Skip to main content

TS Muhyiddin Tidak Keluar UMNO Tetapi Akan Terus Bersuara Lantang

Khamis, 3 Mac 2016 -  Di satu Sidang Akhbar yang diadakan di Bukit Damansara hari ini, TS Muhyiddin Yassin telah memaklumkan bahawa beliau akan kekal dalam UMNO tetapi akan terus bersuara.

TS Muhyiddin yang ditemani DS Shafie Apdal dan DS Mukhriz Mahathir berkata beliau akan bersuara lebih lantang dan tidak takut dipecat. Beliau tidak mahu UMNO dicemari skandal dan tuduhan yang membuatkan UMNO hilang kepercayaan rakyat. Beliau juga sanggup bekerjasama dengan sesiapa saja yang mempunyai pandangan dan perjuangan yang sama.

Mengenai tuduhan konspirasi yang dilimparkan, beliau berkata beliau tidak melakukan sebarang konspirasi untuk menjatuhkan DS Najib. Sebelum ini DS Azalina Othman telah menuduh beliau melakukan perkara tersebut.

Beliau juga akan menghantar sepucuk surat kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk bertanya tentang kesahihan penggantungan beliau. Beliau percaya penggantungannya adalah tidak mengikut prosedur sebenar dan bercanggah dengan Perlembagaan Parti UMNO..

Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor telah menyanggah kenyataan tersebut.

Tambah TS Muhyiddin, beliau akan menyertai Perhimpunan Politik (Political Gathering) anjuran Datuk Zaid Ibrahim yang bakal diadakan pada 27 Mac. Di Perhimpunan tersebut Dr Mahathir dijangka akan menyampaikan ucaptama dan mengetuai satu Kumpulan Teras (Core Group) untuk menentang kepimpinan DS Najib. Perhimpunan tersebut akan turut disertai oleh parti pembangkang yang diketuai oleh Lim Kit Siang, beberapa pertubuhan NGO dan individu termasuk Team Dr Mahathir.

Saya berpendapat sekiranya TS Muhyiddin Yassin terus menerus lantang bersuara secara terbuka (at open forum), saya yakin UMNO akan mengambil langkah seterusnya untuk memecat beliau daripada Parti UMNO. UMNO pasti tidak mahu musuh dalam selimut atau api dalam sekam yang mengganggu gugat UMNO dari dalam kerana UMNO perlu bersatu semula sekarang selepas Dr Mahathir keluar daripada UMNO.

Soalan sekarang ialah mampukah rancangan dan strategi Perhimpunan tersebut menggoncang kedudukan DS Najib? Masing-masing mempunyai ideologi dan hala tuju yang berbeza tetapi hanya disatukan oleh matlamat yang sama iaitu untuk menjatuhkan kepimpinan DS Najib. Mereka boleh diibaratkan sebagai tinggal sebumbung tetapi mempunyai dapur masak masing-masing kerana berlainan budaya, fahaman dan selera.

Dr Mahathir mahu Selamatkan UMNO (Save UMNO) dengan menggugurkan DS Najib sebelum 2018 dan digantikan dengan pemimpin proksi beliau daripada UMNO, dan BN terus berkuasa menerajui Malaysia. Lim Kit Siang pula mahu Selamatkan Malaysia (Save Malaysia) dengan menjatuhkan DS Najib, UMNO dan BN dalam PRU 2018 dan digantikan dengan Parti Pembangkang yang diterajui oleh DAP. Lim Kit Siang atau anaknya mungkin mahu menjadi PM!
    
Soalannya, siapa kuda siapa untuk mencapai matlamat tersebut? Dr M kuda LKS atau LKS kuda Dr M untuk mencapai sasaran masing-masing?

Walau bagaimanapun, dalam politik Matlamat Akan Menghalalkan Cara.The End Justifies The Means. Untuk menjatuhkan seseorang, mereka sanggup bergabung walaupun mereka bermusuh dan berbeza ideologi. Semua ini dilakukan asalkan matlamat akhir mereka tercapai. Musuh akan jadi kawan, dan kawan akan jadi musuh hanya untuk merealisasikan sasaran mereka. Pegangan mereka ialah sesiapa saja yang memusuhi musuh saya adalah kawan saya. Enemies of my enemies are my friends. Itu adalah amalan politik Machiavellian, Matlamat Menghalalkan Cara. The End Justifies The Means.

Cuba bayangkan seteru tegar yang jelas berbeza ideologi dan tujuan seperti Lim Kit Siang dan Dr Mahathir sanggup bergabung tenaga dan berganding bahu hanya untuk menjatuhkan musuh bersama mereka. Terbaru, DS Anwar Ibrahim juga telah menyatakan sokongan terhadap Dr Mahathir untuk menentang DS Najib. Seperti saya katakan dulu, dalam politik segala-galanya adalah serba mungkin. In politics everything is possible even though it's a Temporary Marriage, Fake Marriage or Marriage of Convenience or Strange Bed Fellows. Asalkan matlamat mereka tercapai. Sesudah itu, mereka akan berebut kuasa!


* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice or ulterior motives.        

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...