Skip to main content

Kumpulan Deklarasi Rakyat Bakal Di "Hijack" Pembangkang!

Sabtu, 5 Mac 2016 -  Semalam bertempat di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya, Tun Dr Mahathir telah melancarkan Deklarasi Rakyat 37 Perkara untuk mendesak pengunduran DS Najib. Turut hadir menyerikan majlis tersebut ialah musuh ketatnya (his sworn enemy), Lim Kit Siang.

Apabila ditanya oleh para wartawan, Dr Mahathir berkata agenda utama Deklarasi tersebut ialah untuk mendesak DS Najib supaya berundur dan akan melakukan perubahan (reform) sebaik saja DS Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Tetapi, lain pula kata Ambiga dan Maria Chin. Ambiga berkata Agenda tersebut mestilah merangkumi agenda untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari Penjara, mengadakan pilihanraya secara adil dan bebas, menegakkan demokrasi dan undang-undang..

Penjelasan Ambiga disambut baik oleh Pemimpin Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

Ini belum lagi merangkumi agenda sebenar DAP dan parti pembangkang yang lain.

Daripada pertelingkahan tersebut, jelas bahawa baru sehari saja Kumpulan tersebut dilancarkan ia sudah menampakkan keretakan. Matlamat sebenar mereka kelihatan kabur.

Saya telah menyatakan dalam blog posting yang lalu bahawa mereka sebenarnya masih bermusuh sesama sendiri, tidak sehaluan, mempunyai ideologi, hala tuju, perjuangan dan matlamat yang berbeza. Mereka hanya bergabung (a reluctant unity) untuk menjatuhkan musuh bersama iaitu DS Najib. Selepas berjaya menumbangkan DS Najib mereka akan berebut kuasa. Sebenarnya, mereka sedang memanupulasi sesama sendiri untuk mencapai sasaran masing-masing. Dalam lain perkataan, mereka sedang kuda menguda sesama sendiri untuk mencapai cita-cita dan kepentingan masing-masing..

Team Dr Mahathir ada matlamatnya sendiri, sementara Team Lim Kit Siang, Ambiga, Azmin, Maria Chin dll mempunyai agenda mereka yang tersendiri. Pada hakikatnya mereka tidak boleh bergerak senada dan seirama. Gabungan mereka adalah janggal dan boleh dianggap sebagai Temporary Marriage, Marriage of Convenience atau Strange Bedfellows. Mereka hanya duduk sebumbung tetapi mempunyai dapur lain-lain kerana berlainan ideologi, tujuan dan selera.

Sehubungan itu, saya berpendapat Kumpulan ini tidak akan bertahan lama ataupun akan diambil alih (will be hijacked) oleh Team Lim Kit Siang, Ambiga dan Maria Chin. Saya lebih cenderung kepada pendapat kedua iaitu Kumpulan ini akhirnya akan di' hijack' oleh Team LKS. Selepas itu, mereka akan ketepikan Team Dr Mahathir. Ini bermakna matlamat sebenar Dr Mahathir tidak akan kesampaian tetapi diganti dengan agenda Malaysian Malaysia DAP dan LKS. Ini adalah pendapat saya. Mungkin pendapat saya ini silap!

Team Lim Kit Siang didapati lebih ramai, lebih kuat, lebih teruja, lebih terancang dan lebih bersemangat berbanding Team Dr Mahathir. Mereka juga lebih agresif, aktif  dan berpengaruh.

Bagi mereka, Dr Mahathir hanya bertindak sebagai pembuka jalan dan laluan. Merekalah sebenarnya yang akan memasuki dan memanfaatkan jalan dan laluan tersebut. Oleh itu, siapa yang main siapa, dan siapa yang kuda siapa? Akhirnya, siapa yang rugi? A very big question mark!

Dalam keghairan Dr Mahathir untuk menjatuhan DS Najib, beliau terlupa bahawa di belakangnya berdiri LKS, Ambiga, Maria Chin dll seperti seriga lapar yang menunggu untuk menerkam habuan mereka.        

Kita perlu fikir panjang dan dalam-dalam. Saya takut akhirnya Kita Akan Menang Sorak Tetapi Kampung Tergadai. Seperti Titah DYMM Sultan Perak, Takut Nanti Kita Akan Mengemis Di Negara Sendiri.



* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa berniat jahat, tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

 * The opinon given is purely mine without any external influence, without prejudice, without malice and ulterior motives.


Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...