Skip to main content

Breaking News - Dr Mahathir Isytihar Deklarasi Untuk Mendesak Pengunduran DS Najib

Jumaat, 4 Mac 2016 - Breaking News -  Petang tadi Dr Mahathir dan para pembangkang telah menandatangani Deklarasi untuk mendesak pengunduran DS Najib.

"Mereka ini telah menunjukkan komitmen. Ini adalah satu bentuk Deklarasi untuk mendesak pengunduran DS Najib dan bagi melaksanakan perubahan (reform) sebaik saja beliau tidak lagi menjadi PM," kata Dr Mahathir di satu Sidang Akhbar yang turut dihadiri oleh TS Muhyiddin, Datuk Azmin Ali, DS Mukhriz, Lim Kit Siang, Tun Dr Lin Liong Sik, Mat Sabu dan Datuk Zaid Ibrahim.

Katanya lagi, "Kami rakyat Malaysia melahirkan pandangan kami dan menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyokong pergerakan kami ini."

Selepas membaca Deklarasi 37 perkara tersebut, Dr Mahathir telah menandatangani dokumen berkenaan dengan diikuti oleh isteri beliau dan mereka yang lain.

Mereka merupakan 50 orang pertama kepada Kumpulan Teras yang menandatangani deklarasi tersebut.

Di antara yang menandatangani Deklarasi itu ialah Mat Sabu, Mahfuz Omar, Ambiga, Maria Chin, Tian Hua, Salahuddin Ayub, Cynthia Gabriel, Zaid Ibrahim dan beberapa orang lagi.

Tun Dr Mahathir mengetuai Kumpulan Teras (Core Group) tersebut untuk mendesak pengunduran DS Najib.

Mereka sebenarnya masih berbeza ideologi, hala tuju dan matlamat tetapi terpaksa bergabung hanya untuk menentang dan menjatuhkan musuh mereka yang satu iaitu DS Najib. Mereka telah cuba menjatuhkan DS Najib sejak dulu tetapi tidak berjaya. Apabila Tun Dr Mahathir keluar daripada UMNO, mereka melihat situasi tersebut sebagai satu peluang untuk bergabung bagi menjatuhkan DS Najib.

Dr Mahathir dilihat sebagai bekas pemimpin UMNO dan Perdana Menteri yang masih dihormati dan berpengaruh. Dengan menggunakan khidmat Dr Mahathir peluang untuk menjatuhkan DS Najib agak cerah. Di samping itu, Dr Mahathir juga perlu mencari regu sesuai untuk menjatuhkan DS Najib kerana beliau tidak mendapat sokongan daripada majoriti ahli-ahli UMNO.

Saya tidak merasa pelik dengan kewujudan Kumpulan ini. Inilah yang dinamakan permainan politik Machiavellian. Semuanya serba mungkin demi mencapai matlamat masing-masing. In politics everything is possible. The End Justifies The Means. Friends become enemies and enemies become friends overnight just to achieve their aspirations. Dalam politik seperti ini Matlamat Menghalalkan Cara. Sesiapa saja yang memusuhi musuh saya adalah kawan saya. Enemies of my enemies are my friends. To them there is nothing wrong with Marriage of Convenience, Temporary Marriage, Fake Marriage or Strange Bedfellows. Their priorities are to achieve their targets.    



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice or ulterior motives.

           

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...