Khamis, 28 April 2016 - Seperti biasa, MB Terengganu, YAB Ahmad Razif telah mempengerusikan Mesyuarat Exco Terengganu pada pagi semalam. Walau bagaimanapun, masa depan beliau masih menjadi tanda tanya. Difahamkan semua program beliau yang telah diatur sehingga hari Sabtu telah dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Biasanya, apabila berlaku pergeseran antara MB dan pihak Istana, MB tersebut terpaksa berundur diri dan digantikan dengan MB baru kerana beliau tidak berupaya lagi untuk berfungsi atau menjalankan tugas harian dengan baik tanpa sokongan dan kerjasama pihak Istana. Selaku MB, beliau perlu sering berdamping dengan Sultan. Beliau perlu menghadap Sultan pada setiap minggu sebelum Mesyuarat Exco diadakan, perlu menasihati Sultan, perlu memaklumkan segala perkembangan negeri kepada Sultan serta perlu mengiringi Sultan di setiap majlis yang dihadiri oleh Sultan. Semua fungsi ini akan terbatas dan terjejas sekiranya MB tidak lagi mendapat kepercayaan Sultan. Sehubungan itu, MB te...