Breaking News - Khamis, 31 Mac 2016 - Seperti yang diduga, TS Adenan Satem telah menghadap Tun Abdul Taib Mahmud pagi ini bagi mendapatkan persetujuan Yang Di Pertua Negeri Sarawak untuk membubarkan DUN Sarawak.
Tun Abdul Taib Mahmud telah bersetuju untuk membubarkan DUN Sarawak pada 11 April bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 diadakan.
Speaker DUN Sarawak akan memaklumkan perkara tersebut kepada SPR dan SPR akan menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11.
Pada Pilihan Raya kali ini sebanyak 82 buah kerusi DUN akan dipertandingkan, lebih 11 buah kerusi berbanding Pilihan Raya Sarawak pada tahun 2011.
BN Sarawak akan menghadapi Pilihan Raya kali ini bersandarkan populariti TS Adenan Satem dan beberapa dasar dan pendekatan positif yang disambut baik oleh majoriti rakyat Sarawak. Ini diperkuatkan lagi dengan pelbagai masalah yang menghantui parti lawan termasuk DAP yang kini dibelenggu skandal pembelian rumah banglo Lim Guan Eng (below market price) dan penjualan tanah (below market price) di Taman Manggis.
BN harus manfaatkan kesempatan, masalah dan isu ini sebaik mungkin bagi memenangi sebanyak kerusi yang boleh, terutama sekali di kawasan pekan dan bandar yang kini dikuasai oleh DAP.
Kemenangan besar BN di Sarawak akan menjadi modal besar dan fixed deposit mantap untuk BN menghadapi PRU14 pada tahun 2018. Biasanya kemenangan besar DUN di Sarawak dan Sabah akan membawa kepada kemenangan besar bagi Kerusi Parlimen. Ini akan memberi kelebihan (advantage) kepada BN serta menggagalkan hasrat Team DAP untuk menduduki singgahsana Putra Jaya.
- ends -

Comments