Khamis, 10 Mac 2016 - Saya mengatakan demikian kerana Deklarasi Rakyat inisiatif Dr Mahathir ini akan gagal sehingga PRU14. Deklarasi ini akan gagal kerana ia hanya bertujuan untuk menjatuhkan DS Najib tetapi tidak menyatakan siapa bakal penggantinya dan apa akan berlaku selepas itu. Dalam erti kata yang lain, Deklarasi ini tidak jelas, sama-samar dan penuh muslihat.
Saya katakan ia akan gagal kerana, pertama, ia tidak mendapat sokongan Rakyat jelata. Sebenarnya hanya lebih kurang 40 orang yang menandatangani Deklarasi tersebut pada 4 Mac lalu. Sehingga kini sambutan terhadapnya masih tidak menggalakkan dan menyedihkan. Kedua, ia tidak mendapat sokongan mutlak parti-parti politik pembangkang yang berbeza ideologi dan matlamat, tetapi hanya disokong atas kapasiti individu. Ketiga, DS Najib masih mendapat sokongan kuat ahli-ahli UMNO dan BN.
DS Najib hanya dapat diturunkan oleh ahli-ahli UMNO dan BN sendiri, bukannya orang lain, atau menerusi undi tidak percaya di Parlimen atau DS Najib sendiri dengan rela hati mahu meletakkan jawatan. Tetapi semua ini tidak akan berlaku kerana majoriti ahli UMNO dan BN masih berdiri teguh di belakang DS Najib dan beliau masih mahu terus berkhidmat.
Sehubungan itu, DS Najib akan terus menjadi PM sehingga PRU14, dan kemungkinan besar beliau akan terus berkuasa selepas itu.
Dari awal pelancarannya lagi, Deklarasi tersebut sudah mula menampakkan keretakan. Dr Mahathir mahu menjatuhkan DS Najib dan digantikan dengan pemimpin proksi beliau daripada UMNO. Team Lim Kit Siang dan Dr Wan Azizah pula mahu menjatuhkan DS Najib, UMNO dan BN dan digantikan dengan Parti dan pemimpin mereka. Itu sebabnya Dr Wan Azizah mahu meletakkan pembebasan DS Anwar Ibrahim sebagai salah satu perkara dalam Deklarasi tersebut. Beliau juga mahu reformasi dilakukan terhadap institusi dan sistem pentadbiran Kerajaan. Ini disokong oleh Ketua Hakam, Datuk Ambiga dan Ketua Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.
Akhir-akhir ini, matlamat sebenar Team Dr Mahathir dan Team parti-parti pembangkang semakin ketara. Beberapa hari lalu DS Mukhriz berkata beliau mahu ahli UMNO menggantikan DS Najib dan BN terus berkuasa. Kenyataan beliau itu mengukuhkan lagi niat sebenar Dr Mahathir. Ahli Parlimen DAP, Kawasan Klang, Charles Santiago telah menempelak rakan-rakan beliau kerana sanggup bersekongkol dengan Dr Mahathir, orang yang dikatakan bertanggungjawab terhadap segala sistem pentadbiran Kerajaan sekarang.
Komen paling terkini dan paling nyata ialah daripada Ramkarpal Singh, orang kuat DAP. Kata beliau DAP hanya menyokong untuk menjatuhkan DS Najib secara demokratik dan non-violent, tetapi tidak akan bekerjasama dengan Dr Mahathir kerana beliau telah melakukan banyak kekejaman (atrocities) semasa zaman pemerintahan beliau sebagai PM Malaysia.
Terbaru, Presiden PAS, DS Hadi Awang turut menolak Deklarasi tersebut. Beliau mahu perubahan pemimpin dilakukan secara demokratik, undi tidak percaya di Parlimen, pilihanraya, secara aman dan bukan secara Arab Spring. Beliau berkata Deklarasi tersebut hanya membuang masa kerana DS Najib masih mendapat sokongan padu ahli-ahli UMNO dan BN.
Seperti saya katakan dalam blog posting saya yang lalu, Perikatan (Alliance) di kalangan mereka ini adalah longgar, rapuh dan boleh dibaratkan sebagai Marriage of Convenience atau Strange Bedfellows saja. Mereka tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain atau tinggal sebumbung tetapi dapur lain-lain kerana mempunyai fahaman, citarasa dan selera yang berbeza. Sehubungan itu, Deklarasi ini akan gagal, tidak bertahan lama atau paling kuat ia akan dihijack oleh Team DAP untuk meneruskan perjuangan mereka.
Lim Kit Siang dan Dr Mahathir adalah dua Sifu politik tanah air. Mereka juga merupakan musuh ketat (sworn enemies) sejak dulu. Tetapi sekarang bersatu disebabkan oleh kepentingan dan muslihat masing-masing. Mereka saling catur mencatur untuk menewaskan masing-masing. Dalam percaturan Deklarasi Rakyat ini, Dr Mahathir tahu tentang niat sebenar Lim Kit Siang, dan Lim Kit Siang juga tahu tentang sasaran sebenar Dr Mahathir. Tetapi, yang paling menarik sekali ialah DS Najib juga tahu tentang pergerakan dan niat mereka berdua. Itu sebabnya DS Najib telah menyusun strateginya secara licik serta memerangkap mereka lebih awal dengan melakukan checkmate.
Oleh itu, DS Najib akan terus bertahan sebagai PM sehingga PRU14, dan kemungkinan besar BN akan terus menjadi Kerajaan Malaysia selepas itu.
* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa berniat jahat, tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.
* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice, without malice or ulterior motives.

Comments