Skip to main content

Lim Guan Eng Lakukan Rasuah?

Sabtu, 19 Mac 2016 - Kini, pelbagai akhbar arus perdana, berita portal dan blog telah sibuk menyiar, membincang dan mendedahkan tentang tuduhan rasuah terhadap Lim Guan Eng oleh Datuk Shabudin Yahya, Ahli Parlimen Tasek Gelugor. LGE dikatakan telah membeli sebuah banglo mewah di Jalan Pinhorn pada tahun lalu dengan harga di bawah harga pasaran (undervalued market price, below market price) bernilai RM2.8 juta. Harga rumah tersebut bernilai RM2.5 juta pada tahun 2008. Selepas direnovasi ia telah dijual kepada LGE pada tahun 2015 dengan harga RM2.8. Nilai rumah tersebut pada tahun lepas dianggarkan bernilai di sekitar RM6.5 juta. Harga tanah dan rumah di Pulau Pinang didapati kian meningkat saban tahun dan lebih tinggi berbanding lain-lain tempat di Malaysia.

Pemilik rumah asal tersebut, Phang Li Koon, adalah salah seorang daripada pengarah Syarikat Winbond Management & Consultant bersama Tang Yong Chew. Tang juga adalah salah seorang daripada pengarah Syarikat KLIDC Sdn Bhd yang berjaya membeli tanah seluas 0.4 hektar di Taman Manggis pada tahun 2012 dengan harga di bawah harga pasaran (below market price) bernilai RM11 juta untuk membina Hospital Swasta dan Hotel. Sehubungan itu Pang Li Koon, penjual rumah kepada LGE dan Tang, pengarah Syarikat KLIDC adalah rakan niaga dan mempunyai kepentingan perniagaan. Tanah tersebut pada awalnya telah diperuntukkan untuk pembinaan rumah murah. Senarai rumah dan syarikat tersebut boleh dirujuk daripada Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta Cawangan George Town dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sehubungan itu, mungkinkah wujud rasuah di sini kerana LGE dapat membeli rumah banglo mewah tersebut dengan harga murah (undervalued market price, below market price) kerana telah menjual tanah milik kerajaan seluas 0.4 hektar itu dengan harga di bawah harga pasaran (below market price) kepada Syarikat KLIDC?

LGE berkata penjualan tersebut adalah secara willing buyer willing seller basis. Segala-galanya atas suka sama suka atau atas budi bicara penjual. DS Dr Khir Toyo pun berkata begitu dulu. Tetapi, undang-undang negara tidak berkata demikian. Beliau akhirnya didapati bersalah dan dihukum. Tidak kira kecil atau besar, rasuah tetap rasuah. No matter how big or small, corruption is still a corruption.

Pihak Polis dan MACC harus siasat kes LGE ini secara telus dan adil. Sekiranya terdapat elemen rasuah dalam pembelian rumah di Jalan Pinhorn dan penjualan tanah di Taman Manggis kepada KLIDC, LGE perlu dihadapkan ke mahkamah.

Dalam undang-undang negara, anda tidak dianggap bersalah sehinggalah anda terbukti bersalah. Your are presumed innocent until proven guilty. Tetapi DAP dan pembangkang lain sering memutarbelitkan perkara tersebut dengan berkata anda dianggap bersalah sehinggalah anda terbukti tidak bersalah. Apabila ada saja tuduhan liar yang tidak berasas, mereka akan berkata anda telah bersalah sehinggalah anda terbukti tidak bersalah.

Sekarang LGE dan pembangkang lain perlu telan apa yang mereka perjuangkan. You are presumed guilty until proven innocent!          

  

* Pandangan yang diberikan adalah pendapat peribadi saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

* The opinion given is purely mine without any external influence, without prejudice, without malice or ulterior motives.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Konsep Malaysian Malaysia?

Rabu, 2 Mei 2018 - Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang Konsep Malaysian Malaysia setelah membaca beberapa artikel mengenainya. Ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera sekarang, masih keliru dan kabur mengenai Konsep ini, lebih-lebih lagi para remaja kita yang kurang arif tentang sejarah tanah air. Sehubungan itu, sukacita saya memaklumkan sedikit info mengenainya. Sebenarnya, banyak lagi yang perlu diperkatakan tentang Konsep ini! Slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Article 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai Hak Keistimewaan kepada Orang Melayu dan Bumiputera. Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan Kerakyatan berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu...

Cecah 77 Tahun

 17 Oktober 2025 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT (The Greatest, The Almighty and The Most Merciful)), aku telah cecah usia 77 tahun, satu angka keramat, pada 12 Oktober yang lalu.  Dari aspek Kalendar Hijrah, aku telah berusia 80 tahun kerana aku dilahirkan pada tahun 1367 Hijrah. Ini bererti aku telah tua dan sarat dengan pengalaman hidup. Ini tidak bererti aku harus berdiam diri saja kerana menimba Ilmu Pengetauan, Pelajaran dan Pengalaman Hidup adalah Sepanjang Hayat.  A Life Long Learning and Experience. Tiada Noktah bagi menimba Mereka! Tarikh Hari Lahir ini juga bermaksud, aku telah hidup di bumi Allah ini selama 77 tahun, dalam keadaan, walaupun agak lemah sedikit disebabkan oleh faktor usia, tetapi masih sihat, kuat dan aktif dari aspek fizikal dan mental. Alhamdulillah. Aku masih boleh bergerak ke sana sini (Good Mobility) tanpa sebarang bantuan serta membaca, menulis, berfikir, mengingati (Memory), melihat, mendengar dan bertindak dengan baik. Aku masih m...

Saya Akan Terus Menulis

Okt 27, 2025 Selagi hayat dikandung bandan, saya akan terus aktif menulis di dalam Blog ini. Bukan apa, tetapi untuk memastikan otak saya terus tajam dan berfungsi dengan baik. Apabila menulis, saya terpaksa berfikir dan merujuk bahan-bahan lain untuk menyokong penulisan saya. Usaha-usaha ini akan merangsang dan menggerakkan otak saya, sekaligus menajamkan otak dan menjadikannya sihat. Otak kita adalah seperti otot. Otot perlu disenamkan selalu untuk kekal kuat dan sihat. Untuk kekuatan dan kesihatan otak, ia perlu disenamkan selalu dengan sering membaca, menulis dan berfikir. Kesihatan Fizikal dan Mental amat berkait rapat. Jika badan sihat, mental juga akan turut sihat. Jika kita sering bersenam dan bergerak, darah dan oksigen akan mengalir ke seluruh badan, termasuk ke jantung dan otak. Jantung akan bertambah kuat dan sihat, sementara sel otak (neurons) akan bertambah kerana mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Hasilnya, badan menjadi Cergas dan otak kita menjadi Cerda...