Skip to main content

DUN Sarawak Dibubar Sehari Dua?

Rabu, 30 Mac 2016 - TS Adenan Satem dijangka akan mengadap Tun Abdul Taib Mahmud esok bagi membincangkan beberapa perkara penting termasuk pembubaran DUN Sarawak bagi membolehkan Pilihan Raya Sarawak Ke-11 diadakan.

Selepas tarikh pembubaran ditentukan, Speaker DUN Sarawak akan bertemu SPR bagi menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh Pilihan Raya Sarawak Ke-11.

Saya berpendapat inilah masa yang terbaik bagi BN mengadakan Pilihan Raya di Sarawak. Pertama, ketika populariti TS Adenan Satem dan BN masih memuncak ekoran beberapa dasar dan pendekatan yang disambut baik oleh kebanyakan rakyat Sarawak. Kedua, ketika isu Lim Guan Eng masih hangat diperdebatkan seperti Pisang Goreng Panas. Just like a Hot Cake fresh from oven.

Dasar-dasar yang menguntungkan rakyat Sarawak mesti diteruskan dengan sokong Kerajaan Pusat. Isu Lim Guan Eng mesti dicanangkan habis-habisan bagi memenangi semula beberapa kerusi bandar dan pekan yang kini dipegang oleh DAP.

Kini, semakin ramai penyokong DAP dan orang Cina sudah mula mempersoalkan tindak tanduk Lim Guan Eng yang cakap tak serupa bikin. Akhbar-akhbar Cina seperti Sinchew Daily menerusi penulis bebasnya Chong Shaw Min telah mempersoalkan penjelasan Lim Guan Eng tentang pembelian rumah banglo dan penjualan tanah. ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu pula telah meminta Lim Guan Eng supaya mengambil cuti (take leave) seperti yang disarankan oleh Datuk Ambiga untuk memudahkan SPRM menjalankan siasatan secara adil dan telus. YB Teh berkata Lim Guan Eng mesti menunjukkan kepimpinan melalui teladan. He must show an exemplary leadership. Sebelum ini LGE sering meminta pihak lain agar bercuti ketika SPRM menjalankan sesiatan. Tambah Teh, he must walk the talk and practise what he preaches.

Yang peliknya, masih terdapat segelintir orang Melayu Islam yang masih mempercayai dan menyokong DAP dan LGE!

Seperti saya nyatakan dalam blog posting saya yang lalu, saya mendapati Lim Guan Eng kini adalah bersalah sehinggalah beliau terbukti tidak bersalah. Bukan sebaliknya. As far as I am concerned, he is presumed guilty until proven innocent. Not the other way round as practised by our court of law. He has been saying this to others since umpteenth years. Now it's his turn to swallow his bitter pills.


* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa berniat jahat dan dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice, without malice or ulterior motives.

                

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Cerita Dongeng Orang Kampung, Pak Kadok, Lebai Malang Dan Si Luncai

Saya ingin berkongsi cerita dongeng Melayu yang pernah diceritakan oleh nenek-moyang saya dulu. Cerita dongeng orang-orang tua dulu, ada kalanya elok dikisahkan kembali untuk tatapan dan renungan kita bersama. Ia membawa banyak unsur peringatan, nasihat, teguran dan sindiran mendalam untuk kesejahteraan dan keselamatan cucu-cicit mereka di hari muka. Salah satu cerita dongeng yang suka diceritakan oleh orang-orang tua dahulu kala ialah kisah seorang anak kampung. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang anak kampung yang tidak dapat tidur lena di dalam kelambunya kerana diganggu beberapa ekor nyamuk. Kerana terlalu marahkan nyamuk-nyamuk tersebut, Kelambunya Dibakar. Akibatnya, dia langsung tak dapat tidur nyenyak pada malam itu kerana diserang lebih banyak nyamuk. Pada keesokan paginya, dengan keadaan lesu, kusut-masai dan mengantuk, dia terus menuju ke reban untuk mengambil ayam sabungnya. Dengan ayam sabung di tangan bak Pak Kadok, dia terus mengorak langkah ...