Jumaat, 4 Mac 2016 - TS Muhyiddin Yassin dan DS Mukhriz Mahathir adalah di antara 50 orang yang menandatangani Deklarasi Rakyat (Citizen Declaration) petang tadi yang diisytiharkan oleh Dr Mahathir.
Dengan menandatangani Deklarasi tersebut, TS Muhyiddin dan DS Mukhriz telah secara langsung bersekongkol dengan Pergerakan tersebut di samping menyatakan persetujuan mereka untuk mendesak DS Najib, Bos mereka, berundur. Saya percaya, tindakan mereka itu adalah bertentangan dengan Perlembagaan Parti UMNO dan mengundang pemecatan.
Sebelum ini pun mereka sering kelihatan bersama Team 4 M (Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz dan Mohd Shafie Apdal) serta memberikan komen berani secara terbuka.
TS Muhyiddin pernah menyatakan bahawa beliau tidak takut dipecat dan akan berucap pada Perhimpunan Politik anjuran Datuk Zaid Ibrahim pada 27 Mac.
- ends -

Comments