Skip to main content

Dr Mahathir Keluar UMNO Untuk Tumbangkan DS Najib!

Rabu, 2 Mac 2016 -  Petang 29 Februari bertempat di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putra Jaya Tun Dr Mahathir telah mengumumkan kepada para wartawan bahawa beliau dan isterinya telah keluar daripada Parti UMNO. Kata Dr Mahathir beliau keluar kerana UMNO tidak lagi memperjuangkan perjuangan asal Parti serta kecewa terhadap kepimpinan DS Najib dan UMNO yang beliau terajui.

Ini merupakan kali kedua beliau meninggalkan UMNO. Kali pertama pada tahun 2008 ketika UMNO dipimpin oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau sertai semula UMNO pada tahun 2009 apabila UMNO diterajui oleh DS Najib Tun Razak.

Walau bagaimanapun, sehingga kini beliau masih belum menyerahkan surat keluar Parti kepada Setiausaha Agung UMNO, DS Tengku Adnan Tengku Mansor.

Saya berpendapat Dr Mahathir keluar UMNO atas beberapa sebab. Pertama, disebabkan oleh faktor usia yang kian lanjut. Beliau kini telah berusia 91 tahun dan mudah merajuk, rasa tersinggung dan tersentuh hati kerana pandangan dan nasihatnya tidak dihiraukan lagi oleh pucuk pimpinan UMNO. Kedua, beliau berasa kecewa kerana anak kesayangannya, DS Mukhriz telah digugurkan sebagai Menteri Besar Kedah. Ketiga, segala usaha dan tuduhan liarnya (wild allegations) untuk menyingkirkan DS Najib sejak awal 2015 telah menemui jalan buntu dan kegagalan. Keempat, orang kuatnya TS Muhyiddin telah digantung jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO. Sehubungan itu, beliau tidak ada jalan lain lagi kecuali mengambil keputusan untuk meninggalkan UMNO sebagai strategi terakhir untuk mendesak DS Najib melepaskan pucuk pimpinan UMNO. Pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi strategi ini telah menjadi dan beliau berharap strategi kali ini akan turut berjaya. Beliau berharap ramai pemimpin UMNO akan mengikuti jejak beliau dengan meninggalkan UMNO dan memberi tekanan kuat kepada DS Najib.

Soalannya, adakah strategi ini berkesan pada zaman pimpinan DS Najib sekarang? DS Najib bukan seperti Pak Lah. Beliau masih muda, bertenaga, mempunyai fighting spirit yang kuat, mempunyai pelbagai idea, bijak, pintar, dikelilingi ramai penasihat dari dalam dan luar negara serta mendapat sokongan majoriti para ahli UMNO dan BN. Kemungkinan besar strategi Dr Mahathir kali ini akan meleset dan tidak memberi impak!

Di samping itu, majoriti pemimpin UMNO lebih suka Dr Mahathir keluar saja daripada UMNO kerana kehadiran beliau dalam UMNO dianggap sebagai duri dalam daging. Segala kritikan dan tuduhan liar beliau hanya akan memecah belahkan ahli-ahli UMNO dan menguntungkan pihak lawan terutama sekali DAP. Mereka lebih suka beliau keluar UMNO sekarang supaya ahli-ahli UMNO dapat disatukan semula secepat mungkin dan UMNO diperteguhkan kembali sebelum BN menghadapi pilihan raya dalam tahun 2018.

Mungkinkah DS Mukhriz, TS Muhyiddin dan DS Mohd Shafie Apdal akan mengikuti jejak Dr Mahathir untuk keluar daripada UMNO selepas ini? Mereka adalah Team Dr Mahathir (4 M). Mereka perlu berfikir panjang dan matang tentang perkara ini kerana apabila mereka keluar daripada UMNO peluang untuk kembali semula ke pucuk pimpinan UMNO mungkin akan tertutup. Politik sekarang amat berbeza dengan politik masa lampau. Dulu, mereka yang keluar UMNO dapat kembali semula dan akhirnya menjadi pemimpin negara. Mungkin tidak kali ini! Bagi Dr Mahathir tindakan beliau ini tidak akan merugikannya kerana beliau telah pun mencapai impiannya sebagai pemimpin UMNO dan Kerajaan selama 22 tahun. He has nothing to lose. But for DS Mukhriz, TS Muhyiddin dan DS Shafie, they have everything to lose if they leave UMNO.

Ketika saya menulis blog posting ini saya masih tidak kedengaran tentang adanya ahli-ahli UMNO yang mengikuti jejak Dr Mahathir untuk meninggalkan UMNO. Ini bermakna terdapat kelemahan dalam strategi Dr Mahathir kali ini. Ramai penganalisis politik berpendapat strategi Dr Mahathir sekarang tidak akan memberikan impak besar dan memecah belahkan UMNO. Sebaliknya, UMNO akan menjadi lebih bersatu dan kuat tanpa Dr Mahathir. Lagi pun Dr Mahathir semakin berusia dan telah hilang taringnya. Walau apapun, kita perlu berwaspada kerana dalam politik semuanya adalah serba mungkin. In politics, everything is possible!                                            

Pada 27 Mac, Datuk Zaid Ibrahim akan menganjurkan satu Perhimpunan Politik (Political Gathering) bagi membicarakan Gerakan untuk menentang kepimpinan DS Najib, UMNO dan BN. Perhimpunan ini dijangka akan dihadiri oleh para pemimpin pembangkang, NGO serta Team Dr Mahathir yang menentang DS Najib. Parti PAS tidak akan menyertainya. Ini telah disahkan oleh DS Hj Hadi Awang, Presiden PAS.

Mereka ini mempunyai idealogi yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang satu iaitu untuk menumbangkan kepimpinan DS Najib, UMNO dan BN. Dr Mahathir mahu menumpaskan DS Najib dan digantikan dengan pemimpin proksi beliau dalam UMNO serta mahu BN terus menerajui negara. Tetapi, DAP lebih ke depan daripada itu. Mereka mahu menjatuhkan kepimpinan DS Najib, UMNO dan BN, dan Pentadbiran Kerajaan Malaysia diambil alih oleh parti Pembangkang yang diketuai oleh DAP. Mereka sungguh bijak dan licik!

Mungkinkah DAP akan menggunakan kesempatan Perhimpunan 27 Mac ini untuk memecah belahkan UMNO seperti mereka lakukan terhadap PAS. PAS telah berjaya mereka pecahkan dengan penubuhan PAN. Difahamkan PAN telah ditaja oleh DAP. Mungkin juga serpihan UMNO nanti akan ditaja oleh mereka untuk terus memecah belahkan orang Melayu.
  
Oleh itu, orang Melayu Islam perlu berfikir panjang, dalam dan matang dalam perkara ini. Jangan akhirnya Kita Menang Sorak Tetapi Kampung Tergadai. Marahkan Seekor Nyamuk, Habis Seluruh Kelambu Dibakar. Akhirnya Kita Hilang Kampung dan Tidak Tidur Sepanjang Malam Kerana Diserang Lebih Banyak Nyamuk Akibat Kebodohan Diri Kita Sendiri. Fikir-Fikirkan!                



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak. Lagipun, saya bukan ahli UMNO atau mana-mana Parti.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice or ulterior motive. After all, I am not a member of  UMNO or any Party.
               

        

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Raja Petra Kamarudin (RPK) Meninggal Dunia

 10 September  2024, Selasa Free Malaysia Today dan The Star melaporkan Blogger terkenal Raja Petra Kamarudin atau lebih dikenali sebagai RPK, 74 tahun telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam, Isnin 9 September, waktu United Kingdom. Berita ini telah disahkan oleh adindanya, Raja Idris. Almarhun dilahirkan pada 27 September 1950 dan mengendalikan Website Malaysia Today yang memuatkan komentar dan artikel mengenai Politik Malaysia. Arwah menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu. Al- Faatihah - ends -

Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan

 Khamis, 29 Mei 2025 Bukan mudah mengumpulkan para pesara dalam satu Majlis Reunion atau Get-Together. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka telah berusia.  Syabas dan Sekalung Tahniah kepada pihak Urusetia dan Penganjur yang telah berjaya mengumpulkan mereka dalam satu Majlis Sepetang Bersama Para Veteran Pelabuhan, di Royal Selangor Yacht Club Pelabuhan Klang, pada 28 Mei 2025. Majlis tersebut mendapat sambutan baik. Saya tiba di Dewan Kenanga pada jam 2.30 petang dan disambut oleh Tn Hj Ismailuddin, Tn Hj Mohd Noor Omar, Sdr Idris (Pak Engku) dan beberapa orang rakan lagi. Ketika itu Dewan sudah mula dibanjiri para veteran Pelabuhan. Saya terpaksa bergerak dari satu meja ke meja lain untuk bersalaman dengan mereka. Ada yang saya kenal, dan ada juga yang saya tidak cam lagi. Mungkin disebabkan oleh perubahan wajah akibat faktor usia atau saya telah berhenti awal pada tahun 1984. Saya berpeluang duduk semeja bersama Dato Jaei, Dato Basir Maskijo, Tn Hj Ghazali Hassan, Tn Hj Azah...