidak boleh menipu lagi dan tidak boleh memutarbelit fakta lagi. Bukti demi bukti (hard rock proof) tentang transaksi tersebut semakin terbongkar. Pelbagai media telah mendedahkan banyak bukti sahih untuk boleh dijadikan bahan bukti dan diambil tindakan oleh SPRM (MACC).

Kini, beliau hanya menunggu masa untuk disiasat oleh SPRM dan kemungkinan besar beliau akan dibawa ke muka pengadilan! Rakan baik beliau, Ketua Hakam, Datuk Ambiga juga telah menasihati LGE supaya bercuti (take leave) untuk membolehkan SPRM menyiasat kes beliau secara adil dan telus.

Saya berpendapat, sekaranglah masanya untuk UMNO, BN dan PAS menggunakankan isu ini untuk meleburkan DAP. Mereka perlu mengeksploitasi isu ini sebaik mungkiin dalam pilihan raya Sarawak akan datang. DUN Sarawak dijangka akan dibubarkan dalam masa terdekat dan pilihan raya Sarawak dijangka akan diadakan dalam bulan April. Untuk merebut kembali beberapa kerusi DAP di kawasan bandar, isu ini mesti dihangatkan kerana ia melibatkan pemimpin tertinggi mereka, Setiausaha Agung DAP.

BN perlu menang banyak kerusi di Sarawak sebagai bekalan dan Fixed Deposit untuk menghadapi PRU14 dalam tahun 2018. Biasanya, kemenangan besar DUN di Sarawak dan Sabah akan membawa kemenangan besar kepada Kerusi Parlimen. Ini akan menggagalkan cita-cita DAP untuk berkuasa di peringkat Persekutuan.

DAP biasanya hidup atas isu dan persepsi. Sekarang, giliran mereka pula untuk menerima padahnya dan merasakan kepedihannya.    
           


* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa berniat jahat atau dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice, without malice or ulterior motives.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...

Ledakan AI (AI Explosion)

 Apa itu AI? Ia kini riuh diperkatakan di mana-mana saja. Ia sudah menjadi satu Buzzword di seluruh dunia. Bukan itu saja, ia bakal Meledak di tahun ini, 2025!  AI yang dimaksudkan ialah Artificial Intelligence. Satu Kebijaksanaan Buatan yang dapat membantu kemajuan manusia dalam pelbagai perkara dengan pantas. Kita kini berada dalam fasa Generative AI dan akan beralih ke fasa lebih hebat, Agentic AI (SuperIntelligence) AI kini diasaskan oleh beberapa buah syarikat AI terkenal seperti OpenAI, Google (Gemini), Apple, Samsung dll. Samsung dipercayai telah melancarkan AI terkininya menerusi Galaxy Unpacked S25 pada 22 Jan 2025. AI akan menstruktur semula peranan industri, ekonomi, pendidikan, perubatan dan pekerjaan di seluruh dunia. Dari menyedia dan memproses pelbagai maklumat dan data besar dalam masa yang singkat, hinggalah kepada mempercepatkan proses pengilangan, pengeluaran, pembuatan dan pekerjaan.  Contohnya:- a. Jika kini, sebuah kilang dengan pekerja yang ramai da...