Skip to main content

TGDS Hadi Awang Berkata PAS Amalkan Pendekatan Damai.

Ahad, 6 Mac 2016 -  Presiden PAS, TGDS Abdul Hadi Awang berkata PAS mengamalkan pendekatan damai dan bukannya Arab Spring untuk menurunkan pemimpin.

Beliau berkata demikian di Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan semalam dan kenyataan tersebut telah dimuatnaik (upload) di Facebook rasmi PAS.

Jelas beliau ada Resolusi yang boleh diikuti dan ada Resolusi yang tidak boleh diikuti. PAS mahu pendekatan secara damai bukannya Arab Spring yang sehingga kini tidak berhasil.

Tambah beliau ahli PAS yang menandatangani Deklarasi Rakyat dibuat atas kapasiti peribadi bukannya Parti. Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Mustafa Ali telah menandatangani Deklarasi tersebut.

DS Hadi Awang juga berkata PAS tidak bermusuh dengan orang UMNO. PAS hanya berbeza dari aspek kefahaman. PAS juga perlukan undi orang UMNO dan orang bukan Islam untuk memenangi kerusi pilihanraya.

Saya amat mengalu-alukan dan menyambut baik kenyataan TGDS Hadi Awang itu. Saya yakin beliau lebih maklum dan arif tentang niat sebenar Deklarasi tersebut.

Akhir-akhir ini saya dapati pucuk pimpinan PAS dan UMNO kian berbaik-baik, bermesra dan berukhuwah. Ini adalah satu petanda dan perkembangan yang amat baik, dan amat penting demi perpaduan dan Ukhuwah Umat Islam dan Bangsa Melayu. Pentadbiran dan kepimpinan Melayu Islam banyak bergantung pada UMNO dan PAS. Sehubungan itu, kerjasama dua buah parti ini amat diperlukan bagi memantap dan meneruskan lagi penguasaan, kepimpinan dan pentadbiran Melayu Islam di Malaysia.

Orang Melayu Islam di Malaysia tidak boleh berpecah lagi. Mereka perlu sentiasa bekerjasama, bersatu dan mengeratkan silaturahim. Perpecahan di kalangan mereka akan hanya mengundang bencana, merugikan mereka dan menguntungkan pihak-pihak lain.

Saya harap PAS dan UMNO akan bekerjasama pada PRU14 akan datang. Kerjasama mereka mampu menewaskan PAN dan PKR dan seterusnya menggagalkan harapan DAP untuk menduduki singgahsana Putra Jaya. Mereka perlu mencari dan merencana satu Formula Menang-Menang (Win-Win Formula) mulai sekarang. Saya yakin kerjasama mantap PAS dan UMNO akan mencetuskan suasana check and balance, tegur menegur, nasihat menasihati, bantu membantu di antara mereka dan seterusnya menjadikan orang Melayu Islam lebih Islamik, progresif, berintegriti, bersih, berakhlak mulia, anti-rasuah dll.

Perkara ini sering saya utarakan dalam blog posting saya yang lepas-lepas.



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa berniat jahat, tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice, without malice or ulterior motives.    

  
    

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...